Sunday, April 25, 2010

Zaman Angguk2 ?

Kita berada pada suatu landskap dan persekitaran pemikiran yang dianjurkan dan yang disayugiakan adalah angguk-angguk, tidak digalakkan berfikir di luar kotak-kotak kebiasaan Di pandang serong sekiranya berfikir dan berhujjah secara 'merdeka' dari pemikiran yang dikongsi ramai. mungkin bolehlah kita namakan pemikiran logik jama'ie.

Antaranya kita dianjurkan secara tidak langsung mungkin secara tidak sedar untuk membetulkan dan mengiyakan segala tindak-tanduk dan keputusan yang dibuat oleh pemimpin dan kumpulan yang kita beri wala'.

Kita susun logik pemikiran kita untuk mencari hujjah bagi menyokong tindak-tanduk dan keputusan serta pendirian tersebut, sekiranya sukar untuk ditemui hujjah , maka kita akan memerentah otak kita agar mencari dalih, sekiranya sukar ditemui dalih, maka kita akan paksa otak kita agar dapat mencari muslihat untuk menyimpang (divert) dari fokus yang sebenar. Untuk tunduk kepada kebenaran yang berada pada pihak lain adalah sesuatu kesukaran yang hampir-hampir mustahil, kecuali kalaulah kita sudah hilang kepercayaan kepada pemimpin dan kumpulan kita.

Kalau kita sudah menganggap seseorang atau sesuatu kumpulan itu menentang kita dan kumpulan kita, maka dengan mudah kita akan mempercayai berita-berita keburukan tentangnya. Kita rendahkan nilai kebaikannya sehingga serendah mungkin. Kita selak segala aibnya semada yang nyata atau yang kita reka-reka.

Kita sebarkan pula keburukan itu, dan pada masa yang sama kita sembunyikan kelebihan yang ada pada mereka.

Zaman ini adalah zaman angguk. Zaman ini ialah zaman yang kaedah menyusun pemikiran kita sendiri tidak penting, yang penting ialah persediaan menyambut hujjah yang diturunkan dari pihak atasan, tokoh yang disegani atau kumpulan yang diberi wala'.

Maulana Jalaluddin ar-Rumi pernah mencatitkan sebuah cerita tentang seorang penduduk kampong yang mendapat mimpi yang benar tentang kampongnya akan mengalami gempa bumi, berikutan dengan gempa bumi itu maka air dalam telaga di seluruh kampong itu akan berubah sifat sehingga sesiapa yang meminumnya akan kehilangan akal.

Maka apabila berlakulah gempa bumi tersebut, penduduk yang seorang itu telah menyelamatkan dirinya di atas sebuah bukit secara bersendirian. Lama-kelamaan dia merasa jemu dan bosan bersendirian, dia pun turun semula ke kampong asalnya. Dia begitu sukar untuk berhubung kerana semua penduduk kampong sudah sasau, mereka pula menganggap yang dia telah gila kerana logiknya berbeza dari logik sasau mereka.

Penduduk yang seorang ini tidak mempunyai pilihan kecuali untuk kembali bersendirian di atas bukit, tetapi lama-kelamaan dia dirudung kebosanan dan kesepian hidup berseorangan dia tas bukit, lalu dia mengambil keputusan untuk meminum air dari telaga di kampong dan menyertai orang ramai yang telah sasau itu.....

Read more...

Wednesday, April 21, 2010

Kenapa Dalam Dunia Pakai Nombor ?

Dalam dunia ni memang pakai nombor utk membahagiakan penduduk bumi..hanya petik2 pun kuar nombor..picit2 kat ATM tiba kuar duit..memanggil seseorang pun dengan nombor...nak mengesan apa2 pun ngan nombor juga..sbnrnya byk hal ehwal atau hubungan manusia di muka bumi ni adalah berasaskan nombor termasuk code sistem pada jaringan DNA manusia atau sistem pengoperasian komputer/internet..

