Friday, July 3, 2009

Apa semua ni..IQ...EQ..SQ..

Berbicara... kenapa kita kena belajar macam2..kenapa ada macam2 sekolah,kolej,universiti tertutup dan terbuka atau universiti bebas..kenapa semua itu..? Apa yang nak dicari ya..

Ada orang IQ atau interlligence quotient tinggi dan hebat walaupun belajar tak tinggi mana tapi adakah itu anugerah semulajadi ilahi kepada manusia itu..kebolehan IQ seseorang individu pasti berbeza dengan individu yang lain..ada di antara kita mempunyai IQ yang sangat tinggi dan ada pula yang sedikit rendah atau sederhana..

Tahap kecerdasan IQ boleh diukur melalui beberapa ujian IQ.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan IQ di antara individu , sebahagiannya :-

1.Keturunan
2.Persekitaran
3.Jantina
4.Kaum

IQ merupakan kebolehan seseorang itu berfikir ( kebolehan kognitif ) dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau berkenaan sesuatu perkara.Ada kalanya sesetengah masalah kelihatan rumit dan tiada jalan penyelesaian.Dalam situasi sedemikian sesetengah individu akan cepat berputus asa.Pada hakikatnya tiada masalah yang rumit dan untuk setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk berfikir tentangnya .

Ada pula EQ atau emotional Quotient/emotional interlligence [EI]

EQ boleh ditafsirkan sebagai keupayaan / kemampuan dalam erti kata lain kebijaksanaan seseorang mengenalpasti,memahami,menggunakan dan mengawal emosi dalam situasi kehidupan ( kerja atau hubungan seharian ).Emosi yang dimaksudkan bukan sahaja emosi dirinya tetapi emosi individu lain atau kumpulan individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang itu.

Konsep ini berkait rapat dengan konsep kerohanian : dimana ia menerapkan unsur-unsur kemanusiaan dalam melaksanakan sesuatu kerja / amalan.
Konsep EQ ini menjadi semakin penting kerana ianya satu unsur penting dalam menjana kemajuan dalam sesebuah organisasi dan juga individu.EQ ini membolehkan penilaian dibuat terhadap seseorang individu berdasarkan sikap,personality,potensi dan “management”

Ada pula membicarakan tentang SQ atau (Spiritual Quotient)

Istilah SQ merupakan istilah yang merupakan istilah yang baru sahaja muncul, sekitar tahun 2000.Ianya telah diperkenalkan oleh Danah Zohar, dalam bukunya ReWiring the Corporate Brain: Using the New Science to Rethink How We Structure and Lead Organizations. Beliau seterusnya bersama-sama rakannya, Ian Marshall telah menerbitkan sebuah buku bertajuk SQ: Ultimate intelligence

Beliau menyatakan yang Spiritual Intelligence ini merupakan satu kebolehan atau kebijaksanaan yang membolehkan seseorang itu untuk mengakses erti & tujuan hidup yang sebenar-benarnya, dan juga untuk mencapai motivasi yang tertinggi.Daripada kenyataan beliau ini, jelas menunjukkan bahawa aspek yang ditekan dalam SQ ini adalah erti dan tujuan hidup seseorang.

Kita sebagai orang islam, jika bercakap mengenai erti serta tujuan hidup, maka ia tidak boleh lari dari agama.Di mana agama itulah yang mendisiplinkan hidup seseorang, ini termasuk bagaimana cara seseorang itu beremosi, berfikir, bertindak dan sebagainya.

Apabila, bercakap tentang ini, maka kita tidak boleh lari dari perasaan bertuhan.Apabila timbul persaan bertuhan, maka timbul perasaan Ubudiyyah.Apabila timbul perasaan Ubudiyyah, maka kita tidak pula boleh lari dari kerohanian yang merupakan hubungan dengan Tuhan iaitu Allah Swt.Maka disini timbulnya agama, kerana agamalah yang memimpin Ubudiyyah kita.

Jadi kesimpulan yang boleh kita lakukan, apabila kita bercakap tentang SQ, iaitu tahap spiritual maka ianya tahap kerohanian iaitu tahap Ubudiyyah seseorang dalam semua aspek kehidupannya, ibadah, akhlak, emosi, pemikiran dll.

Read more...

Mercu Abadi

Setiap ilmu dan pengalaman 'insan',

yang mampu dilihat, didengar, dirasa, diperkatakan,

diterjemahkan kedalam bahasa2 dari huruf dan suara, diolah kepada rupa, warna, sifat...

merupakan ilmu2 khayalan yang bersifat,

sementara menunggu hilangnya 'ilusi bernyawa'.

Dan berakhir dengan kekalnya 'wajah Pencipta ilusi2' kesendirian'.

Setulus2 ilmu ialah tanpa bicara dengan huruf dan suara.

kerana kebenaran cuma menyepi dari ujud segala.

Read more...

Wacana Ilusi

Ilusi yang tidak berperi 'KEINSANAN'

Insan yang ter ilusi tentang 'kehidupan', akan terus dan sentiasa terarah kepada ilusi kehidupannya.

Ilusi seolah2 memberi makna kepada 'ilusi hayat'.

Insan yang ter ilusi tentang 'kematian' akan terus dan sentiasa terarah kepada ilusi kematiannya.

Ilusi seolah2 memberi keselesaan kepada 'ilusi selepas kematian'.

Sekiranya insan terilusi bahawa, pada haqiqatnya 'kehidupan dan kematian' adalah ilusi2 dan bukanlah realiti, maka berakhirlah pencariannya tentang haqiqat2. Maka tidaklah ia menoleh kepada setiap ilusi2... jesteru itu terarahlah jiwanya kepada kekekalan wajah 'PENCIPTA'

Insan yang berjiwa 'tauhid' (walau bagaimanapun ini, masih berilusi) tidak akan memperdulikan ilusi2 tentang keselamatan dirinya 'selepas kematian'. Dia tidak memperdulikan: apakah syurga dan neraka itu pernah dicipta atau tidak?

Komen : Berbahgialah mereka yang membersihkan jiwa dari saki baki ilusi2.

Read more...

Thursday, July 2, 2009

Baca Fikiran Manusia dengan Komputer

Jakarta - Tak perlu menjadi seorang paranormal untuk dapat membaca fikiran manusia. Dengan sedikit bantuan komputer para ilmuwan pun boleh melakukannya.

Bagaimana caranya?

Yakni dengan komputer yang dapat membaca fikiran seseorang dengan menganalisa aktiviti otaknya. Cukup dengan memikirkan satu kata sederhana, maka komputer tersebut akan membaca pola-pola yang terbentuk di pikiran dan menebak apa yang kita fikirkan.

Menurut para peneliti di Carnegie Mellon University di Pittsburgh- selaku pengembang teknologi ini -- diharapkan dalam waktu terdekat mesin ini juga akan mampu memahami ratusan fikiran yang lebih rumit, dengan membaca isi pikiran manusia.

Seperti dikutip dtn dari Telegraph, para peneliti ini 'mengajarkan' kepada komputer untuk memahami pola yang terbentuk di otak saat memikirkan 60 kata benda yang berhubungan dengan indera, seperti penglihatan, peraba, perasa, penciuman.

Menurut teori, otak akan menampilkan gambaran kata benda yang dimaksud sesuai dengan apa yang dirasakan atau dipikirkan manusia tentang benda itu.

Sementara ketika diujicuba, komputer tersebut dapat secara akurat menebak fikiran sembilan orang yang menjadi sukarelawan. Komputer ini berhasil menebak pola-pola yang terbentuk dalam otak saat seseorang memikirkan suatu kata benda.

"Kami yakin telah berhasil mengidentifikasi sejumlah struktur otak yang digunakan untuk menampilkan suatu makna," ujar Tom Mitchell, ahli komputer yang terlibat dalam penelitian ini.

Teknologi ini memberi gambaran yang lebih jelas tentang bagaimana manusia berpikir. Diharapkan, teknologi ini akan dapat terus disempurnakan, sehingga nantinya dapat digunakan untuk meneliti penderita autisme atau schizophrenia.(faw/ash/dtn)

Sumber : Bberita iptek Metro Balikpapan Edisi 1 juni 2008

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Buat Private Forum


Arrrrgg...berpinar biji mate dok men2 function diskuz ni...opps aku baru siap develop forum kat hosting ...http://forum.alkiram.net dengan menggunakan platform diskuz setelah sekian lama aku cari platform ni..dulu macam2 aku try tapi tak mantap sgt dari segi kelajuannya.

