Friday, November 6, 2009

Konsep Matrix

Dunia ini umpama matrix adalah kerana satu Universal atau Law yang meliputi semua perkara iaitu :

Asbab dan musabab atau Newton Law III : "every action there is reaction”..

Ini juga menjadi asas kepada future phenomenon atau future events..

Bila dikaitkan dengan Universal Law yang dicipta Allah SWT yang digabungkan dengan empat elemen kewujudan maka akan ada 'mekanisme' untuk suatu perkara berlaku.

Sejak beribu tahun persoalan mass, accidents, essence semuanya boleh di sesuaikan dengan Hukum yang disimpulkan oleh Hukum Newton III dan juga hukum Newton I dan II.

Namun apabila menerangkan suatu jasad boleh berubah (sifat, tindakbalas, ketahanan) seperti yang diperumpamakan dalam kisah siksaan di barzakh atau akhirat (badan yang boleh diganti berkali-kali) dan juga dari ada kepada tiada atau dari satu jasad menjadi banyak jasad (subpartikel atom, teleport, waliyullah yang berada ribuan tempat dalam satu masa) ini mengakibatkan semua hukum dan dan cara berfikir sebelum ini tidak releven dalam hal ini.

Maka golongan yang tidak faham ini menuduh wahdatul wujud, reincarnasi, syiah dan lain-lain yang sebenarnya pengalaman dan makrifat mereka belum mencapainya sedangkan surah An-Nur dalam Al-Quran berkenaan Nur atas Nur seolah-olah memberi hint bahawa ada satu bidang sains yang dinamakan Sains Kuantum mampu menerangkan atau membuktikan hal-hal yang sukar difikirkan itu.

Konsep matrix didapati menggabungkan antara cara berfikir lama dan sains Kuantum adalah 'mekanisme' terbaik buat masa ini. Bidang ini berkembang dan amat kreatif dan tidak disempitkan dengan “movie matrix' malah jauh lebih kompleks daripada itu..

Ianya bukan fahaman baru tetapi kaedah atau mekanisme terkini yang sesuai dan mudah difahami oleh generasi saintis dan support penerangan ilmu-ilmu makrifat oleh kitab-kitab sufi lama.

Penolakan sesetengah golongan menunjukkan mereka mengalami 'reaksi semulajadi penolakan' akibat kebimbangan 'tradisi lama' di 'ubahsuai'.

Jadi di sini knowledge saintifik, kebijaksanaan, makrifat, berfikiran terbuka dan ikhlas membataskan 'penerimaan' untuk berbincang hal matrix. Ini kita telah lihat reaksi fahaman tertentu sehingga menjadi perdebatan dan perbincangan mendalam kadang kala menjadi perselisihan kerana ego dengan aliran masing-masing, ini belum lagi ilmu berhubung kait dengan mazhab-mazhab dan aliran ilmu ketuhanan atau mistik dan sebagainya yang begitu lama.


Mereka cuba 'membawa' penjelasan 'keluar dari matrix' dan kembali dengan 'pegangan' yang dibimbangi oleh mereka akan mendapat 'hukuman' dari para wali yang menjadi guru mereka. Tetapi harus ingat ilmu yang dipunyai oleh manusia ibarat setitis dari lautan makrifat..Dan Allah boleh menjadi dan tidak menjadikan apa jua sekalipun. Sesungguhnya Allah Maha Kreatif lagi Maha Bijaksana.

Tetapi dalam ilmu selain ilmu agama misalnya satu dunia mengiktiraf do..re..me..fa..so..la..ti..do itu adalah nod muzik yang pakai untuk mencipta apa jua lagu dalam pelbagai bahasa di dunia dan sehingga tiada apa-apa perselisihan pandangan dan pengubahsuaian di antara ahli muzik dan pendengar muzik.

Hidup infiniti wujud ilusi yang ingin dinyatakan bahawa kisah matrix dalam filem The Matrix itu suatu perumpamaan untuk kata-kata Sayyidina Ali k.w bahawa " Bila kamu mati kamu tersedar dari mimpi"..


Walau bagaimana pun, manusia samada muslim atau no-muslim ada yang mendapat bonus atau di 'upgradekan' dari yang Maha Kuasa dengan pemberian hidayah, ilmu, ketenangan dan sebagainya bagi memberi peluang kesedaran atau penyesalan atas perbuatan dan sebagainya,masih lagi diberi peluang untuk memperbaiki keperibadian dan agar tidak mengikuti jejak langkah virus yang rosak dan merosakkan.

Persoalannya.walaupun kita sukar mempercayainya tapi kita hidup di dalam dunia dan mengalaminya apa juga ilusi di mana saja kita pengembara di dunia ini.

Read more...

Thursday, November 5, 2009

Apa benda pula wujud ilusi ni ?

Wujud Ilusi bermaksud bahawa dunia yang ada hari ini adalah ulang tayang kepada filem CD yang sudah ditonton oleh kita di alam ruh (Matrix Ruh) semasa penyaksian antara hamba dengan tuhan.

Apabila bila ditanya [lebih kurang begini] “sanggupkah kau mainkan semula watak ini”....jawapannya “bahkan “(Alastu) semasa penjanjian ruh kita yang mana di alam ruh setelah Allah SWT hendak tiupkan ke dalam jasad kita.

Ini bermakna Ilusi ada dimana-mana saja kadang-kadang kita tertipu dengan dunia ini. Adakah wujud Ilusi,cuba kita berbalik pada kewujudan otak, dari pandangan mata zahir ini ia akan terus ke otak.

Tiba-tiba wujud satu persoalan, betul ke apa yang aku tengok tu wujud sebab mata kita hanya mengambil input cahaya sahaja dan otak yang mentafsirkannya.Cuba anda kaji bagaimana pula orang buta ? tanpa cahaya pastinya dia akan menggunakan daripada bunyi dan bau untuk ke mentafsirkan ke otaknya.