Tapi bagaimana pula dengan sejarah nombor2 ni..biasa terkenal dengan ABU NAWAS atau Saidina Ali juga famous ngan nombor seperti ABJAD HAWWAS.......

Manusia atas muka bumi ni pun terkejar ngan nombor pun..ada stgh tu sampai tergila2 termasuk (TokOne gak lah tu...)

Setahu TokOne pun asal dari nombor tu direka pula abjad2 berhuruf..zaman dulu pakai simbol2 jerk..so berkembang dari zaman berzaman..sistem kehidupan manusia..tapi tokOne malas nak p baca sejarah nombor ni..kalau nak tgk sejarah p jek kt sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Nombor

Jadi ada apa pada nombor2 ni....hingga menjadi kepercayaan yang kuat dirangsang oleh penduduk dunia..hanya dengan nombor org tu bertuah bahagia dan tade tuah..dalam forex atau urusniaga saham2 pun hanya sekelip mata jerk nombor tu mencanak naik atau merudum..

Pada TokOne inilah 'Jaringan Matrix' atau jaringan DNA/Genetik kehidupan makhluk di muka bumi sbb tu...untuk melepasi jaringan2 tersebut mesti melalui PERMISSION ! tanpa permission gagal lah so berfikir mencari jalan cam ne nak lepaskan sekatan tersebut..cubaan menggodam atau hack utk masuk ke jaringan seterusnya..

Hal ini tokOne juga dapat gambarkan atau imaginasikan..sama juga tahap kefahaman seseorang seharusnya mempunyai jaluran code yang sama atau hampir2 sama agar penyampaian maklumat dapat difahami...kalau tak faham terpaksa kena 'perbetulkan' sistem2 code pada diri masing2 lah...atau mesti melalui proses2 upgrade ke arah 'memahamkan' sesuatu apa yg org itu sampaikan..kadang2 kena imagine...kadang2 kena p jauh berjalan...sbb Al-Quran atau Hadis pun banyak perumpamaan agar kita sentiasa mempertajamkan otak/minda utk terus berfikir agar keyakinan kepada Allah SWT dan yakin pada diri sendiri..

Jadi penggodam sistem manusia yang telah dikurnia akal adalah untuk mengimbangkan sistem itu apabila pelbagai cubaan daripada iblis yang diibarat virus yang mengganggu sistem atau code pada awal kejadian manusia yang berasaskan DNA atau genetik..dan cap ibu jadi adalah pembukitan bahawa tidak sama di antara satu sama lain..dan biasa digunapakai dalam forensik atau jenayah..

So,kembali kembali kepada alam arwah atau spritual untuk membetulkan keadaan sbb kita ni mmg asyik dengan ilusi (pada luaran) kadang2 tidak sedar masa SEKARANG...

Rohani dan jasmani perlu diseimbang..sebab kesannya pada jasad....apabila iblis dah godam tanpa pengawalan pada rohani bermacam2 penyakit kuar dari hati...fikiran..ruh...yang negatif atau jahat..sebab iblis dah cuba hack..ubah...edit..delete..paste..copy ikut acuan yang dia nak ... iblis sudah janji ngan Allah utk menyesatkan dan meranapkan manusia..pelbagai 'teknologi' iblis cuba lakonkan..sapa tak sedar maka dah kena tawan dan mengambilalih jasad seseorang itu..maka kesannya balik adalah 'menyedarkan' dengan penyakit2 misteri...penyakit2 hasad wal dengki...pemikiran negatif melampau2..dan macam2...tak perlu nak hurai ar..sama2 kita fikir...!

Jadi punca inilah tokOne cuba pecah2kan melalui perbincangan di http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=478501&extra=page%3D1

Dan cuba merealisasikan pengubatannya upgrade ruh,jasad dan minda melalui http://rahsiahebat.biz mengikut acuan atau gambaran dan pengalaman dalam kehidupan..untuk kesadaran dan kembali kepada asal dengan jiwa yang tenang..hening...yang diredhai dan apa yang disarankan dalam agama Islam..

Read more...

Tuesday, April 13, 2010

H1N1 : Iblis MoU Virus...