Aku buat untuk private jerk untuk simpan filekalau ada nak masuk leh kongsi2kan bersama pelayar yang dok cari2 kt pakcik google..tapi semua aku buat permission file sesetengah jerk tak wat pun..best men2 kredit n virtual money..

Tapi aku puashati pakai yang jenis ni..lama gak dok cari dulu...tanya pakcik google jumpa gak untuk versi english biasanya platform ni china mari lah..function dia ok sbb aku suka pasal men2 kredit dia tu hahaha..sistem ajax yang mantap juga..tu laju tu huhuhu

Saja create nak sumbat benda2 yang lam pc aku ni dah bersepah lak fail2 dan nota aku..mana yang sulit tu terpaksa lah kena hidden dan permission..huhuhuu..mana yang leh aku kongsikan aku pamerkan kot ada sapa2 yang berkenan dan ingin 'panjangkan' lagi info tu haha

Langkah2nya senang gak...dulu penah aku pakai vbulletin jap..pbbphp..apa agi aar..macam2 gak try cam berat jerk...vbulletin pun berat maaaa..themes2 ok gak..tapi skrg ni semakin canggih gak vbulletin nih..

Cuma yang ni aku tak ejas agi template dia..biarkan dulu nanti ada masa sambung lak..sbb byk kerja agi nak wat hohohoho...sekadar untuk private biasa2lah dulu..

Bukan apa dulu aku fobia aar semua file2 aku ilang dari hdd ni.. so bila wat posting2 yg hosting sendiri ni selamat ar skit ada backup..gambar2 pun byk ilang dulu hahaha tak tahan tul lah ngan virus atau hdd rosak huhuhu..

Smlm pun baru siap dok men2 buat lakaran untuk buku cerita buku kanak2 nak publish nanti..kepenatan jugak ni...

Cerita pasal kelajuan ni aku penat laa..byk aku layari blog2 kawan2 dan blog mane2 yang aku nak cari apa2 kekadang kuar pop-up byk aar kenapa laa tuan dia tak perasan ker..kekadang berat ngan bubuh lagu lak..so terus jadi automatik masuk download kat IDM...yang pop-up tu ar tak tahan dia ada lam html template kita pakai kt blogspot ni..

Aku ni dulu menceburi lam blog2 ni lama gak aku mula ngan blogdrive..pastu aku tak aktif beberapa bulan terus dia delete..tak sempat aku nak abik file aku adesss...tu aku fobia nak pakai yang free..ni plak la aku pakai blogspot nampak ok laa leh bertahan lama..dan dah ramai pengguna..

oklah aku penat daaaah dok belek2 diskuz hohohoo.........berehat dulu..

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Mana AKU..Mana Jasad.. Mana Matrix...


Mana AKU..? Mana Jasad..? Mana Matrix...?

AKU tak berada dimana2 lokasi, ruang ataupun matrix..

Matrix ialah alam, ruang yg terhad, masa dll yg semua itu ibarat 'software' untuk AKU explore 'Khazanah Allah yang terpendam"

Jasad kita ini untuk AKU 'merasai' atau 'explore' ruangan alam nyata/ matrix dunia manusia..

Bila jasad 'expired' maka satu 'software; yang dinamakan malaikat akan 'offline'kan AKU dari jasad dan 'transfer' AKU ke 'alam barzakh'.

Di situ AKU akan mendapat satu jasad lain (dlm bentuk/elemen lain kerana matrix yg berbeza). Di situ AKU akan 'explore' alam Barzakh sama ada yang dikatakan nikmat atau siksaan..

Tetapi highlander2 adalah AKU yg berada dalam jasad matix dunia ini yang mampu 'offline' dari jasad ini dan 'explore' alam-lam matrix yg lain..

AKU nak travel alam lain akan 'menaiki ' transport yg bernama Diri Silver (Diri Rahsia) ..

Senang cerita : Selain dari AKU adalah Matrix..

AKU cipta matrix untuk AKU 'explore' khazanah AKU yg terpendam..

Sebenarnya Matrix tak wujud .. Hanya ilusi AKU yg AKU ciptakan..

......ILUSI MATRIX.......

Cam ne caranya : Gilaplah cermin tu..tanya hati...haha

Read more...

Monday, June 29, 2009

Apakah disebalik cermin ?



Di sebalik cermin mimpi dan apakah disebalik kefahaman lagu ni..itu lah seni adalah bersifat universal..kefahaman juga mengikut dimensi kita..takperlu aku nak cerita panjang kat sini pun semua dah ada dalam buku yang akan diterbitkan nanti..


Kisah cermin aku ada terbaca buku kanak-kanak tadi pun..koleksi hikayat anak-anak perempuan dalam masyarakat Mesir..so aku cuba createkan sinopsis dia apa yang aku dapat rumuskan..tajuk dia "Aayaah Wal Maraayah" Maksudnya Ayaah[ Nama Anak Perempuan] Marayaah [Cermin].

Kisah misteri khayalan dia sesuai lah untuk kanak-kanak berumur 10-12 tahun..biasalah kanak2 sukakan cerita khayalan..aku pun create lak jadi 'Yasmin dan Cermin' dalam bahasa melayu hahaha oklah aku teruskan sinopsis dia..

"Aayaah Wal Maraayah " ini mengisahkan tentang seorang anak perempuan yang tidak cantik yang menginginkan kecantikan rupa parasnya dan tiba satu masa dia timbul persoalan tentang dirinya, kenapa dia dilahirkan tidak secantik seperti orang lain.Tetapi dia memiliki
budi,sopan santun yang baik dan ramai kawan-kawan,jiran dan ibubapa menyukainya.

Pada suatu hari dia memandang ke cermin dan timbul persoalan tentang dirinya dan menginginkan wajah yang cantik.

Walaupun persoalan itu sering dijawab oleh bubapanya dan gurunya di sekolah namun ia mahukan jawapan yang pasti.

Bila dia selalu dia memandang cermin membuatkan dirinya hilang keyakinan dan rendah diri sehingga tidak dapat menumpukan apa jua kehidupan lagi sehingga gagal dalam pelajaran kerana keinginannya tidak tercapai.

Adakah dia bangkit untuk terus menebus rasa bersalah tersebut setelah dia mengetahui rahsia dari cermin itu ?

Akal dan fikiran merupakan anugerah ilahi yang harus disyukuri dan digunakan dengan baik agar hebat dan superkreatif kerana untuk melahirkan fikiran yang baik semestinya akal kita yang sihat selalu meneliti dan mengkaji tentang diri dan kehidupan.

Moralnya : Cermin perumpamaan kepada penelitian tentang kita dan kehidupan. So,sama2lah korang kaji..



Yang sedang berdiri di hadapan cermin = AKU

Imej AKU yg terhasil bermula dari cermin pertama hingga infiniti ialah semua yg anda kenali, terserempak, org tua, adik beradik, suami/isteri, cucu dan cicit, pemimpin dan sebagainya (sebagai perhiasan yg mana mereka2 tu semua @ seribu bayangan = AKU jua)

The One = kesadaran iaitu AKU yg dah tersedar/ternampak bhw rupanya ada "cermin" (tamsilan) yg menghasilkan Imej2 dari cermin pertama hingga infiniti.

Dan juga, The One = kesadaran bahawa AKU (iaitu yg berdiri di depan cermin) je yg wujud manakala imej2 lain ialah imej dari AKU sendiri, maka jadilah The One in the billion (of all the other whose reside in the infinite mirror).

Dan juga, The One = AKU = kalian = Yg akan membawa semua kembali ke AKU

Segala yg berlaku dalam cermin iaitu dari cermin pertama hingga infiniti ialah segala yg berlaku atas dunia ni dari kisah Nabi Adam hingga sekarang (sekarang = cermin pertama).

Setiap cermin bermula dari cermin pertama sampai infiniti = Dunia korang/masing2 = 'Grand" dunia AKU

AKU yg sedang berdiri, cermin2 (watak yg berbeza + dunia2 masing2) = "powered" by Zat

Pelik bagi akal manusia tapi tak mustahil bagi AKU:

Anda2 ialah AKU yg berdiri di hadapan cermin. Tapi, masing2 merasakan bhw, semuanya terpisah dan 'ada kerja', 'ada life' serta 'ada dunia' masing2 dan berasingan di antara satu sama lain. Yg sebenarnya, semua dari AKU yg satu.

Single tasking vs multi tasking:

Itu lah bezanya di antara kehebatan AKU dan manusia jasad fizikal. AKU berupaya melakukan lebih dari satu 'urusan' (iaitu 'seribu' bayangan' manakala manusia jasad fizikal (spt kita skrg ni), hanya mampu buat satu kerja dlm satu masa. Sbb tu, bg pendapat aku, manusia tidak dpt menjangkaukan mindanya utk mengikut konsep 'cermin dan AKU' ini (termasuklah Ateef sekali pada mulanya), kerana manusia hanya memahami bhw "manusia boleh buat satu kerja = satu masa".