Otak merealize apa yang kita rasa, dengar,lihat yang dari input gelombang, sebenarnya diluar sana tidak wujud sesuatu yang kita panggil alam !
Tapi walaupun kita tahu sesuatu benda ini, kita juga tertipu dan selesa juga dengan alam ini. Kenapa sia-sia sebab ia tak wujud pun. Tapi perlu diingat, Kita tidak ciptakan sesuatu itu sia-sia.

Allah menjadikan alam ini (Ilusi) sebagai ujian bagi manusia ke satu alam yang lebih abadi untuk ke alam yang lebih baik dari ilusi ini kita perlulah beramal dan memakmurkan sebaik mungkin Ilusi ini.

Frederick Vester menjelaskan peringkat yang telah dicapai oleh sains di dalam subjek ini:

Kenyataan yang dikeluarkan oleh sebahagian saintis yang menyatakan bahawa manusia adalah sebuah imej, segala yang telah dilalui adalah bersifat sementara dan menipu, dan alam semesta ini hanyalah bayangan?, nampaknya telah dibuktikan oleh sains kini .

Seorang ahli falsafah terkenal George Berkeley memberikan komentar terhadap subjek ini seperti berikut:

Kita mempercayai kewujudan objek hanya kerana kita melihat dan menyentuhnya, dan ia bertindak balas kepada kita dengan persepsi kita. Bagaimanapun, persepsi kita hanyalah idea di dalam minda kita. Oleh itu, objek yang dilihat dengan penglihatan kita tidak lebih daripada idea-idea, dan idea-idea ini hanya berada di dalam otak kita ?.

Memandangkan semua yang wujud ini hanya berada di dalam minda, bermakna kita telah tertipu apabila kita membayangkan alam semesta ini dan benda-benda ini wujud di luar minda kita. Oleh itu, tidak satu pun yang berada di sekeliling kita wujud di luar minda kita.

Walaupun dikatakan Ilusi tetapi tidak memberi erti kerana ia ibarat tempat persinggahan kita di pelabuhan sebelum tiba ke destinasi terakhir (akhirat)
Manusia yang tidak menghargai peluang berlabuh untuk mengumpul bekalan itulah yang menjadi orang yang rugi dan sia-sia sedangkan ilusi itu akan menghilang sejurus kita tiba ke destinasi.

Ilusi itu tidak dihisab sedangkan watak-watak atau karekter dalam ilusi itulah yang akan dipertanggungjawab oleh pelaku di akhirat kelak.

Setiap orang atau bangsa atau kaum mempunyai watak-watak yang berbeza atas dunia ini dan macam-macam ada dan berlaku termasuk begitu juga dengan alam, negara perang, negara aman, negara bencana alam dan sebagainya.Apa yang berlaku samada kebaikan dan keburukan itu supaya kita terus berfikir dan perkembangan ilmu.

Contoh Pertama:

Kita bermimpi..kita merasai ianya ‘nyata’ tetapi sebenarnya dalam otak kita perkara itu kerana aktiviti neuro elektrik sahaja.

Anda sedar..anda makan..anda minum..anda melihat benda atau objek saja..bagaimana pula orang yang buta atau ’stroke acute’ mereka tidak melihat dan tidak merasa..Jadi: pengesanan deria berpunca aktiviti Neuro Elektrik .

Apakah perbezaan di antara sedar dengan tidak sedar ?
Saidina Ali k.w berkata: “Apabila anda mati barulah anda sedar”

Apakah yang membina elektron? Apakah yang membina partikel dan yang membina sub partikel elektron ?..Jawapanya ‘tiada’..hanya llusi Ilahi yang telah dimasukkan dalam ruh”..

Malah jasad kita ini illusi sahaja kerana atom-atom yang membina sel-sel badan sebenarnya tidak wujud, hanyalah Ilusi atau ‘khayalan saja”

Misalnya kita makan kek, sedap itu ditafsir oleh otak (siapa yang memberitahu makanan itu sedap atau tidak, siapa yang arahkan otak tafsirkan perasaan atau naluru seperti sedih, suka, gembira) inilah yang menjadi misteri. Oleh itu apa-apa yang pancaindera kita kesan ditafsir oleh satu ‘kuasa’ yang diluar kuasa diri kita..bukankah kehidupan ini ilusi ?

Tamsilan atau perumpamaan di bawah ini juga boleh dijadikan panduan.

Katakanlah anda ke kedai gunting. Dalam kedai itu ada banyak cermin di sekelilingnya..

Hasilnya adalah anda nampak bayang atau imej yang banyak di kiri kanan depan belakang anda..

Setiap imej itu kelihatan pula berlapis-lapis semakin ke dalam pula..
Imej-imej tersebut dipanggil sebagai alam maya atau Ilusi ..
Iaitu tamsilan bahawa apa yang kita nampak pada diri kita ini dan di sekeliling adalah maya atau ilusi sahaja (bukan wujud hakiki atau iaitu mumkinul wujud)..

Oleh itu, imej-imej yang berada dalam cermin itu dan apa-apa yang anda nampak di sekeliling setiap alam maya atau Ilusi itu dinamakan Matrix atau pun software.

Yang benar-benar wujud haqiqi (Al-Haq) adalah diri yang kena gunting itu yang dipanggil AKU

Imej-imej dalam cermin itu kadangkala berbagai rupa (berbeza) mengikut keadaan cermin tersebut..

Jika cermin itu kotor atau permukaan tidak rata maka lagi berbezalah imej dengan diri atau objek yang asal.

Untuk melihat dirinya, objek tadi atau si kena gunting tadi perlulah ada cermin atau menyediakan cermin.

Katakanlah dia seorang segak lagi tampan (macam Dr Sheikh Muzaffar) Dia perlu melihat imej dirinya dalam cermin atau matrix untuk dia lihat ketampanannya seterusnya memuji akan dirinya.

Jika cermin itu bersih dan rata, maka barulah diketahui akan ke 'handsome' mannya..