Umumnya bila kita terkena gangguan Saka...biasanya perawat seringkali meminta bantuan bantuan entiti ghaib pula ibarat terlepas dr mulut buaya masuk mulut harimau...

Kebanyakan teknik lama tersebut terubahsuai secara sengaja atau tidak ke arah mensyirikkan Allah maka makin tercapailah hasrat tujuan penciptaan virus saka untuk menyesat, menyerang lalu memusnahkan akal, ruh dan jasad manusia.

Si pengubat terperangkap dlm perasaan ujub dan takabbur menjadi pengubatan tersebut kadangkala spt memperbodoh atau merendahkan martabat insan setiap pesakit kadangkala menjadi bahan ketawa, bahan gurauan, bahan penghinaan semasa rawatan malah aurat atau maruah tak terpelihara pd tahap yg sewajarnya....kadang2 ada pengubat ni suka mempermainkan orang yg sakit...dia rasa dia cerdik...tapi sebaliknya..

syaitan iblis ni tidak kluar pun ke akar umbi ibarat kluar pergi shopping jap..

Jadi kita pun sibuklah rasa berjaya halau stesen/template/acuan dah ada jadi akhirnya pesakit kena datang berulang2 kali sampai 12 x...20x...sampai berpuluh2 tahun benda tu tetap ada bahkan menzahirkan penyakit2 lain pada jasad...akhirnya hilang semua keyakinan diri,maruah, wang, masa...tak rasa nak mengtauhidkan Allah...tapi menganggap ayat2 al-quran sbagi khadam tempat bergantung....

So bagaimana kesedaran ini......

bukan itu sahaja..malah pergantungan mereka kepada entiti lain seperti kepada pusat-pusat perubatan tertentu kian bercambah...ini lebih-lebih lagi kepada penyakit seperti saka,dan sihir...mereka tiada tempat untuk dituju untuk merawat penyakit tersebut dan tidak tahu langkah memulihkan diri lalu mula mencari kaedah perubatan alternatif..sehingga brduyun2 pusat perubatan tersebut menjadi tumpuan manusia yang percaya kebolehan rawatan ini bg tujuan penyembuhan..LOA menyebabkan mereka berjaya..

Akhirnya tidak kemana juga..bahkan kepercayaan bergantung kepada Allah tu semakin jauh..

Maka inilah konsep iblis yg dia nak..seperti mana perjanjian dia sejak azali untuk meranapkan bani adam..tambahan pula di penghujung zaman ini...sbb itu kuar bermacam2 jenis perumpamaan seperti mereka :
Seks bebas= Aids..

Kini H1N1 adalah yg paling bahaya hanya sekelip mata..sbb apa?

Apabila terlalu asyik dengan 'memetik suisnya' menjadikan janakuasa teknologi iblis ini kian hebat..maka anak2 adam ini akan terus lupa dan berilusi dengan apa yg mereka rasa selesa dari mata mereka tanpa perlu berfikir lebih jauh..walhal semua2 itu yang dikhayalkan/diasyikkan (pusat rawatan,cerita2 hantu dll), maka hilang keyakinan diri dan kebergantungan kepada Allah SWT..bahawa kita lupa adalah paling mulia dan hebat dari iblis2 ini..

Itulah apa yg nak sy sampaikan..

H1N1 adalah salah satu teknologi iblis yang terhebat di zaman ini sehingga sekelip mata saja boleh melumpuh sistem tubuh,terutama wanita dan bayi...mengapa ? mari kita fikir2kan dulu...

Kesedaran inilah harus dibincangkan...dan sama2 cuba mencari penyelesaian..untuk membetulkan aqidah dan keyakinan kepada diri masing2..jadi fikir2kanlah..in zaman teknologi kan..

Read more...