Semua yg berlaku di dalam cermin infinite hingga cermin pertama berlaku dalam Real-Time walaupun Aku yg berada di cermin yg ke 30 sedang makan manakala Aku di cermin yg ke 110 sedang bershopping, tetap dlm Real-Time. Semua berjalan serentak.

Tujuan sejarah dan peristiwa yg berlaku dari cermin infiniti (Nabi Adam) hingga cermin yg pertama:

1.Supaya wujudnya pencarian diri.

2.Supaya wujudnya cause and effect

3.Supaya wujudnya definasi 'sejarah'

4.Supaya wujudnya definasi 'Pencipta'

5.Supaya wujudnya definasi Agama.

6.Supaya wujudnya timeline masa.

7.Supaya wujudnya cerita pelik2 (UFO,nibiru,alien,galaksi,mistik dll)

8.Supaya wujudnya perjuangan (peperangan, konflik palestin-israel,iraq,saddam,9-11,perang teluk,zaman para Nabi dan Rasul dsbnya)

9.Bila sudah berlaku (1) sampai (8), lambat laun akan wujud kesadaran.

10.Akhirnya 'ternampaklah' kewujudan "cermin" (tamsilan sahaja), maka wujudlah 'kesadaran' dan menjadi The One. (One in the billion who has sadar)

Kematian/Kiamat = Kembali kepada AKU

Ok ni sedutan dalam manuskrip aku untuk tontonan umum lak secara rumusan :

Yang melihat = imej dalam cermin
Cermin = kesadaran
Cermin kotor = kesadaran hanya dlm ilusi
Cermin bersih = yg keluar dari ilusi
Cermin berkilat = Aku dan dia dlm cermin
Paling tinggi (mumtahi) = Tiada cermin

Cermin = hati/ qalb
imej dlm cermin = kehidupan dl alam ilusi
Lain2 tamsilan .. mimpi = imej dlm cermin
Allah= Yang Maha Melihat
cermin = kesadaran
imej = Muhammad (gelaran yang Mumkin Wujud)
Dari ini wujud Allah dan Muhammad..Zahir Batin
Tetapi hakikat nya : Dialah Yang Awal dan Akhir dan Dialah Zahir dan Dialah Batin

Keluarkan gilapkan cermin anda...Tiada lagi ketakutan melihat wajah anda..dan akhirnya buanglah cermin..Untuk Menyadari Kewujudan Anda...

Andalah..Aku

Read more...

Matrix ilusi..tema emosi..


Erm..hari ni cuba baca dan menyiapkan manuskrip cerita kanak-kanak dengan mengikut olahan bahasa melayu..nampak cam ok jerk cerita kanak-kanak dalam masyarakat Mesir kecik2 'mulut banyak' a.k.a suka bertanya..tapi oklah aku nak terapkan ke dalam bangsa melayu cam ne institusi keluarga dalam masyarakat Mesir...baru lah ada pertukaran antara dua hala kan..diorang pun ada cite dogeng gak..ada budaya dan macam2 lah bila dah bangsa yang berbeza...bukan pe ni pun kira untuk nak upgrade otak dan fikiran lah ni..

Oklah..cakap banyak pun bosan gak..Hari ni aku ingin mencurah saja idea yang terpendam untuk sentiasa upgrade akal dan fikiran..akal yang banyak download maklumat dari pembacaan atau orang beritahu...ia akan menzahirkan sesuatu yang berfikiran lebih luas silap-silap haribulan pun jadi superkreatif so..akal dan fikiran itu gunalah sebagai insan yang hebat..kadang-kadang anda tak perasan pun yang buah fikiran anda lebih hebat dari pemimpin2 malaysia atau dunia ? itu sekadar penelitian akulah tapi korang lebih hebat dan lebih kreatif lagi..

So, bila kedua2 upgrade rasanya kita juga tak ada lah nak beremosi sangatkan sentiasa tenang dan positif...sebenarnya individu-individu beremosi menyangka, bahawa dunia ini seolah-olah nyata, besar, indah, kekal, mempersona.. emosionalnya menjangkakan dunia yang luas berada diluar tubuh dan perasaannya (emosi yang tidak dilingkupi).

Kerana emosi yang tidak dapat dibendung, telah memerangkapnya ke dalam gaung ilusi, sehingga perasaannya terbelenggu. Maka, apakan daya untuk menunjukannya kejalan indah, kesisi Ar-Rabb 'Izzati.

Mempertahankan 'keberadaan khayalan' nya, bermati-matian, dan ia tidak lagi mampu menggunakan suluh akalnya secara bebas.

Kebuntuan terus menghalangnya dari kelansungan penerokaan ke'alam hening jernih', maka ia akan sentiasa mencari alasan2 untuk menyalahkan bidang2 yang tidak pernah diceburinya, kerana bidang-bidang ini tidak bersesuaian dengan fitrahnya.

Duniawiah , ilmu, diri, tuhan, nabi, malaikat, syaitan, agama-agama, salah dan benar, dogma 'hidup' dan 'mati'… setiap yang dialami dari kelahiran insan= manusia hingga kematian, cuma sekelumit dari tema-tema ilusi.

Tidak berbeza bermimpi ketika 'berkeadaan tidur' dengan bermimpi dalam 'keadaan jaga', kerana kedua2nya tetap ilusi hayat, sementara menunggu 'kesedaran abadi Illahiyat'.

Perbicaraan lanjut ni semuanya ada dibincangkan dalam buku yang akan terbitkan nanti..

Read more...

Saturday, June 27, 2009

Keajaiban Minda Kita

Inilah perkara yang hendak ku sentuh dalam dalam membicarakan 'hidup infiniti wujud ilusi' tema pada blog ini.

Semua kita merasai dan tahu..bahawa perasaan merasa, melihat, mendengar, berkata, mencium... cuma gelombang/impulse yang berada disekitar neuron2 otak yang kemudian diterjemahkan oleh saraf2 kepada:

1. Telinga, sebagai bunyi.

2. Mulut, sebagai kata2.

3. Mata, sebagai gambaran2 berdimensi, warna, bentuk..

4. Hidung, sebagai bau2an.

5. Lidah sebagai masin, manis, masam..

6. Sentuhan sebagai panas, sejuk...

Tiada sesuatu gambaran2, dimensi, bentuk, warna, bunyi, bau2an diluar daerah tubuh atau jasad manusia. Perasaan yang memperdayakan bahawa ujud sesuatu diluar jasad. Bahkan kebiasaannya manusia tidak sedar akan fenonomena ini, kerana telah terbiasanya persepsi kepada ilusi2 yang mengelirukan.

Pada hakikatnya manusia adalah statik , tanpa bergerak. Pergerakan dan diam cumalah sebahgian dari ilusi2 minda.

Keseluruhan matahari, bulan, bintang2, falak, langit, bumi, kejadian2, kelakuan2 alam semesta, tanpa terkurang walaupun sezarah, telah pun tersedia didalam minda, menunggu untuk diterjemahkan kepada bau2an, bunyi2, kata2, huruf2, warna, dimensi, bentuk, gambaran2..

'TUHAN' menjadikan keseluruhan dunia/ maya untuk orang yang beriman.

Kiranya otak kita dibedah, nescaya tidak dijumpai kertas, kitab, huruf, suara..itulah apakah yang sebenarnya disebalik itu semua..


Read more...

Menyabung ayam



Hari ini teringin nak makan lauk ayam...terus ku pergi ke kedai ayam yang berhampiran rumahku..sambil2 berjalan ternampak ayam pak arab yang terlepas rasanya..sebab pelik jerk ayam ni..tetiba muncul melintas jalan..terus dalam otak aku teringat kat kampung aku dulu2 pasal belaga ayam bapak ni...So, ada gak ilham aku nak buat cerita..kan..ok..

Ceritanya begini :


Di suatu ketika, di sebuah pulau, yang pada awalnya, di penghuni orang yang tak bertuhan (Atheis), didatangi seorang Lebai Malang.

Selalunya gelaran Lebai ni adalah gelaran yang sinonim dengan kelunakan peribadi, yang dikaitkan dengan wara'.

Wara' dari bahasa Arab yang membawa pengertian : ketelitian menjauhi dari mencampuri sifat-sifat terlarang yang membinasakan amal² seseorang, yang khas ditujukan kepada Allah/Tuhan.

