Saturday, April 10, 2010

Dunia Memang Derita..

Dunia memang derita ? Kenapa dan mengapa..maksud derita boleh dikatakan sebagai MASAALAH..Jadi tokOne cuba nak cantumkan persoalan ini melalui pemahaman fikiran...

Dunia penuh derita dan masalah ini Allah kurniakan AKAL kepada manusia sebagai fungsi untuk berfikir dan mencari penyelesaian..sehinggakan Allah SWT menyarankan agar kita bermuasyuarat/berbincang dalam apa2 hal agar wujudnya percantuman idea/buah fikiran antara satu sama lain bagi 'menimbuskan' segala derita/masalah yang dihadapi supaya ada satu noktah atau titik tolak untuk membuat tindakan..sebab itulah salah satu prinsip tokOne juga "Dalam muka bumi ini tiada yang paling bodoh atau paling cerdik..Cuma persepsi manusia yang meletakkan namanya bagi membezakan atau mengklasifikasikannya..dan bercaturan dalam onak2 keilmuan...

Maka akal dan jalan pemikiran harus diupgrade mengikut masa dan zaman..semakin maju dunia ini pemikiran manusia juga diupgradekan..sebelum ini tokOne ada mencatatkan tentang perbezaan AKAL DAN FIKIRAN..

Jika 'processor' Pentium lama memang sukar utk faham & kadangkala lain pula di'process' dan pendekatan tak sesuai.. Jika processor yg diupgrade, mereka boleh process dengan cara yang lebih kreatif & berkesan mgikut kesesuaian masing2.


Processor= Akal

Software yang proses=Jalan Fikiran

Camne nak upgrade processor? Belajarlah2 untuk mengenal dulu..sekurang2nya..

Jadi semua manusia di muka bumi ada masalah..tapi masing2 cuba menyelesaikan sesama jalur kehidupan manusia atau bersendirian..cubaan untuk memblock sesuatu masalah mmg tak dpt 100% pun hatta buat apa cara skali pun tetap ada masalah walaupun tgk luaran (ilusi)..kadang2 ada masalah sekejap dan hilang kemudian ada masalah..jadi bagi mereka yang telah melalui pelbagai pancaroba dalam kehidupan sehingga dia benar2 mengenali dirinya sebenar2nya menganggap 'OTAK' tidak boleh dipakai lagi sbb dikatakan 'penipuan'..Bak kata cikgu :Selagi ilmu dari pandangan 'kita', 'kita' dan 'kita' - fakulti akal dimahkotakan tanpa sedar mahkota tercabut waktu sujud / maka di waktu itu akal di daratan paling bawah......mana ilmumu wahai teman?

Bak pesanan orang dalam mengharungi 'penderitaan ini seperti : Jatuh dan rebah itu adalah adat... Yang pasti..jangan putus asa... Teruskan usaha... yakin...(Kemudian dicantas dengan Kesabaran) kerna tiada idea utk selesai dalam jaringan hayat kehidupan..

Jadi,cubaan untuk menutup lubang2 derita(masalah)dengan pelbagai aktiviti manusia berlaku di atas muka bumi (universal)..Selesai satu masalah..timbul masalah lain..ibarat gali lubang tutup lubang jer..Contoh : Tak wang cari wang..dapat wang shopping atau layan ilusi semahunya dan puas kejap kemudian keinginan lain pula datang....akhirnya..kejar dan kejar semahunya dunia ini..kemudian MATI ! Walaupun bergelar jutawan pun masih lagi hutang keliling pinggang dan Masih lagi berbisnes..jadi segala aktivit manusia sebenarnya adalah utk 'tampung' derita/masalah..akhirnya...Apa anda rasa ? puashati ? selesa?selamat ? tade kesudahan dan penghujungnya untuk memberi jawapan..(anggapan tokOne jerlah)

Yang Hebat adalah Nabi Muhammad SAW tinggalkan Al-Quran dan Hadis percuma jerk tapi bila berlaku pencatuman medan ilmu oleh manusia maka dikenakan bayaran..nak masuk universiti Islam kena bayar..nak kitab Islam kena bayar..ceramah Islam kena bayar..bank Islam charge tinggi..peninggalan Nabi Muhd 2 khazanah itu cukup untuk umat Islam..menjadi RahmatulAlamin...

Jadi ? Umat Islam bagaimana boleh tak beri rahmat atau menyelesaikan penderitaan (masalah)sesama umat Islam secara bijaksana ? Berhikmah? Secara telus dalam jaringan kehidupan manusia...kekurangan bukan alasan..sbb kelebihan dan kekurangan mesti disatukan agar mencapai kesempurnaan..

Jadi..kalau dah faham dunia ini derita..jgnlah menambahkan penderitaan ! kembalilah kepada Allah...kenallah diri..pasti anda sayang kepada semua makhluk di muka bumi ini !

1 comments:

zakir932 4:00 PM  

assalamualaikum

a woderfull words

  ©Template by Dicas Blogger.