Misteri H1N1 : Bukti Kecanggihan Teknologi Iblis


TokOne sambil melayan kehidupan dengan memulakan perbincangan awam melalui pautan ini :
http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=478501&extra=page%3D1

Semua dunia kenal H1N1..kt sini nak cuba kongsi2kan antara penyakit yang berjangkit..kerana H1N1 boleh meranapkan teknologi manusia jika ia terus merebak tanpa kawalan..tapi persoalannya dimanakah puncanya..ini mengikuti pandangan dan pengamatan saya tentang hal ini..

Kini telah diberitakan virus tersebut kembali aktif, Kita semua tahubahawa virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Difahamkan virusselesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya.Semoga Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadismenafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yangsebenarnya.

Virus pemusnah tamaddun dalam Al-Quran, iblis telah berjanji untuk hancurkan umat adam dan akan terus menganggu bagi mereka yang tidak mentaati Allah..


Disini sy cuba menyentuh tentang sistem pertahanan pada jasad, ruh dan minda sebagaimana diselami sebelum ini..

Ketika ini kita diberitakan bahawa bayi , orang mengandung danbepenyakit ramai yang membawa maut termasuk doktor..Ini menunjukkantenaga dalaman (spiritual) pada diri manusia amat menjunam pada zamanini dan virus-virus semakin kuat (upgrading). Kerana apa ? Semuanyaadalah KESADARAN pada manusia yang masih alpa untuk menaiktarafkanruh, minda dan jasadnya.

Mengikut pengamatan juga ia ada kaitan dengan SAKA dan virus telah memeterai perjanjian antarakedua pihak sebab semuanya daripada Iblis untuk melemahkan sistempertahanan diri dalam (immune system) pastinya melemahkan daya kekuatanruh,minda dan jasad menyebabkan virus-virus senang merebak.

Di awal hadis “Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)-Tiada Penyakit berjangkit..menurut Dr Sulaiman Noordin, apabila sistemimunisasi manusia kuat (minda,ruh dan jasad kuat) dan digabungkandengan anti kepercayaan burung-burung yang dikatakan membawa ataupenyebab kepada bala ini.

Saya berpendapat, percaya gangguan ghaib, tapi kalau SAKA sudahmengawal diri kita samaada separa atau sepenuhnya sememangnya lemah,kerana virus jangkitan adalah satu cara syaitan Iblis ingin memusnahumat Islam yang lemah sekarang semakin hari semakin lemah dari 3 sumbertadi.

Maka....puncanya adalah iblis menciptakan virus tersebut sebagai moderator kerana kelemahan manusia dengan 3 sumber tadi..

H1N1 menjadi punca utama,umat manusia tewas akibat serangan saka.....jeng jeng..konsep saka sebelum ini telah dicatatkan melalui pautan ini http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=477715&extra=page%3D1&page=4

iblis syaitan ni bukanlah entiti yg bodoh...spt yg disangka oleh tentera2 manusia yg myerang bugs maju spt dlm movie Starship Troopers

Iblis syaitan ni sentiasa upgrade dia punya kaedah infected dia apa2 yg berlaku dlm dunia IT spt serangan virus, spam, malware seolah2 sama spt apa yg Iblis buat jadi menggunakan pemahaman asas sains anti-iblis yg dijelaskan dlm Alquran & hadith teknik perlu dicipta & upgrade ibarat kalau dulu virus selesema memberi kesan kecil terhadap kesihatan manusia Melayu skang dah ada virus selesema yg mampu membunuh mampu membuat mangsa menjadi koma....

Read more...

SAKA menggodam sistem DNA manusia?


TokOne hanya nak kongsikan mengikut persepsi dan cuba memecah pemahaman yang biasa kita dengar...lihat...rasa....baca....