Penduduk di sini memiliki tradisi menyabung ayam jantan. Ayam betina tidak digunakan untuk berjudi sabung ayam, walaupun kita ketahui ayam betina juga kadang2 berlaga.

Pak Lebai memerhatikan gelagat penghuni Pulau Atheis ini. Menyabung ayam adalah 'ibadat harian mereka, seperti kata pepatah : tak basah dek hujan, tak lekang dek panas.

Pak Lebai mengembeling usahanya agar penduduk2 d isini 'bertukar ilusi' kepada menyembah Allah/ Tuhan sekelian alam. Macam2 kaedah telah diusahakan oleh beliau untuk membawa mereka ke jalan tauhid, tetapi gagal.

Tanpa putus asa, Pak Lebai Malang akhirnya mendapat satu idea: 'Haaa! Apa kata, aku sama2 ceburi bidang laga ayam, agar aku dapat menyusupkan dakwahku secara halus berseni?'. Beliau mempesiapkan kereativitinya secara teratur.

Ayam sabungnya yang handal2, diimpot dari baka Filipina. Semua ayam jaguhnya berwarna seiras. Beliau juga memilih ayam laga yang lemah, dari baka tempatan, dan seiras warna bulunya dengan baka2 impot.

Maka berkecimpunglah Pak Lebai dalam bidang judi laga ayam. Dan setiap kali beliau masuk gelanggang, ayam tambatannya dari baka impot akan menang. Yang anihnya Pak Lebai akan melaungkan kata bismillah ketika ayam jantannya dimasukan ke gelanggang. Maka namanya menjadi terkenal seantero pelusuk pulau ateis; 'Lebai Jaguh'. Dan berduyun2 lah pejudi2 menuntut ilmu sabung dari Pak Lebai bidaah.

Pejudi2: 'Tok ajarlah kepada kami, cara untuk memenangi laga ayam'.

Pak Lebai mengajar tenang : 'Senang je ilmunya.. bacalah bismillah ketika kamu2 memasukan ayam kamu kegelanggang'. Sambil itu, ia mempelawa jaguh ayam (Pak Sindir) yang handal dari pulau Atheis (yang telah pun mendapat ijazah bismillah darinya) untuk menyabung ayam dengan Pak Lebai.

Pak Lebai telah memilih ayam tempatan yang lemah untuk ditandingkan. Pak Sindir melaungkan: 'bismillah' dan memasukan ayamnya ke gelanggang. Apa lagi, terburailah perut ayam Pak Lebai, ditusuk oleh taji ayam Pak Sindir, mengelupur.

Dari peristiwa kemenangan Pak Sindir, maka penghuni2 pulau Atheis terus berjinak kepada memperlajari ilmu agama Islam dari Pak Lebai. Dan Pak Lebai telah dinobatkan sebagai tok guru dan keramat hidup serta di hormati oleh penghuni pulau.

Pak Lebai telah berhenti dari bersabung ayam dan meneruskan kerjayanya sebagai pendakwah bebas sehingga akhir hayat. Nama beliau diabadikan: 'KERAMAT TOK PULAU ATHEIS'. Tumbuhlah surau2 dan masjid2 bak cedawan.

Ok..Sekarang bersabung ayam masih lagi dipraktikkan di nusantara di kalangan pejudi2.. ada yang Islam, ada yang tak Islam. Pejudi Islam biasanya akan membaca bismillah, walaupun tidak dilafazkan dimulut.. tetapi tetap dihati...hehe

Read more...

Friday, June 26, 2009

'Bear' Cap 'Brake Kapal'

Brake Kapal


Adakah kita sering berburuk sangka antara kita sesama muslim..tapi ingatlah manusia akan berubah kalau kena caranya untuk mendidik atau mengubah kemungkaran. Begitulah juga kalau kita dengar atau baca dengan kisah wali Allah yang arif dalam mencegah kemungkaran..bak kata : Sesiapa di antara kamu melihat 'orang sakit' maka ubatilah..So..difahamkan dari sebuah hadis s.a.w : Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka ubahlah....

Pada frasa 'Di antara Kamu' bukan semua orang yang boleh mengubah pastinya 'AM atau Khusus' seperti juga orang yang sakit..hanya yang pakar saja boleh merawatinya dengan baik dan berhemat.

Ikuti kisah ini :


Seorang Pak Lebai bernama Tuan Isa, sentiasa ke masjid untuk menunaikan sembahyang fardhu berjumaah. Tiap-tiap waktu beliau akan melintasi sebuah kedai kopi cina, yang berdekatan dengan masjid, di mana inilah satu-satunya mesjid kegemarannya, tempat 'itikafnya (tempat ibadat solatnya).

Suatu hari beliau terpandang Mat mabuk sedang meneguk minuman keras dari botol yang berwarna hitam.

Almaklumlah, Tuan Isa adalah seorang yang berpengetahuan tinggi (bukan berilmu) tentang hukum-hukum Agama Islam.

Jadi, Pak Lebai terpanggil untuk bernahi mungkar dan terus menegur Mat : 'Oh Mat, minum ayor ape tuuuuu?'

Mat Mabuk selamba mempelawa Pak Lebai : 'Beer! tuan. Nak merase mari ler!!'.

Pak Lebai : 'Tak ape ler! tok nak ke masjid dulu. Beer tu ape mendenye Mat?'

Mat : 'Beruang tuan'. Begitulah Mat mabuk mengusik dan mempermain2kan Pak Lebai 'Cheers' sambil menunjukan botol, dalam pegangannya kepada Pak Lebai.

Dia sedang dihayun oleh sakarat mabuknya.. 'hiiiiigh'. kata bahasa bakunya.

Pak Lebai berkata2 didalam hatinya : 'Pandai pulak dia becakap bahasa Inggeris, haaaa! Eh betul ke beer tu ertinya beruang? '

Pak Lebai meneruskan tegurannya : 'Ayor tu, cap ape Mat?'

Mat : 'Cap brake kapal! (Anchor beer/ sauh) tuan'.

Pak Lebai : 'Tak ape le Mat, tok pergi sembayang dulu ye!!'.

Di hari esoknya, Pak Lebai Isa melintasi kedai kopi yang sama, dan Mat mabuk masih meneruskan kesukaannya.

Pak Lebai terus menyapa Mat : 'Minum ape tu Mat?'

Mat : 'Beer!, tuan'

Pak Lebai terus memberi komen: 'Bagus!, bagus!, bagus!'.

Pak Lebai, setiap hari melintasi kedai cina, di mana Mat sedang meneguk arak seraya bertanya : 'Minum ape tu Mat? dan Mat akan menjawab : 'Beer!, tuan'. Pak Lebai akan mengomen : 'bagus!, bagus!, bagus!'.

Dan begitulah dialog diantara Pak Lebai dan Mat, pada setiap hari Pak Lebai melintas kedai kopi cina itu, hinggakan sampai berbulan2, dialog yang sama ini, diucapkan oleh Pak Lebai dan Mat.

Dan akhirnya, tak semena2, Mat telah berubah arah. Setiap hari dia akan mendahului Pak Lebai sampai ke masjid untuk menunaikan solat fardhu bejumaah, sehingga akhir hayatnya.


Moral : Manusia tidak mampu meramalkan, apa akan terjadi di esok hari.. jadi hormati sesama manusia. Dan panggillah ke jalan kebajikan secara hikmah dan sabar seperti Pak Lebai Isa.

Sekian coretan kali ini..huhuhu

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Meneroka Alam Publisher


Tadi pergi jalan-jalan ke buku kanak-kanak sambil beli 3 buku kecik dalam bahasa arab...waah aku dpt imagine hohohoh..

Sambil jalan2 tu memang otak aku dok terfikir cam ne buat buku kanak-kanak tiba2 muncul gak idea aku nak buat nanti..buat olahan dan ikut pemerhatian kanak-kanak arab di sini..rasanya boleh dikembangkan dari segi pemikiran dan agama..itulah hasrat aku utk memasukkan kedalam otak anak-anak melayu kita..bukan apa sebab nak combine dengan manuskrip2 aku yang tersedia ada ni..nak upgrade otak dan fikiran anak2 kita sekarang ni..sebab aku tgk sekarang cam tak de beza mana ngan zaman aku dulu pun skrg terutama skali dari segi buku-buku teks sekolah rendah..hohohoo

Walaupun aku baru nak mencuba dalam bidang penulisan dan penerbitan ni..tapi aku tetap belajar dan cari2 tips yang bagus kat blog n forum...Insyallah semoga berjaya..sebelum ni memang bermain ligat dikepala pun nak tahu kaedah dia..kemudian tup...tup keluar kenyataan ini baru2 ni...so rasa bertambah semangat gak kan..