Jika cermin itu kotor maka terkejutlah ia dan merasa rendah dirinya kerana melihat betapa 'hodoh'nya dia..

Allah itu ibarat khazanah yang terpendam..Dijadikan makhluk untuk memujiNya (mencari,merasai perlindungan,memohon dan sebagainya) Cermin-cermin itu adalah tamsilan bagi hati..

Hanya satu cara membersihkan hati adalah zikrullah yang akan menjadikan cermin itu makin lama makin bersih dan licin..

Hanya dengan cara itu Dia dapat melihat dirinya yang cantik !
Sebenarnya hati itu adalah kesedaran atau consciousness..Lebih banyak zikrullah bermakna kesedaran bahawa apa yang kita percaya daripada apa yang kita lihat di dunia adalah imej yang maya atau Ilusi iaitu berada dalam satu sistem atau software yang dinamakan Matrix..

Imej-imej maya atau ilusi yang berbeza melambangkan matrix yang berbeza...Imej yang paling dekat dan paling terang atau jelas sekali adalalah dinamakan Nur Allah atau dalam istilah lain Matrix Nur Allah..

Imej-Imej seterusnya yang kurang terang sedikit dinamakan Nur Muhamad (matrix Nur Muhammad) seterusnya Matrix Ruh---->Matrix Embryo--> Matrix Manusia (yang kita 'tinggal')--> Mati-->Matrix Barzakh--->Matrix Akhirat.......>...>laluan matrix seterusnya dan akhirnya kembali.

Mereka yang bersungguh-sungguh berzikrullah kadangkala diberi peluang 'keluar dari matrix manusia' dan menjelajah ke matrix-matrix lain atau ke matrix yang lebih tinggi..

Ini dinamakan sebagai pembukaan makrifat atau kesedaran tentang Ilahi. Individu dari Matrix manusia yang pertama dan pernah tiba ke Matrix yang terhampir denganNya adalah nabi Muhammad SAW semasa Mikraj.

Selepas itu laluan-lauan 'menembusi' Matrix telah terbuka dan Nabi Muhammad s.a.w menjadi 'peneman' kepada semua 'jumper' untuk mikraj. Ini menunjukkan bahawa setiap Insan boleh mengikut jalan yang sama atau mencapai apa yang boleh dicapai oleh perintis jalan tadi..
Kreativiti guru-guru menyebabkan 'perjalanan' ini kelihatan berbeza dan dinamakan sebagai tarekat..

Penulis juga mengimbas dalam filem The Matrix. Apakah hubungan yang berkait di antara The Oracle, Neo dan The Architect yang dijelaskan pada siri The Matrix Reloaded .

Adegan tersebut rasanya mind blowing dan yakin akan digunakan sebagai topik perbincangan dalam kelas ‘Western Philosophy’ di institut pengajian tinggi di seluruh dunia.

Begitu sukarnya perjalanan Neo untuk berjumpa Architect, bagi mereka yang gemarkan sesuatu yang lebih dalam dan bermakna (yang akan membuat mereka berdebat mengenai idea falsafah cause and effect dan fenomenologi) mungkin akan menyukai bahagian perbualan di antara The Architect dengan Neo.

Bahagian ini sengaja dipanjangkan dan mungkin sukar difahami oleh segelintir penonton.

Itulah hakikat kita juga bukan senang untuk menemui yang Maha Pencipta, bermacam pertempuran dan onak duri dijalanan harus dilalui.

Pada siri The Matrix Reloaded merupakan sebuah filem yang seronok ditonton. Watak-wataknya menarik. Ibarat dunia itu dicipta oleh adik beradik Wachowski memang nampak cool dengan penelitian kepada setting, kesan bunyi, suntingan serta rekaan kostum yang menarik.

Oleh itu, harus diingatkan disini agar tidak timbul kekeliruan bahawa penulis menggunakan terma matrix yang tidak menjadi 'candy' atau habuan menarik masyarakat mendalami ilmu tasauf atau mengenal rahsia diri, adalah wajar penulis jelaskan secara hitam putih dan risiko atau kekeliruan yang bakal ditempuh, pasti ada positif dan negatif. Khuatir mereka terima bulat-bulat terma matrix ini sama seperti filem matrix yang mereka tonton sebelum ini kemudian berangan sendiri, selain daripada unsur positif, yang negatif atau samar-samar juga membayangi konsep filem tersebut. Seperti :

Zion- Kota Harapan (Baitul Muqaddis) Dan Kota Piramid Dajjal di Bermuda Triangle.
6th Version Of Matrix- Perihal kemusnahan yahudi ke 6 kali.

Neo- Al-Maseh Muntazar Dajjal Vs 'One' = Isa Al-Maseh ).

Eye Of The Oracle- Hasrat Yahudi memantau atau menguasai dunia.

Trinity- Konsep ke '3 'an Tuhan

Free Mind- Aqidah Atheis

The One- Jesus Christ (Crucifixion oleh mesin matrix bagi menyelamatkan umat manusia sejagat) dan lain-lain.

Semuanya manifestasi media yahudi perihal survival dan grand plan mereka untuk menakluk dunia !

Walau bagaimanapun, jalan spiritual sebenarnya memerlukan pencapaian kerohanian dan ketajaman akal yang tinggi untuk memahaminya dan segala ibadah yang diperintahkan adalah salah satu jalan untuk mengintai perjalanan spiritual. That's why berkenaan dengan kisah syurga, neraka dan hal-hal ghaib lain, Al-Quran banyak menggunakan perjalanan hidup masyarakat pada masa tersebut dan juga tamsilan-tamsilan saintifik dan mudah seperti cahaya dari pelita dari minyak zaitun.

Agama-agama lain banyak terkeliru atau sengaja mengelirukan untuk kepentingan mereka umpamanya menukarkan kenyataan ditiup dari RohKu untuk menyatakan Saidina Isa a.s adalah anak tuhan. Walhal makna kenyataan itu jauh berbeza kerana keajaiban Roh juga dimiliki oleh semua insan bukannya Saidina Isa a.s sahaja.