Ceritanya begini :

========================================

UEsDBBQABgAIAAAAIQCCirwT+gAAABwCAAATAAAAW0NvbnRlbnRfVHlwZXNdLnhtbKyRy2rDMBBF 94X+g9C22HK6KKXYzqJJd30s0g8Y5LEtao+ENAnJ33fsuFC6CC10IxBizpl7Va6P46AOGJPzVOlV
XmiFZH3jqKv0++4pu9cqMVADgyes9AmTXtfXV+XuFDApmaZU6Z45PBiTbI8jpNwHJHlpfRyB5Ro7
E8B+QIfmtijujPXESJzxxNB1+SoLRNegeoPILzCKx7Cg8Pv5DCSAmAtYq8czYVqi0hDC4CywRDAH
an7oM9+2zmLj7X4UaT6DF9jNBDO/XGD1P+ov5wZb2A+stkfp4lx/

========================================

Adakah anda faham kode apa di atas..itu antara contoh pecahan code yang bukan pada pusat sistem (code) untuk menzahirkan sesuatu perkara pada software atau sistem kode yang akan dibaca oleh sesebuah perisian dan pembuktiannya ia telah kuar utk jadi platform untuk menaip di microsoft word..

Kita tidak akan faham code tersebut dan bagaimana yang dikatakan berfungsi sebagai software microsoft word..hanya yang menciptakan sistem code asal atau yang tahu bidangnya dapat menilai dan membaca code tersebut..ok itu sy katakan yang code asli pada penciptaaan sebuah software..ia sama juga setiap insan atau makhluk dimuka bumi ini yang Allah ciptakan ada sistem2 kod yang memang kita tidak faham dan tak perlu nak bersusah payah mengkaji..

Contoh lain : asal sistem operasi komputer DOS atau linux tapi memang menyusahkan bagi orang awam nak menggunakan komputer dan beronline maka diciptakan windows (sudah byk kali diupgrade) utk kecepatan loading dan lebih mesra kepada orang awam seperti kita gunakan sekarang tak pelu nak bermain console untuk menaip command code (interaksi code) untuk pasang apa2 perisian dan sebagainya..kita skrg ni just saksikan jerk benda dah siap untuk gunakan.

Jadi..sistem tubuh manusia code jaringan untuk menggerakan sekujur jasad ini ada di dalam jaringan ruh kita..tapi semua itu adalah bentuk perisian code asal ada pada Maha Pencipta Allah SWT.

Jadi, hacker cuba mengedit/tambah/buang code tersebut beserta virus2 agar dapat memecahkan (menggodam) dan masuk dalam sistem tersebut sehingga berjaya merampas No.Serial sesebuah perisian atau sistem operasi windows..sbb itu byk juga terdapat cd windows pirates (kod asal sudah diubah tapi boleh juga digunakan bahkan tidak stabil lama2 kelamaan apabila diupdatekan) dan ada yang windows Asli.

TokOne rasa gambaran diatas dapat difahami..kalau tak faham rasanya mmg sah lah ! kena upgrade ruh..jasad..minda...dan sewaktu dengannya..

Dalam sistem kejadian manusia code DNA/Genetik/Cap Ibu Jari juga tidak sama di antara satu sama lain itu adalah pembuktian dan pengesahan ulama2 sains sendiri...dan digunakan byk untuk membantu kes2 jenayah dan forensik..

Ibarat pada code jaringan ruh kitalah kita telah digodam oleh iblis/syaitan untuk mengganggu kita pada rohani dan jasmani seterusnya melumpuhkan kita untuk mengingati Allah SWT setiap masa dan ketika..So,pemulihan amatlah diperlukan dengan amal ibadat yang telah disyariatkan oleh Allah SWT..

Apabila kita melakukan kejahatan kita mula 'TERSEDAR/INSAF' kenapa ? dan diperintahkan agar kita bertaubat (kembali kepada ALLAH) agar tidak melakukan lagi perbuatan salah/batil atau jahat...samada kejahatan batin dan zahir kita tersedar ! Jadi kesedaran ini menunjukkan bahawa kita perlu kepada pemulihan ruh tadi agar sistem bergerak dengan betul..Kalau kita sudah memilik anti-virus (amalan pendinding seperti amalan rahsiahebat) juga dapat membantu dalam defender dan clean pada sistem pengoperasian ruh dengan baik...

Frenkuansi/gelombang syaitan cuba diselitkan pada kode2 kita itu..kesedaran juga mempunyai tahap2 pada individu..orang tua kata : Cermin diri tu..jangan lupa diri..ingat diri...