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kota Buku bakal diwujudkan di ibu negara menjelang akhir tahun ini untuk membuka ruang kepada penerbit dan penulis memasarkan hasil karya mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata projek tersebut yang diselenggarakan oleh Kementerian Pelajaran adalah bagi membolehkan peminat sastera menikmati pelbagai karya bermutu dari pelbagai penerbitan.

Katanya, Kota Buku turut berperanan dalam memajukan sektor penerbitan dan kesusasteraan di negara ini.

"Kita sudah ada bangunan yang kita akan majukan di Kuala Lumpur. Sebahagiannya untuk dijadikan sebagai Muzium Guru manakala sebahagian lagi sebagai Kota Buku.

"Ia akan dimulakan akhir tahun ini dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dan dijangka siap tahun depan. Pembinaannya hanya memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian.

"Pihak yang berminat boleh menyewa ruang untuk mempamerkan hasil karya mereka atau hasil terbitan yang mereka keluarkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melancarkan Koleksi Buku Terjemahan Siri Sastera Malaysia oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Koleksi tersebut merupakan sebahagian projek penterjemahan 100 judul karya sastera tempatan ke dalam bahasa-bahasa utama dunia, yang dibiaya oleh kerajaan dan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun terakhir Rancangan Malaysia Kesembilan, dari 2008 hingga 2010.

Sebanyak 28 karya dilancarkan hari ini, termasuk empat di dalam bahasa Perancis dan satu di dalam bahasa Sepanyol.

Muhyiddin juga berkata kajian penggubalan kurikulum pengajian sastera di sekolah-sekolah telah dilakukan bagi meningkatkan lagi perkembangan bidang sastera negara.

"Kita kaji apa jenis buku yang hendak digunakan dan untuk peringkat mana. Sastera diajar lazimnya dari peringkat sekolah menengah ke universiti jadi kita mahu selaraskan supaya ada kesinambungan, tautan yang rapat antara pengajian sastera di sekolah menengah dan universiti," katanya.

Mengenai wujudnya sekatan terhadap karya-karya tertentu khususnya dari Indonesia, Muhyiddin berkata dasar negara tidak mengamalkan sekatan ke atas mana-mana karya asalkan ia tidak menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Saya kurang pasti sama ada ia (sekatan) oleh Kementerian Dalam Negeri, tapi kalau ikut dasar kita, kita tak sekat dari negara mana sekalipun asalkan ia tidak dianggap sebagai menimbulkan masalah kepada pembaca.

"Mungkin ada sebab-sebab tertentu kenapa ia tidak dibenarkan masuk," katanya.

-- BERNAMA

Read more...

Takutkah Hantu ?

Mungkin di fikiran anda sama seperti aku gak...mungkin anda ada pengalaman..mungkin ada tahu cara-caranya untuk menjauhinya..mungkin anda ada sixsense selalu jerk nampak dimana? Mungkin anda salah sorang pengubat menda² mistik...tak kiralah mana kategori hantu ke..SAKA ke..penunggu ke.. jembalang ke..bunian ke...begitulah 'kepercayaan dalam masyarakat melayu'...adakah disebabkan dengan asuhan yang memetik suis atau triggering center 'ketakutan' dan sebagainya juga sewaktu dengannya....Jom kita berbicara

yang pasti kita percaya kewujudannya. Tapi kenapa kita takut mungkin perasaan yang MENGHANTUI kerana kita telah diasuh dengan 'ketakutan' atau rupanya sgt hodoh..kenapa dia tidak memunculkan jerk diri..dan siapakah hantu ni ?dan macam2 kenapa dan mengapa untuk kita semua ketahui..

Benarkah benda2 ini wujud? Yang aku pernah jumpa benda2 ni hanya ada kat TV, VIDEO, BUKU2 CEREKA, KITAB2 jer. aku pernah berjumpa ngan bende2 ni...aku jumpa diri AKU jerk..

Si mamat ni pernah bertanya kat monyet di hutan rimba (si Hanuman): "Apakah saudara pernah berjumpa dengan benda2 halus ni?"

Jawab siHanuman dan member2nya.. "Kah.. kah.. kah !!! kalau kami pernah berjumpa takkan kami berani menghuni rimba ni.. malam gelap gulita, rumah tak ada.. tak simpan bekalan makanan pun".

mamat ni bertanya lagi: "Mengapa manusia takut kepada benda2 ni?"

Si Hanuman menjawab: " Dia orang ta' pernah jumpa pun benda2 ni, kecuali dengar2 jer.. Manusia2 suka berlajar kemudian mereka telan bulat2 jer.. Kemudian jadilah manusia2 begini, lebeeeeih bodoh dari kami, penghuni2 rimba". Ustaz2..paderi, sami2, ulama'2 mereka pun percaya dengan benda2 karut wal marut ni.. kesian manusia."

Si Hanuman berkata: "kepercayaaan kepada benda2 karut wal marut telah meletakan manusia2 yang beragama itu dilembah kehinaan.. Mereka telah mencipta cerita2 syaitan, jembalang, bunian untuk merasuk diri manusia. Inilah syaitan2 yang bertopengkan manusia. Mereka tersangat hina, kerana dikongkong olih ilmu2 tahyol yang sengaja diada2kan, serta memaksa orang mempercayainya. Mereka2 ini lah yang telah menyesatkan manusia2 dari jalan Sirotul Mustaqim."

Mamat tu bertanya kepada siHanuman: "Adakah salah atau sesat mempercayai benda2 yang macam ini ?"

SiHanuman berkata: " Salah tu tetap salah, dan sesat tetap sesat".

mamat: " Kenapa sang Hanuman berbicara sedemikian ?"

berdasarkan diolag tu apa yg boleh disimpulkan...ok mari kita bincang sambil menajamkan akal dan fikiran hahahah

Mungkin anda sering 'diusik' dengan penunggu sekurang²nya..kadang² terasa 'diperbodohkan' dengan menda2 ni..yang bodohnya manusia, bila lalu kat tempat yg menyeramkan tu terus berkata, Eg, Tumpang lalu tok, cucu nak lalu tok dll, so hantu ni pun dengar syok le, sebab manusia tadi anggap mereka tu tok mereka, lalu diikut le balik kerumah, dan kekadang diganggu lah mereka atau ahli keluarga kat rumah... tu lah, lain kali jangan sebut atau minta izin mereka, belasah je! ini jalan aku, ko jangan kacau, kalau kacau, aku sumpah jadi kereta ke, rumah ke, katak ke....kah kah kah...stgh plak kata kalau jumpa hantu tu korunk minta jerk duit..kalau dia minta syarat apa2 korunk JANGAN..

Dan mungkin juga dengan 'kepercayaan' dan pernah terjadi kepada diri anda boleh mendekatkan diri kepada Allah ?

tidakkah kita tertanya²..manusia ni bljar al-quran..hadis dan pelbagai kitab lagi..tetapi syaitan masih berjaya menghasut manusia pun..agaknyalah..syaitan,jin,iblis,bunian ni berjaya hasut manusia ni pakai kitab apa yerk..hehehe

kata Al imam Al Ghazali....Ilmu apabila di bahaskan akan terbit beribu ribu ilmu
Baru.

So..bila dikatakan jgn terlalu takut..aku amat setuju...tapi jgn terlalu takabbur tu...pada aku tersoal nih hahaha...kalau secara umum iblis lebih takabbur kepada nabi adam bila diperintah sujud hormat padanya..dan dijelaskan bahawa manusia lebih mulia..

ok mungkin ada pentakrifan menda2 ni asal dari mana..apa yang aku tau benda ni asal dari JIN dan dikategorikan sebagai iblis,hantu dan sebagainya..semua benda2 ni berasal dijadikan dari lidah api..

so mungkin persoalan juga timbul kenapa kita tidak dpt melihat secara nyata makhluk halus ni ada berpendapat kerana sebenarnya benda ni dari unsur kita juga...so tidak salah kita lebih angkuh daripadanya hantu2 ni..bila kita set di mind 'TAKUT' maka dia akan berkuasa untuk mengambil alih jasad manusia..

Ada berpendapat benda2 ni cuma nak berdamping dengan kita kerana ingin mengambil 'aura' atau tenaga 'dalaman' daripada kita..

kalau mengikut asal kejadian manusia yang di'generate'kan oleh 'software' yang terdiri dari empat elemen asas iaitu :
Air,Tanah,Api,dan Angin.