Begitu juga dengan manusia dibangkitkan di alam akhirat berdasarkan amalan masing-masing. Agama Hindu terkeliru dengan 'lorong masa' sehingga menyatakan bahawa kebangkitan semula itu di dunia ini.

Jadinya, konsep matrix yang ingin dibincangkan disini agar dapat merungkai sekurang-kurangnya sebahagian masalah ruang dan masa dan kewujudan seolah-olah berganda dan 'melampaui' ruang kerana kita cuma menggunakan lebih kurang 0.03% hingga 5% keupayaan otak.

Oleh itu, kita harus belajar 'menggunakan' selebihnya. Kegagalan menggunakan minda ini menyebabkan kaum lain menguasai dunia dan kita sendiri tidak memahami Ad-Din Al-Islam itu sendiri lantas menyempit dan dijadikan alat untuk pertelingkahan.

Begitu juga lontaran dengan “tasyabbuh bil-kuffar” (menyerupai orang-orang kafir), maka penyerupaan yang dilarang adalah penyerupaan dalam hal keyakinan dan kepercayaan (aqidah). Bukannya terbatas dalam hal-hal yang bersifat zahir, kerana apabila difahami secara sempit seperti menaiki kereta, membuat kek atau menyambut birthday, memakai pakaian jeans, makan menggunakan sudu dan garpu, memakai perfume dan sebagainya, Adakah semua itu diharamkan ! selagi tiada setitik pun yang haram kenapa kita perlu sempitkan lagikan Islam Cara Hidup, sekiranya disempit-sempitkan kita boleh menganggap Islam itu mengongkong.

Penulis mengumpamakan, orang-orang Majusi mengelilingi api untuk menyembah, maka kita juga boleh mengikut cara mengelilingi api namun bukan untuk menyembah, melainkan sekadar untuk memanaskan badan saja. Niat dan aqidah-lah yang membezakan.Ini perlu kita fahami dengan luas berdasarkan ilmu.

Read more...

Wednesday, November 4, 2009

The One

Istilah ini merujuk kepada orang-orang pilihan Tuhan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan ini. Mereka ini kerap disebut sebagai nabi, rasul, orang suci,peramal,pendeta agung,maitreya, avatar dan sebagainya biasanya merupakan orang yang disegani dari segi akhlak dan sikap yang terpuji.

'The One' bukanlah orang yang mewar-warkan dirinya sebagai nabi atau utusan Tuhan melainkan setelah diarahkan begitu.Mereka sendiri tidak tahu pada awalnya bahawa diri mereka terpilih sehinggalah diberitahu secara wahyu, ilham atau cara-cara tertentu.

The One menguasai enjin software semua alam dan dimensi. Bayangkan apa dia boleh buat 'kemana-mana lokasi', menggandakan diri (unlimited), menjadi apa sahaaj,lipat masa, iaitu menguasai semua 'tools/icon' dalam 'software alam-alam seperti alam mimpi atau alam nyata dan separa sedar, alam malaikat, semua unsur dan tenaga alam..

The One ini ada hubungan rapat dengan The Architects semua 'software dimensi dengan kata lain The Architect tu ialah D Almighty Powerful Allah. dan The One ialah Habibullah.

The One jauh lebih special berbanding dengan wali-wali biasa yang lain.Ada rahsia besar di antara The One dan The Source.

The One dijadikan terlebih awal dari sistem matrix ini iaitu sebelum ada bulan bintang dan sebagainya.

The One boleh ‘mengambilalih’ atau copy paste sebarang individu dan menjadi individu tersebut (jangan salah faham dengan rasukan-rasukan tidak mengambil-alih diri dalam).Individu yang ‘diambilalih’ oleh The One akan jadi The One.

Wali-Wali Qutb juga merupakan titisan atau cercahan daripada The One yang ramai tidak kenal The One yang mereka tahu nama-nama sahaja tetapi mengabaikan dari mata kasar, titisan The One ada di merata dunia dan menjadi pemimpin dalam satu-satu kaum atau bangsa atau negara yang mengikut masa dan zaman seperti yang dibincangkan dalam kitab-kitab besar tasauf dan tarikat seperti Sidi Abdul Qadir Al-Jailani, Sidi Ahmad Rifae, Sidi Ahmad Badawi Dan Sidi Ibrahim Al-Qurasyi Ad-Dasuqi, Sidi Hasan As-Syazuli.

Kalau di tanah melayu kebanyakkan menceritakan tentang Tok Uban yang didakwa sebagai Raja Alam Ghaib sejak lama dulu dengan memakai berbagai nama atau klon,Tok Kenali, Abdul Samad Al-Palembangi, Mat Daud Kilau, Dato` Bahaman, Hang Tuah,Tokku Paloh, Sheikh Muhammad bin Abdullah, (boleh rujuk buku tentang wali-wali Allah di Malaysia) dan wali songo yang terkenal suatu ketika dulu dan ramai lagi.


Kenapa mereka berjaya membebaskan diri ? Ikhlas, Sabar, Amanah dan Iman mereka 'hidup'.

Salah satu sifat kejayaan 'merentasi' jalan makrifat adalah keikhlasan.Jika masih bersandar kepada berjuta-juta zikrullah, beribu guru atau waliyullah yang datang memberi panduan maka anda belum ikhlas..( Ikhlas adalah peringkat tertinggi jalan makrifat ialah semuanya dari Allah kepada Allah kerana Allah.).

Keikhlasan kita pada Allah yang membawa kita mencapai makrifat (melepasi halangan matrix ) bukan kerana taksub kepada sesiapa atau untuk mendapat kelebihan apa-apa tetapi matlamat yang satu iaitu mengenal dengan sebenar Pencipta...kenali diri.."Hidup Infiniti..Wujud Ilusi.."

Siapakah yang diistilahkan dengan The One ?