Kata M.Nasir pulan Dibalik Cermin Mimpi...apa maksudnya..kembalilah kepada sistem kod asal..pelihara dan jagalah serta pertahankan agar tidak digodam oleh virus (syaitan2)..dan jasad akan berfungsi dengan baik...


Bak kata orang tua : Jangan Cepat Marah..nanti cepat tua..kerana marah (api) menzahirkan atau mengaktifkan hormon dalam sistem kita hasilnya cepat tua..ini berdasarkan kajian sains juga..Nabi Muhammad S.A.W pesan apabila kita marah2 pergilah berwudhu utk meredakan api tersebut dengan air sebagai pengimbangan (kontrol)..agar sistem tidak cepat rosak..semuanya kesan pada jasad...

Jadi kesedarannya ada di SINI

Read more...

Saturday, April 10, 2010

Dunia Memang Derita..

Dunia memang derita ? Kenapa dan mengapa..maksud derita boleh dikatakan sebagai MASAALAH..Jadi tokOne cuba nak cantumkan persoalan ini melalui pemahaman fikiran...

Dunia penuh derita dan masalah ini Allah kurniakan AKAL kepada manusia sebagai fungsi untuk berfikir dan mencari penyelesaian..sehinggakan Allah SWT menyarankan agar kita bermuasyuarat/berbincang dalam apa2 hal agar wujudnya percantuman idea/buah fikiran antara satu sama lain bagi 'menimbuskan' segala derita/masalah yang dihadapi supaya ada satu noktah atau titik tolak untuk membuat tindakan..sebab itulah salah satu prinsip tokOne juga "Dalam muka bumi ini tiada yang paling bodoh atau paling cerdik..Cuma persepsi manusia yang meletakkan namanya bagi membezakan atau mengklasifikasikannya..dan bercaturan dalam onak2 keilmuan...

Maka akal dan jalan pemikiran harus diupgrade mengikut masa dan zaman..semakin maju dunia ini pemikiran manusia juga diupgradekan..sebelum ini tokOne ada mencatatkan tentang perbezaan AKAL DAN FIKIRAN..

Jika 'processor' Pentium lama memang sukar utk faham & kadangkala lain pula di'process' dan pendekatan tak sesuai.. Jika processor yg diupgrade, mereka boleh process dengan cara yang lebih kreatif & berkesan mgikut kesesuaian masing2.


Processor= Akal

Software yang proses=Jalan Fikiran

Camne nak upgrade processor? Belajarlah2 untuk mengenal dulu..sekurang2nya..

Jadi semua manusia di muka bumi ada masalah..tapi masing2 cuba menyelesaikan sesama jalur kehidupan manusia atau bersendirian..cubaan untuk memblock sesuatu masalah mmg tak dpt 100% pun hatta buat apa cara skali pun tetap ada masalah walaupun tgk luaran (ilusi)..kadang2 ada masalah sekejap dan hilang kemudian ada masalah..jadi bagi mereka yang telah melalui pelbagai pancaroba dalam kehidupan sehingga dia benar2 mengenali dirinya sebenar2nya menganggap 'OTAK' tidak boleh dipakai lagi sbb dikatakan 'penipuan'..Bak kata cikgu :Selagi ilmu dari pandangan 'kita', 'kita' dan 'kita' - fakulti akal dimahkotakan tanpa sedar mahkota tercabut waktu sujud / maka di waktu itu akal di daratan paling bawah......mana ilmumu wahai teman?

Bak pesanan orang dalam mengharungi 'penderitaan ini seperti : Jatuh dan rebah itu adalah adat... Yang pasti..jangan putus asa... Teruskan usaha... yakin...(Kemudian dicantas dengan Kesabaran) kerna tiada idea utk selesai dalam jaringan hayat kehidupan..