Dan dalam tanah itu atau kejadian kita sekarang juga ada unsur api seperti marah hingga boleh berlaku pembunuhan huhuhu..ada unsur air seperti persenyawaan atau kehidupan embrio atau badan kita pun sebahagian besarnya air.Angin pun ada kekadang tak senang duduk gak kalau jenis 'pasang surut' atau medu...'BERANGIN' pun ya gak kot..

Ulama` juga mentafsirkan kejadian manusia dari TIIN=air+tanah[turab]..

Juga dikatakan..Contohnya syaitan hanya unsur api sahaja. Dia berkuasa dalam alam lain. Jin sebahagiannya mungkin unsur lain yang berupa elemen angin.

Malaikat pula tiada ke-empat-empat unsur ini tetapi dialah cahaya/tenaga/kuasa untuk menggerakkan semua sifat ini agar dapat menjalankan tugasnya seperti menurunkan hujan dan menghantar isyarat elektrik saraf dalam badan manusia dan sebagainya..

Tapi ada juga diceritakan kenapa kejadian manusia ini dipilih daripada tanah setelah dipertimbangkan untuk mengambil air,api,angin...

Tapi sekarang juga..manusia yg ramai jd hantu .. dah terbalik hantu lak takut sama manusia skg nih ..huhuhu

Read more...

Kenapa pindah blog


Sebenarnya aku pindah ke blog ni bukan apa smshotcafe aku dah offlinekan tak larat dah lagi pun skrg ni...dah musim panas ni dan selesa jerk nak ke sana sini huhuhu..

So, aku fokuskan untuk mengumpulkan manuskrip aku untuk publish buku kat penerbit.Aku telah cuba beberapa penerbit seperti PTS dan juga Pustaka Aman Press sekarang dalam proses penilaian dan penelitian saja sebelum dipublish..aku pilih pun kira cam ada potensi untuk masuk market..

Lagipun aku pun dah nak balik ni planning lepas raya kot..So,aku pun bertungkus lumus gak utk publish buku ni nanti balik rumah tak de lah nak menganggur sangat..sebab byk projek nak buat bila balik ni..utk perusahaan industri asas tani gamaknya hahahaha..so,tade lah susah sbb nak uruskan loan skit sbb benda dah berjalan dah skit..pastu kalau ada rezeki dengan buku leh aku bergerak2 skit..bela kambing best gak nih hahaha..

Kenapa aku ingin menulis buku..sebenarnya bukan kerana nama,royalti, ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah...atau ingin melihat nama anda pada kulit buku..

Walaupun manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.
Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui buku. Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Aku mengambil contoh penulis tersohor suatu masa dulu seperti imam Nawawi. Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Ok..cerita pasal penerbit buku ni memang pening gak..aku pun cam berminat gak nak buat biz penerbitan hahahahaa tgklah cam ne..adess otak bisnes jerk aku ni hahahaha...tapi aku dok surf2..dapat gak info dan cam ne dia bergerak..yang penting pemasaran dia kuat..kalau percetakan tu mana2 boleh...penerbit ni bidang dia nak olah kasi power skit untuk menghasilkan dengan berkualiti..

OK panasnyaaaaaaaaaaaaaa..~

Read more...

Wednesday, June 24, 2009

Kesilapan Konsep Tawakal


Banyak perkara jumud yang diamalkan umat Islam dimasa kini umpamanya pengamalan 'tawakkal' dikalangan penganut agama Islam.

Ceritanya begini:

Setelah selesai memotong padi disawah, maka Wak Jono pun membanting padinya, dan kemudian memasukannya ke guni.. selalunya Wak Jono akan membawa hasil tuaiannya balik
kerumahnya.

Almaklumlah rumah beliau jauh dari sawahnya. Hari dah senja, motosikalnya hanya mampu menarik hanya satu guni padi sahaja.. sekiranya belebihan mungkin juga motosikalnya mengalami kerosakan.. dah gheheklah katakan. (motorsikal muzium).

Jadi, dia ada tiga guni padi, dan Wak Jono tertanya2 : '

Eh! macam mana aku nak bawa tiga guni padi ni? Motor aku dah setengah mati.

Finally, beliau menetapkan meninggalkan sahaja dua guni padi di dangaunya, yang tidak berdinding. sebelum dia pulang dia menyerahkan padinya kepada Allah/Tuhan
dengan kata lain tawakal : 'Aku bertawakkal kepada Allah'.. tenanglah jiwanya..dan berangkatlah beliau pulang.

Gedik..gedik..gedik.. gedik.. begitulah motor meraung minta tolong. Walau bagaimanapun sampai juga ia kerumahnya. 'Dah senja oi' Mak andihnya menyapa: 'kesian orang tua nih'.

Wak Jono memerli andihnya secara manja; 'Eh wah! Eh wah! masa aku muda, ko tak cakap pun aku muda.. Sekarang aku dah tua, baru ko cakap aku tua'.

Mak andihnya membalas: ' Tua2 pun sayang dan masih aku sayangi.. Almaklumlah boleh lagi......' (entah apa yang boleh lagi, entah lah. Tau² sajalah bahasa halus VIAGRA kot!).

Wak jono ni ialah jawa murtad (jawa kahwin melayu), dan mak andih nya pula dah tentulah murtad, sebab dia 'dimasuki' jawa.

Setelah siap guni padinya diangkat kebawah rumahnya, Wak Jono terus mandi, mengganti pakaiannya dan terus ke surau untuk solat magrib berjumaah.

Lepas sembahyang magrib, wirid, baca doa lebih kurang, bangun dan cari tempat mengombrol (bersembang), balut rokok berperisa cengkih (Rokok lenteng), berkembut asap dan mulalah ayam2 jantan kampung berinteraksi dan berkokok.

Itulah kebiasaan di surau2 kampung. Wak Jono, dengan tak sengaja, terpacul dari mulutnya bercerita tentang ia meninggakan dua guni padinya di pondoknya kat sawah.

Dalam ramai ahli jamaah tu ada juga yang tak betul nya..maklumlah, bukan semua orang ada duit dan bersawah.

Mungkin juga kerjanya mencuri.

Pagi besoknya, selepas solat subuh disurau dan doa' sikit lebih kurang, Wak Jono balik kerumahnya dan bersiap ke sawah seperti biasa..

Klec'eh.. kelec'eh.. klec'eh. Wak Jono membangunkan motosikalnya.. brooooooom.. begitulah bunyi keenderaannya merenget, tambah2 bila telinganya (trotle minyak) dipulas.

Tak lama kemudian sampailah ia kesawahnya dan terus menjenguk dua guni padinya untuk dibawa pulang, tetapi dah lesap.

Tanpa berfikir panjang, Wak Jono terus pulang dan singgah sebentar di kedai kopi. Dia duduk semeja dengan Wak Tumin (jawa tak murtad), kawan seperjuangannya, sambil meminta
kopi O: 'kopi O satu!'.

Dan Wak Juno mulalah membuka mulutnya: 'Tumin! padi aku lesap kena curi dua guni'.

Wak Tumin: ' La! kat mana ko simpan?'

Wak Jono: 'Kat pondok aku disawah'.

Wak Tumin: ' La! macam tu ke?'

Wak Jono: ' Hari dah senja, petang semalam. Aku tak sempat nak bawa semua padi tu balik kerumah, Jadi aku tinggalkanlah kat pondok dan aku bertawakkal kepada Allah'

Wak Tumin: 'Ko dah serahkan padi ko kepada Tuhan, jadi Tuhan ambillah balik, dan kenapa lak nak komplin. Dan takkan pulak ko suruh 'Tuhan' jadi jaga padi ko'.

Wak Jono: 'Laaaaaaaa! kalu aku diam tadi ke bagus. Padi kat bawah rumah aku tak nak pulak dia orang curi sekali ya!'

Read more...

Wanita Resah Dengan Keputihan


Ramai yang membicara macam2 tips 'kesedapan' saja kan..bila bercakap tentang seks..tapi dalam sedap2 tu ada gak perkara yang tak sepatutnya diingini...

Perkara ni akan terjadi bagi mereka2 yang baru kahwin kira dalam masa honeymoon gitu lah dan mungkin akan berpanjangan kalau tidak diubati..

Bagi yang baru kahwin hal ini terjadi kepada perempuan atau bini korang nanti..So..kena tahu gak..iaitu penyakit keputihan yang menjadikan wanita itu jadi tak selesa lagi nak melayani kita..sebab benda ni gatal dan boleh merebak kepada zakar gak...dan wanita akan resah gelisah ar...org laki nak menyedut pun tak bessst hahaha..

Ramai gak aku dok berinteraksi dengan wanita2 dalam masalah ini ceeeh cam doktor tapi aku ada lah cara nak mengatasi biasalah kena kawan ngan org2 tua gak kutip petua neeh hahahah...