The One Lokomotif dari tamsilan atau perumpamaan keretapi tadi,
nampakkah peranan pemandu lokomotif (The One) ? :-

-memegang amanah Allah SWT menjaga alam

-memahami keadaan seluruh alam

-’hidup’ sepanjang zaman

-’menjaga seluruh alam’

-’merentasi alam’

-’mengkiamatkan alam’

-menentukan ‘pace / rentak’ alam

-boleh dapat ’syafaat’ darinya

-dah ada ‘pertemuan’ dan sudah semestinya perjanjian’ dengan the source’
bahkan lebih daripada itu atau lebih tepat di kenali sebagai Rahmatul Alamin s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w juga adalah Rahmat Sekelian Alam [rahmat semua alam samada jin atau manusia atau apa-apa alam yang tidak terbatas] dan boleh merentasi alam maya, matrix ruh dan lebih dari itu iaitu ke sidratul muntaha Narasyangsya yang diramalkan dalam agama Hindu iaitu manusia pembimbing akhir zaman yg mempunyai sifat terpuji mempunyai kebolehan merentasi alam maya (Matrix Ruh Universal) malah lebih lagi iaitu bertemu empunya Matrix di mana malaikat (yang terhad dalam matrix) tidak dapat melintasinya..Jadi siapa Narasyangsya dalam kepercayaan agama hindu ? Kitab Veda menamakan beliau sebagai Narasyangsya yang mampu merentasi alam maya (dimensi,masa,hukum alam)

Agama Hindu yang menjadi panduan Buddha menunggu Narasyangsya iaitu Rasulullah SAW sendiri sebenarnya..tetapi Jaringan Matrix amalan Buddha sudah terlalu kompleks dan berisiko besar untuk tersesat dan terperangkap dalam Ilusi Matrix yang mungkin tiada jalan keluar lagi dan diringkaskan bahawa jalan kerohaniannya sistem lama dan out of dates serta membuang masa dan umur, lagipun Islam menyeluruh sebagai The Way Of Life.

Read more...

Tuesday, November 3, 2009

Iblis Boikot Plan Alam ?

Usaha kita adalah apa yang penumpang-penumpang tadi dapat dari kelakuan tadi sehingga ada yang dapat 'seat' yang lebih selesa..ada yang telah 'diambil orang lain' (kehidupan dunia).Tetapi kesakitan dan sebagainya itu masih tidak boleh di elak masih juga dalam gerabak .Orang yang usaha itu lebih mampu 'keluar' dari gerabak (alam ilusi.).Tetapi destinasi tetap sama..kematian akan berlaku dan alam-alam akan rosak dan binasa..Namun, manusia-manusia dalam keretapi tadi boleh mempercepatkan gerabak (alam rosak).

Persoalan, kenapa iblis boikot Plan Alam ketika dulu, bermakna manusia diberi amanah sebagai khalifah dan di tugaskan di bumi, tetapi kenapa Iblis memboikot daripada sujud kepada Saidina Adam a.s, adakah iblis itu sendiri khalifah juga sebelum ini atau watak antogonis untuk future phenomenon?

Read more...

Monday, November 2, 2009

Plan Matrix (Plan Alam)

Pembentangan tentang rungkaian yang disampaikan tentang Plan Alam (Plan Matrix) ini bukan menurut cara tradisional lama yang dibawa oleh jalan kerohanian tapi cara terkini yang mudah difahami oleh masyarakat moden.

Walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju dengan cara yang disampaikan ini kerana mereka masih ingin mengikuti penerangan cara lama dari kitab-kitab tua atau ulama` iaitu inginkan nas-nas yang melibatkan perdebatan selama ribuan tahun.

Bagi penulis, rasanya lebih sesuai mengikut cara saintifik dan teknologi.memandangkan sekarang ledakan maklumat amat pantas dan masyarakat tidak berminat dan tiada masa menyelak mukasurat kitab-kitab lama, ini bermakna penulis tidak menolak cara tradisional kerana itu adalah asal perjalanan ilmu kita jua ibarat jalan atau lorong yang sama tetapi kita menambahbaikkan menjadikan jalan bertaraf tinggi (highway) sesuai dengan keadaan, ruang, dan masa yang telah diadunkan dengan pemikiran yang telah dikemaskinikan berdasarkan ilmu yang kita perolehi samada pembelajaran dengan kesilapan, pengalaman, akal fikiran, perbincangan atau pertanyaan, kajian (explore) atau kita dapati dari mana-mana guru yang dapat mengesahkan kesahihan tersebut.

Apapun gajah tetap gajah walaupun macamana cara kita tafsirkan..Dan kayu tetap kayu walaupun ditafsirkan atau diterjemahkan dengan penciptaan almari, kerusi, meja dan sebagainya.


Allah berfirman:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman), “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” [QS. Al-A’raf (7): 172].

ألستُ بربّكم قالُوا بَلى



Setelah ditanya “Alastu Birob bikum“ ? Diibaratkan semua ruh manusia diberi satu ‘CD’ yang menunjukkan peranan dalam Matrix (alam) ini samaada individu sebagai seorang raja, hamba, saintis, muslim, kafir dan sebagainya” semuanya rela dan berkata “Qolu Bala Syahidna” Maka dimasukkan Plan Alam Asas Dan Individu dalam kepercayaannya..


Di Matrix Ruh itu manusia bersyahadah [perjanjian/penyaksian] di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui Keesaan Allah seterusnya disempurnakan dengan syahadatain [dua kalimah syahadah).

Rangka Plan Alam yang dicipta oleh Zat yang Maha Esa, kemudian baru ada jaringan Matrix Ruh.

‘Kepercayaan Ruh’ dalam matrixnya ini dinamakan Plan Alam yang dicipta oleh Allah s.w.t iaitu:

1. Plan Alam Asas (Kepercayaan ini dimasukkan selepas ألستُ بربّكم (‘Alastu Birrabbikum’)

2. Plan Alam Kehidupan (Dimasukkan dalam kitab-kitab( Al-quran) dan dibawa oleh para Nabi dan Rasul.

3.Plan Alam Semasa (Kepercayaan-kepercayaan Universal Semasa).