Jadi,cubaan untuk menutup lubang2 derita(masalah)dengan pelbagai aktiviti manusia berlaku di atas muka bumi (universal)..Selesai satu masalah..timbul masalah lain..ibarat gali lubang tutup lubang jer..Contoh : Tak wang cari wang..dapat wang shopping atau layan ilusi semahunya dan puas kejap kemudian keinginan lain pula datang....akhirnya..kejar dan kejar semahunya dunia ini..kemudian MATI ! Walaupun bergelar jutawan pun masih lagi hutang keliling pinggang dan Masih lagi berbisnes..jadi segala aktivit manusia sebenarnya adalah utk 'tampung' derita/masalah..akhirnya...Apa anda rasa ? puashati ? selesa?selamat ? tade kesudahan dan penghujungnya untuk memberi jawapan..(anggapan tokOne jerlah)

Yang Hebat adalah Nabi Muhammad SAW tinggalkan Al-Quran dan Hadis percuma jerk tapi bila berlaku pencatuman medan ilmu oleh manusia maka dikenakan bayaran..nak masuk universiti Islam kena bayar..nak kitab Islam kena bayar..ceramah Islam kena bayar..bank Islam charge tinggi..peninggalan Nabi Muhd 2 khazanah itu cukup untuk umat Islam..menjadi RahmatulAlamin...

Jadi ? Umat Islam bagaimana boleh tak beri rahmat atau menyelesaikan penderitaan (masalah)sesama umat Islam secara bijaksana ? Berhikmah? Secara telus dalam jaringan kehidupan manusia...kekurangan bukan alasan..sbb kelebihan dan kekurangan mesti disatukan agar mencapai kesempurnaan..

Jadi..kalau dah faham dunia ini derita..jgnlah menambahkan penderitaan ! kembalilah kepada Allah...kenallah diri..pasti anda sayang kepada semua makhluk di muka bumi ini !

Read more...

Monday, April 5, 2010

Apa perlu buat..buat je lah..

Salam tokOne di masih ada jerk..kadang2 tak sempat nak berblog sebab terlalu bz agaknya lah..kadang2 seminggu pun rasa smlm jer ish..ish..ish cepat ya..patut ar dulu ada orang nak upgrade jam dari 24jam sari ke berapa erk 36 jam sari kot...abis ar tenaga kita skrg ni disedut oleh bermacam2 benda terutama teknologi skrg semua mau cepat tapi dalam cepat tu pun rasa masih tak sempat nak wat hal..

tokOne pun tatau dah nak coret apa..masih dok mencari2 idea apa yg perlu dibuat..jadi bila terlintas kena buat lah erk..tgk kawan2 blog pun bz ngan tugas2 mereka juga..kadang2 tokOne pun tak sempat nak melawat2 kadang2 melawat sepintas lalu dan tak tinggal jejak pun..(mohon maaf lah ya)

Sejak dua menjak ni tokOne bz ngan keje2 sebagai tokOne menyelesaikan byk permasalahan kehidupan manusia sejagat..kadang2 tido pun tak cukup..mata pun dah bengkak..selera makan pun susut..byk berfikir...byk imaginasi..byk mengumpulkan tenaga dalam dan luar..dan macam2 lah nak layan dunia yang tak hapa kesudahnya..org skrg ni byk maklumat itu n ini sehinggakan byk pula masalah yg tak dpt nak selesaikan..otak/pemikiran leh jadi beku...amal pun jadi kurang dan semua nak cepat..jadi pesanan host tv3 kata bykkan ilmu dan bykkan amal..mesej tu cukup penting bagi yg sedar MASA SEKARANG NI ! bukan yg masa lampau atau masa akan datang !

Jadi tokOne pun tatau nak kata apa dah ni..apa yg mampu kita buat..buat je lah..masing2 ada haluan utk terus explorer dalam kehidupan..sebenarnya tokOne tak sempat nak berblog pun tapi tetap ada jerk..dok mengawal sistem kat www.rahsiahebat.biz kalau nak tau apa cite tokOne p ar subcribes email kt laman tu..tinggalkan nama samaran dan email..nanti setiap hari tokOne antar email hehe...

Oklah tokOne pun dah pedih mata dah ni..bye2

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.