Antaranya respond :

Sallam,
Ini agak peribadi bagi saya, akan tetapi demi kesihatan dan hubungan kelamin saya dan suami, saya ingin meminta pendapat bagi yang mahir tentang masalah wanita iaitu keputihan. Dari apa yang saya dapati masalah saya adalah kulat jenis candida, saya perlukan nasihat apa yang perlu saya ambil bagi mengatasi masalah ini. Saya telah cuba beberapa jenis ubatan tradisional akan tetapi tiada memberi kesan pada saya, malah keputihan yang saya alami bertambah membimbangkan. Sila berikan pandangan dan ubatan yang perlu saya ambil. Terima kasih.


Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore.

Keputihan atau Fluor Albus atau Leukorhoe adalah yang keluar cairan dari Vagina. Keadaan ini ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis].

Bagi sebagian wanita, keputihan merupakan sesuatu yang mengerikan dan amat menakutkan.Bagi yang mengalaminya, akan merasa resah,risih,malu,bahkan menurunkan rasa percaya diri.

Adakalanya, muncul beberapa pertanyaan :

Apakah keputihan ini menyebabkan kancer, apakah dapat menyebabkan mandul,..apakah suami dapat kepuasan,apakah..apakah..apakah..itulah pertanyaan yang sering menghantui para wanita ketika mengalami keputihan.

Gejala keputihan

Gejala Keputihan bukan kerana penyakit [non patologis]

-Cairan dari vagina berwarna kekuningan
-Tidak berwarna,tidak berbau,tidak gatal
-Jumlah cairan sedikit,kadang agak banyak.

Gejala keputihan kerana penyakit [patologis]

-Cairan dari vagina berwarna keruh dan kental
-Warna kekuningan,keabuan-abuan,kehijauan
-Berbau :busuk,anyir,amis dan gatal
-Jumlah cairan biasanya banyak.

Penyebab Non Patologis:

-Saat menjelang menstruasi atau setelah menstruasi
-Rangsangan seksual
-saat kehamilan
-Stress,baik fisik maupun psikis

Penyebab Patologis

-Infeksi Jamur [Kebanyakkan jamur Candida]
-Infeksi Bakteri [E.Coli dan Satafilokoku]
-Infeksi Protozoa [umumnya Trichomonas]

Bagaimana menyelesaikannya ?

Penulis telah menemui satu ubat yang paling mujarab di farmasi Mesir buat sejak beberapa tahun lepas. Ini telah diakui oleh beberapa wanita yang telah menggunakan dari apa yang disarankan agar mendapatkan ubat ini.

Bagi para wanita yang inginkan jalan penyelesaian masalah ini bolehlah hubungi kami.

Read more...

Monday, June 22, 2009

Ikut atau memahami



Ku beramal bukan mengikut ilmu tapi memahami ilmu.

Umpama belajar bawa kereta dijalan raya kena ikut peraturan...kata pengajarnya.Tapi bila dah mahir dan dah faham keadaan jalan raya....maka tau lah bagaimana nak lebih cekap dalam pemanduan asalkan tidak melanggar peraturan wajib.Tapi orang lain tengok,..bawak kereta tak ikut peraturan,..main celok2,bawak laju..,tak bagi isyarat dan sebagainya.Yang ikut peraturan selalu kemalangan dan menyusahkan pengguna lain.

Beramal ialah untuk selamat diri sendiri dan tak menyusahkan orang lain.Kalau dah yakin dan nyata amalan yg.dibawa telah capai kebenaran maka teruskan.

Bagaimana kita akan terpengaruh dengan jalan lain sedangkan jalan yg.telah dilalui benar2 diyakini selamat.

Dalam membawa amalan ketuhanan,jika ianya salah pasti akan berlaku amaran dan menyusahkan orang lain dengan pelbagai cara.Amalan yg.betul ialah tiada fitnah.

Read more...

Friday, June 19, 2009

Mengubah Nasib

Kita tertanya2 tentang khasiat bismillah yang diamalkan oleh penganut2 agama Islam.. dimanakah keberkesanannya?

Umpamanya: Si muslim X menanam 1,2,3 pohon cili, seraya membaca bismillah, tanpa membaja, menyiram, tanpa semburan racun atau kaedah menghalang penyakit dan makhluk perosak... apakah penanaman pohon cilli ini akan subur?

Seorang penanam sayur cina umpamanya: Si Apek ni, akan menanam cilli diatas tanah yang luas, tanpa membaca bismillah. Dengan kerapian jagaannya keatas pohon2 cillinya, dari penyedian tapak hingga pohon cilli membuahkan hasil, dan seterusnya memasarkan hasil tanamannya berlori2.

Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

Kita muslim, biasanya lalai tentang hal2 ini.. hinggakan kita tidak mampu menyaingi usaha orang2 yang bukan Islam, kerana kita mengharapkan 'tuhan' untuk menjadi kuli kepada harapan kita, tanpa mengembeling usaha yang sejajar dengan impian kita.

Kita lupa, bahawa setiap usaha itu adalah bismillah, dan bukannya bimillah itu sebutan2 sahaja.

selamat mencuba!!!

Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Perjalanan ilmu memang jauh

Sememangnya jauh perjalanan aku untuk memahami soal ketuhanan..lagikan Imam Al-Ghazali pun berkelana berpuluh2 tahun untuk mencari jawapan...inikah pula AKU..huhuhu kalau ikut biasa dikatakan ramai yang dah tahu Allah tapi belum mengenalnya..

Lagikan makhluk ghaib ciptaan Allah tak dapat difahami,...namun pertama disuruh beriman.
Orang kata,...kalau tak nampak macam mana nak beriman. Takkan nak beriman ikut2 dan
bertaklid aje.

Bukankah Allah telah menjadikan banyak bukti.Udara yang ghaib dan tak mempunyai gandingan
molikul melainkan O2 yang dinamakannya dan banyak unsur2 zarah yg.ghaib seperti gelombang, arus letrik dan sebagainya.

Walau pun bukti ujikaji tak mampu meneruskan pencariannya,...maka disitu lah pemutus akal.
Akal yg.kena tunduk pada tuhan dan meyakini apa yg.dikalamkan.Sebaliknya manusia
meneruskan kajian dan meninggalkan petunjuk tuhan.Lalu Allah tambah lagi hal2 yang menyesatkannya.

Kalau lah manusia menyerahkan urusan akhir akal nya pada tuhan pasti dapat penyelesaiannya.

Itulah kita perlu juga mengupgrade akal barulah fikiran kita pun turut sama...sebab tu aku kata dah bebas..kalau dulu aku tak boleh nak baca benda2 filos atau fahaman agama2 lain...kini aku dah sampai tahap nak mengetahui benda2 tu semua..huhuh kekadang sakit kepala..tapi takpe sukar sesuatu yang mencabar!

Read more...

Tuesday, June 16, 2009

Apakah tujuan kehidupan

Bermacam2 persepsi bila membicarakan tujuan kehidupan masing2 ada halatujunya...ada persoalan tentang dirinya..ada yang tidak puashati sehingga tercari² jawapan apakah ini semua..tapi bagi aku sekarang sudah tiada apa² dah tentang manusia..apa prinsipnya atau pegangannya dan sebagainya..bebas menerima apa jua luahan dan pandangan orang..kalau dulu aku seolah banyak sangat 'terikat'..segala persoalan yang sering bermaian sudah terjawab dengan seadanya..sekarang aku banyak membaca macam² pegangan agama..apapun rasailah kehidupan masing² agar dipermudahkan dan dipertemukan jalan yang mungkin tercari²..apapun jiwa kita tidak akan tenang selagi persoalan tentang diri atau alam ini tidak terjawab..pasti ingin mencari jawapan yang boleh meleraikan kekusutan..posting² aku sebelum ni pun ada memberikan tentang hal ini.

Aku tertarik juga ada seorang forumer dengan luahan ini....forum tersebut pelbagai aliran dan kefahaman..

Sekarang ni saya boleh dikatakan di dalam dilemma existential.
Jiwa saya tak berapa tenang sebab memikirkan sebab apa kita hidup dekat dunia ni?
Kenapa saya di lahirkan? Saya tak mintak pun hidup kat dunia ni, saya nak rujuk kepada siapa pasal kejadian saya ni?
Saya nak buat komplen sebab saya tak sign borang utk hidup di dunia ni. Ada manager tak utk saya jumpa?
Orang yg beragama kata, kita hamba Tuhan,
Orang takde agama kata pulak, kita hidup guna freewill.
Sekarang saya betul2 takda idea mengenai tujuan kehidupan kita ni.
Saya labelkan diri saya sebagai existentialis. Saya tak terikat dekat mana2 ajaran agama dan
saya juga tak cakap saya tak percaya kewujudan Kuasa Besar (aka Tuhan or whatsoever).
Saya cuma banyak baca filosofi2 seperti nietzsche, kierkegaard, socrates, sartre dan seangkatan.
Jadi saya ingin mendengar pendapat Merpati dan juga yg lain2 mengenai the meaning of life
sebab saya betul2 rimas dengan dengan jiwa yang mcm ni.
Please help....