Di sini penulis membawa dengan contoh mudah untuk kita fahami :

Gerabak-gerabak yang dibawa oleh kepala keretapi ke satu destinasi.

Kepala keretapi adalah Plan Alam Asas

Gerabak adalah Plan Alam Kehidupan

Apa yang berlaku dalam gerabak adalah Plan Alam Semasa.

Kadangkala sesuatu bencana alam atau kehadiran seperti Imam Al-Mahdi sepatutnya akan berlaku , tetapi dielakkan kerana berubahnya:

Plan Alam Kedua (Plan Alam Kehidupan (Dimasukkan dalam kitab-kitab dan dibawa oleh para Nabi dan Rasul) dan

Plan Alam Ketiga (Plan Alam Semasa Kepercayaan-kepercayaan Universal Semasa).
Tetapi kadangkala diubah ‘rel’ oleh si EmpuNya, yang menjadi Moderator Matrix yang berkait dengan Plan Alam ini adalah Aulia` Allah (Wali-Wali Allah) yang mengikut Perintah Pencipta Plan Alam ini..

Allah menciptakan Iblis, Syaitan dan Jin hanya mengganggu ibarat virus kepada jaringan-jaringan kecil dan besar Matrix Ruh yang memberi kesan kepada kehidupan skala kecil dan besar. Inilah situasi wujudnya virus-virus baru agar manusia ada perjuangan untuk menghapuskan atau melawannya.

Kalau kita baca karya HarunYahya, filem-filem fiksyen seperti The Matrix dan lain-lain adalah cara termudah untuk menzahirkan model kefahaman alam ghaib, minda separa sedar, ilmu tenaga aura dan sebagainya.

Sebenarnya pengkarya filem atau yang mencipta filem ini bukan sebarangan ilmu kefahamannya, walaupun dikatakan sebagai hiburan dan tetapi mudah membuka minda yang orang dewasa. Bagaimana jika tajuknya The Thariqah mungkin generasi muda tidak mahu menontonnya. Pencipta filem The Matrix juga dikatakan sebagai Future Phenomenon walaupun dia seorang yang kafir tapi kita harus ingat bahawa ilmu Allah itu teramat luas untuk semua manusia berfikir bagi menguatkan kekuasaaNya.

Semasa kita di dalam rahim ibu ruh manusia itu dapat melihat semua rahsia langit apabila lahir sahaja diibaratkan sebagai “CD” tadi di ‘install’ dalam Matrix. Maka ia percaya dan berada dalam Matrix Ruh yang amat terhad’ jika dia dapat melepasi masuk dan merentasi Matrix maka ada kebolehan yang mencantas adat kepercayaan Ruh yang terhad.

Maka kadangkala boleh jadi kebal, mendapat idea-idea hebat, kuat, kalis api atau boleh ke mana-mana tempat sekelip mata..Walauapapun untuk memahami“Kepercayaan Ruh’ dalam Matrixnya yang dinamakan Plan Alam.

Hayati dan fahami dengan situasi ini..

Penumpang-penumpang telah membeli tiket masing-masing berdasarkan kemampuan yang dipersetujui..

Apabila keretapi tiba masing-masing menaiki gerabak-gerabak yang telah ditetapkan..ada yang menaiki dahulu, ada yang menaiki kemudian..

Setelah itu masing-masing duduk di tempat yang telah dikhaskan..ada yang eksklusif, ada yang ekonomi, ada yang low class, ada yang langsung tiada tempat duduk kerana sudah penuh..

Semasa perjalanan ada yang bersungut mengenai tempat duduk yang ‘dipersetujui/alastu’, ada yang tenang dan menerima baik tempat duduk yang dikhaskan..kemudian ada yang mula memasang kipas, mengadjust aircond, tingkap, ada yang ubah kedudukan tempat duduk, ada yg membuat kacau..ada yang buat hal masing-masing, ada yang cuba berkomunikasi (bersembang-sembang dan sebagainya), sepanjang perjalanan pula ada yang turun ke stesen-stesen dan berehat sebentar sebelum perjalanan.

Ada yang jatuh sakit, ada yang sakit perut dan mereka akan dipindahkan dan dimasukkan dalam gerabak khas untuk ‘rawatan’, ada yang meninggalkan kerusi dan berjalan-jalan, ada yang tersesat, ada yang curi-curi duduk tempat orang lain..

Semasa keretapi bergerak kadangkala perjalanan laju, perlahan dan berhenti, ada masanya gerabak bergegar dan bergoncang akibat kelajuan atau terlanggar sesuatu, tetapi ia tetap ditarik oleh keretapi ke depan, ada kala arah perjalanan ditukar menggunakan rel atau landasan pilihan yang lain (jarang berlaku), adakalanya satu dua gerabak terpaksa ditinggalkan akibat rosak (jarang-jarang berlaku) tetapi destinasi tetap diteruskan.

Pemandu-pemandu keretapi tidak kisah apa yang berlaku dalam gerabak as long gerabak terus berjalan (gerabak-gerabak dikunci rapi), setiap gerabak ada ‘penjaga’ masing-masing, tetapi ada satu dua penumpang yang ada ‘dokumen khas’ yang boleh keluar dari pintu-pintu ke gerabak lain, ada penumpang yang ada ‘kuasa’ memberi nasihat atau berbincang dengan pemandu untuk berhenti atau melambatkan perjalanan..tetapi penumpang ini tidak boleh menyuruh pemandu mengubah destinasi..pemandu juga boleh pergi ke gerabak-gerabak melihat suasana penumpang, memastikan gerabak dalam keadaan baik, menyuruh gerabak dikunci rapat dan sebagainya.

Rumusannya ini adalah sebagai contoh untuk lebih kita memahaminya.

Penumpang = Anda

Naik dahulu= Hidup lebih awal

Tempat duduk = Plan Anda ditetapkan seperti rezeki, jodoh,ajal,maut dan lain-lain (Alastu)

Kipas, tempat duduk dan lain-lain= triggering centre

Kelakuan dalam gerabak=usaha

Gerabak-gerabak=Alam-Alam Ilusi Matrix

Kunci=Consciousness atau hati (Kesedaran)

Gerabak-gerabak yang rosak dan ditinggalkan=Alam-alam yang musnah

Gerabak untuk ‘rawatan’=Alam Barzakh

Penjaga=Malaikat

Rel= Plan Alam

Penumpang Dokumen Khas= yang dapat makrifat/keluar dari matrix

Penumpang dengan ‘kuasa’= Aulia Allah

Pemandu Lokomotif = The One

Destinasi= Pertemuan dengan the source yang tidak diketahui dan dikenali sebenarnya kecuali

Sampai destinasi=The Source (Tauke keretapi)


Rasanya cukup lengkap tamsilan kehidupan ini dengan hanya perumpamaan sebuah keretapi yang menuju ke satu destinasi.! hakikatnya amat mudah dibaca, namun untuk merealisasikan konsep redha dengan qada` dan qadar itu ramai yang tertewas dan terperangkap.

Read more...

Sunday, November 1, 2009

Apa benda ni hidup infiniti ?

Ada orang tanya apakah hidup infiniti wujud ilusi yang menjadi tema bagi blog ni..erm..mungkin terlampau tinggi sangat nak faham yerk..tapi bukan disegajakan begitulah hakikatnya..ni ilmu kenal diri cara teknologi yang canggih manggis..hehe tak faham buat2 faham jerk..haha

Ok begitu definisinya yang akan kami perkenalkan menurut pengkajian yang tak seberapa..

Apakah Hidup Infiniti?

Ramai lupa berfikir bahawa kuasa Allah SWT harus menjadikan dan tidak harus menjadikan..

Dalam Al-Quran tidak menyebut bahawa selepas kiamat tiada lagi alam-alam (matrix-matrix) baru di wujudkan..


Dalam Hadits Qudsi yang diriwayatkan oleh Mujahid

كنت كنزا مخفيا فأردت أن أُعْرَفَ فخلقت الخلق فبي عرفوني

"Aku (Allah) adalah perbendaharaan yang terpendam (kanzan makhfiyyan). Aku 'ingin supaya dikenal, maka Aku jadikan alam ini, sehingga dengan itu mereka mengenal Aku." (Bad' Khalq al-Samawat wa al-Ard, hal. 10)


Buktinya bila kita pancarkan cahaya ke dalam cermin, maka cermin dalam...cermin dalam cermin..selagi ada imej yang terhasil (Infiniti) akan terlihat cahaya serentak..Inilah maksud Wujud Infiniti tanpa masa, jarak dan tempat atau melampui pelbagai dimensi.


Di sini juga konsep dikatakan konsep keikhlasan kita pada Allah yang membawa kita mencapai makrifat (melepasi halangan matrix) bukan untuk mendapat kelebihan apa-apa tetapi matlamat yang satu iaitu mengenal dengan sebenar Pencipta dan Kenali Rahsia Diri.."Hidup Infiniti..Wujud Ilusi.."


Oleh itu,untuk memahami kita perlu keluar dari alam nyata melihat dengan matahati, perbendaharaan yang terpendam itulah yang perlu gilap, dikaji dan di kenali dengan membebaskan diri halangan matrix.


Penulis mendefinisikan : Hidup Infiniti adalah suatu kehidupan setelah melepasi atau membebaskan diri daripada halangan matrix ilusi [alam ilusi] dengan cara dan kaedah tertentu dengan mengkaji asal kejadian. Tiada tuhan (apa-apa dalam matrix yang kita sangkaan dapat memberi kesan ) melainkan Allah.

Oleh itu, cara untuk membuka tabir makna kehidupan untuk menangkap hakikat hidup ini adalah saperti kita menguliti bawang. makna kehidupan di kodkan dalam gentik kita ,namun untuk membaca kod genetik ini , kita mesti melihat permukaan yang berlapis lapis dari kehidupan ini.


Setiap lapisan merupakan dunia yang tersendiri . Dunia-dunia ini adalah apa yang telah kita berikan reality yang positif dan makna kepadanya. Ketika kita mengupas kulit luar sebiji bawang , terlihatlah lapisan kedua ,lalu lapisan seterusnya dan seterusnya hingga ketika kita sampai kepada isi bawang tersebut dan membuka lapisan terakhir , yang tersisa hanyalah ruang kosong .


Ruang inilah juga ada pada saat yang sama ketika diluar lapisan bawang tadi, bawang tersebut dtembusi oleh ruang, sama seperti kita, ditembus oleh Yang Maha Wujud.Di sana yang ada hanyalah Yang Maha Wujud.

Teori Kewujudan


Disini penulis ingin mengutarakan bahawa terdapat dua teori sebab-sebab kewujudan:


Teori Pertama : Dari satu kepada banyak dan kembali kepada satu.


Kebanyakan aliran-aliran spiritual (kerohanian) terikat dengan teori ini kerana ia mudah di fahami iaitu Allah jadikan alam kemudian dijadikan manusia sebagai makhluk paling istimewa kemudian musnah dan yang tinggal hanya Zat Allah . Yang ini terikat dengan satu asbab (sebab) dan satu musabab (penyebab).


Teori Kedua : Dari satu kepada banyak dan terus 'explore' dengan mewujudkan matrix-matrix (alam-alam) yang silih berganti (kelahiran dan kematian) dengan entiti atau makhluk yang berbeza.


Teori ini menerangkan Khazanah Allah yang seolah-seolah 'infiniti'.'Pengembaraan atau musafir yang tidak pernah tamat walaupun berada dalam syurga yang ditambah nikmat dan demi nikmat iaitu matrix-matrix (alam-alam) seterusnya..