Dari kenyataan tersebut ada beberapa respond oleh beberapa rakan yang lain...

RESPOND PERTAMA :

Apakah pandangan saudara selepas membaca filosofi kat atas tu??..pd mulanya saya juga spt saudara tp sekarang dah agak ok sedikit..

Saya setuju dgn bila dikatakan Tuhan hanyalah satu daya/force bukannya Tuhan yg bersifat spt manusia yakni masih ada perasaan marah, suka diambil hati, berat sebelah dsb..

saya berpendapat sekalian makhluk dlm alam semesta ini terikat dgn hukum alam, walo saudara percaya atau tdk, tp inilah hakikat yg sebenar..
sdr tdk perlu bersedih mahupun bersyukur kerana saudara dilahirkan ke dunia ini sebaliknya saudara harus memahami "KELAZIMAN/LUMRAH HIDUP"..

JAWAPAN :

Berdasarkan filosofi2 yang saya baca, mereka semua hanya memberi pendapat dan teori mengenai hidup melalui persepsi sendiri.

Jadi muncul lah pelbagai fahaman seperti nihilism, existentialism, atheism dan lain lain.
Bagi saya apa yang pasti ialah Ketidakpastian.

RESPOND KEDUA :

Saya gembira .. terlalu gembira mendengar rintihan saudara. 'KEBOSANAN' sentiasa membawa 'KEBAHGIAAN'. Saya juga tidak minta dilahirkan.. Tetapi mengapa saya dilahirkan? Bahkan saya sentiasa mengimpikan 'ketiadaan'. Saya berfungsi2 seolah2 mengikut tune gendang 'hayat'.

Jawapan dan fakta perlu bersifat adil, tanpa berat sebelah dan condong mengikut

pengalaman dan fahaman yang telah dilalui; umpamanya, kita perlu membuangkan segala konsep2 dan teori2 yang telah di kaut dari pehak2 dari dengar2 dari warisan nenek moyang.

Kalaulah sekiranya kita terlahir dan terdidik dipehak tarbiyah ugama yang berlainan dari anutan kita, maka dengan sendirinya kita mungkin akan menentang fahaman ini.

Banyak bijak pandai dari kalangan orang Arab yang fasehah bahasa, tidak menganut ugama Islam.. apakah mereka tidak pandai membaca AlQuran?

Seorang Arab berbangsa Lebanon, professor dalam bidang bahasa Arab. Beliau telah mengarang satu kamus bahasa. Kamusnya 'القاموس العالي للمتعالم ', yang mencatitkan keseluruhan perkataan2 Al Quran serta nahu2nya sekali, masih berugama Kritian Koptik.


RESPOND KETIGA :

Tujuan hidup hanyalah satu PENYAKSIAN. Penyaksian yang didokong oleh watak-watak. Watak-watak penggerak cerita yang tiada tujuan. Cerita yang berlangsung secara langsung dan bersahaja.

Maka kamu adalah watak yang digelar MANUSIA. Sekelian alam adalah ensiklopedia untuk kamu mengerti akan apa sebenarnya MANUSIA itu. Bilamana diceritakan kamu mengerti akan apa itu MANUSIA maka nescaya kamu fahami akan kehidupanmu, kematianmu, sejarah dan masa hadapanmu. Aduh, betapa indahnya kehidupan ini...

RESPOND KEEMPAT :

Memang bosan kalau hidup ini dijadikan Allah dengan pelbagai kesulitan.Jika segalanya indah
pasti manusia tak bersoal pasal apa aku dilahirkan dan aku tak minta dilahirkan.

Cahaya matahari juga begitu.Selalu bertengkar dengan planetnya yang sentiasa menyala.Lalu cahaya memarahi planetnya kerana api mu,...aku dilahirkan.Maka planet menyatakan bahawa wujudnya aku maka terjadinya engkau.

Habih...nak buat apa.kalau tak suka hilangkan lah diri kamu.Apakah kamu wahai cahaya boleh
masuk dalam api semula.Kan ke kamu dah setuju jadi cahaya.Dah lupa ke?

Bila kita duduk dalam kegelapan pasti kita memikirkan soal cahaya.
Maka mula berfikir pasal nak adakan cahaya.

Jadi....tujuannya adalah cahaya,sebaliknya kena cipta mentol dan berbagai kombinasi.
Jadi diantara objek mentol dan cahaya itu timbulah persoalan dan perumpamaan dan pengajaran.

Siapa yang dijadikan dan siapa pula yang terjadi.Siap pula jadi perhatian ramai dan dikenali.Cahaya atau mentol itu.Bilakah mentol itu dikenali.Tentu apabila cahaya hilang kerana mentol terbakar atau tidak berletrik.

Apapun ia memerlukan sikologi pemikiran,kebijaksanaan dan rumusan akal.
Gabungan ilusi dan fantasi akal,kaitan fitrah akal manusia,kebenaran fakta,mitos dan kenyataan.
Soal percaya dan yakin.

Persoalan teka teki dan sikologi tidak semua orang ada.Membincangkan soal agama dan ketuhanan adalah dua cara berbeza walaupun tujuan sama.

Membahaskan agama ia berkaitan dengan jalan kehidupan yang mengandungi hukum,adab,tertib dan peraturan,sebab musabab,akibat dan macam2.

Membahaskan soal ketuhanan memerlukan ilmu yang mendalam dan perlu terpisah dari soal agama buat seketika.

Semua manusia sebenarnya telah melakukan kehidupan cara islam dan melalui pelbagai syariat.
Apakah kepentingan syariat dalam ibadah dan apakah iqtiqad setiap umat yg.beribadah serta cara beraqidah dan cara mengehsakan tuhan.

Islam dan beriman adalah dua perkara berlainan.

Berdasarkan beberapa respond dia atas aku bersetuju....bukan semua manusia berpeluang menerima Islam..tetapi manusia berpeluang berbuat kebaikan dan beribadah mengikut cara masing2..fahaman pluralisme sepatutnya mendapat tempat..Cuma ada satu yang wujud. Segala yang belegar-legar adalah YANG SATU. Berdiri secara tersendiri serta bersendiri.

Kelahiran

Kelahiran adalah suatu proses tetap bila berlakunya persenyawaan.Samada benih berjaya hidup dan membesar dan dilahirkan terpulang pada suatu faktor lain.Bagaimana kesempurnaan kelahiran sifatnya suatu faktur lain.

Manusia boleh menghentikan proses kelahiran ini melalui berbagai cara.Cara yang dibenarkan hukum syarak atau jalan larangan.Menghentikan kelahiran bukan suatu jenayah.Ada kebaikan dan ada kesilapan dan kerugiannya.Ini perlu suatu perbahasan lain berdasarkan keadaan semasa.

Benih yang berjaya hidup dan mempunyai harapan dilahirkan ada suatu ketentuan dan menjalani proses fitrah dan takdir tuhan.Kepastian untuk lahir adalah suatu kebiasaan mengikut peraturan.Namun sebalik kelahiran itu telah ada suatu takdir dan ketentuan perjalanannya.Hal ini menpunyai suatu ilmu untuk membahaskan.

Tuhan telah menceritakan secara asas proses sain dan kerohaniannya mengenai kelahiran seorang bayi dan telah diguna pakai oleh manusia.Tapi manusia mengabaikan soal ketentuan takdir yg.diprogramkan untuk kelahiran itu kerana mereka tidak mempunyai kepakaran atau jurusan yg.terkeluar dari kajian asas.

Tuhan menerangkan soal hati yang perlu difahami oleh manusia.Tuhan terangkan soal kesucian waktu kelahiran dan perubahan2 mengikut pendidikan yang mewarnakan bayi dengan pendidikan bermula dari kanak2 hingga ia berakal.Dan semasa ia remaja kedewasa dan lanjut usia.

Dari ketentuan benih hingga kelahiran,dari bayi,kanak2,remaja,dewasa,tua dan lanjut usia adalah suatu perjalanan yg.cukup mengikut umur masing2.Samada mereka mati awal atau lanjut usia,...akan ada suatu cerita perjalanannya dan pengalamannya.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.