Justeru itu,untuk mengenali pencipta yang menciptakan kita ini kita kembalikan kepada saripati atau rahsia di sebalik dua kalimah syahadah ini ketika manusia bersyahadah di alam arwah sehingga fitrah manusia mengakui keesaan Allah. Kemudian disempurnakan dengan syahadatain (dua kalimah syahadah) لا اله إلا الله محمد رسول الله sesuai ajaran Islam.

Read more...

Wednesday, October 7, 2009

Kupasan Perlukan Hidup Bertuhan

"Perlukah Hidup Bertuhan" adalah kupasan pengalaman penulis berinteraksi dengan persoalan di dalam masyarakat kita, ada yang sudah dikurnia pelbagai nikmat dan kehidupan sudah selesa tetapi merasakan hati masih kosong, konflik keluarga, kecurangan dan merasakan diri jauh dengan tuhan dan ada juga yang senang lenang pula tidak menghiraukan lagi soal tuhan dan agama kerana dianggap Allah SWT telah meredhainya dan tidak perlu bergantung harap lagi kepada tuhan.

Di sebalik itu, bagi mereka yang kurang berada pula merasakan kehidupan ini sia-sia, keperitan hidup tidak tertanggung lagi dengan pelbagai ujian menimpa, mencabar keadilan tuhan yang menciptanya. Manakala bagi mereka yang percaya tuhan dan agama tetapi melencong melakukan kemaksiatan dan kadang-kadang mereka tidak pinta untuk lakukan dan timbul penyesalan disebalik itu.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja pula menimbulkan pelbagai soalan tentang tuhan yang tidak di jangkau oleh ibubapanya untuk menjawab dan persoalannya tergantung. Ada yang berpegang teguh kepada agama dan tuhan malah hatinya juga tidak mencapai ketenangan yang semaksimanya. Tidak kurang juga, bagi mereka tidak perlukan agama dan tuhan lagi dalam kehidupannya kerana terlalu banyak berfikir dan mengkaji buku-buku falsafah barat dan cara pemikiran masyarakat barat seperti ada yang mencabar buat apa beribadat kepada tuhan, sedangkan orang barat pun tidak bergantung kepada tuhan mampu berdiri dengan sendiri bahkan lebih maju berbanding dengan Negara Islam dan orang Islam.

Daripada persoalan pelbagai lapisan dan tahap keilmuan itu, maka disini penulis cuba sedaya upaya untuk memberi kesedaran berdasarkan ilmu yang ada dan sebagai pembuka jalan kepada mereka yang lebih mampu memanjangkan lagi perbahasan ‘Perlukah Hidup Bertuhan’ bagi menyedarkan mereka kembali semula mengikut panduan yang sewajarnya agar keimanan dan keamanan dalam masyarakat sentiasa terpelihara dengan baik.

Jadi, berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis semua permasalahan tersebut adalah berpunca daripada kerapuhan dari sudut keimanan dan tidak mengenali Allah SWT dengan sebenar-benarnya atau masyarakat kita ketinggalan untuk mendalami ilmu spiritual atau kerohanian dalam Islam yang telah dipelopori oleh ulama-ulama terdahulu kerana kurangnya mengingati Allah SWT dan berfikir dengan baik atau dengan dua perkara iaitu zikir dan fikir.

Kesimpulannya, kesedaran harus dipupuk dengan cara kita sentiasa mengingati dan apa jua bersandar kepada Allah SWT, mendalami ilmu kerohanian Islam dan sentiasa belajar berfikir dengan apa yang telah berlaku dan mempositifkan diri yang pasti bermula dari hati.

Ramai yang tertewas dan gagal mencari jawapan bagaimana untuk mempositifkan diri, berkuasa minda dan sebagainya sedangkan kaedah tersebut berkaitan dengan kerohanian Islam yang telah dibahaskan oleh orang Islam terdahulu yang membicarakan mempositifkan hati, kerana rohaninya terletak di hati dan terbitnya persoalan adalah dari hati yang paling dalam seperti cermin banyak imej dan sejauh manakan kegilapan cermin untuk melihat wajahnya sendiri dan mengenali dirinya.

Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang biasa kita dengar bermaksud : Sesungguhnya dalam jasad anak adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaa jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah ! Iaitulah kablu (hati).
Dari situ dapatlah kita faham bahawa apabila hatinya suci bersih seperti baru dilahirkan kemudian menghasilkan minda dan pemikiran yang bersih seterusnya anggota-anggota lain turut mengikuti semua kebaikan kerana hati adalah pusat kawalan segalanya. Apabila hati telah ditawan oleh Iblis maka, seluruhnya akan berlaku mengikut hawa nafsunya, kerana hati itulah tempat kesedaran bagi seseorang.

Semua orang cenderung kepada kebaikan, kedamaian dan kesempurnaan dan berusaha mencapainya. Fitrah semula jadi inilah sebenarnya Islam yang sedia ada diciptakan dalam diri tanpa difahami semua orang.

Setelah usaha kebaikan gagal, maka pilihan lain hanyalah melangar undang-undang fitrah Islam. Buat mengikut nafsu dan akal fikiran dan menganggap bahawa kehidupan adalah perjudian untung baik atau buruk. Semua perlakuan adalah sama, cuma jalan mendapatkannya berlainan.
Kehidupan pertama sebagai pengalaman hidup rupanya adalah didikan tuhan untuk menguji hambanya, siapakah yang baik amalannya.Samada dikurniakan jalan buruk atau baik, adakah dia sentiasa dengan tuhan. Ada juga manusia yang senang tapi melupakan tuhan.Ada juga yang malang dan susah menjauhkan diri dengan tuhan.

Apa yang penting dalam kehidupan samada susah atau senang, jalan baik atau salah,diri sentiasa redha. Kerana kita telah redha maka kita dapat rasakan keredhaan Allah. Maka puncak redha itu adalah undangan.Undangan yang jelas nyata datang dari jemputannya.Bisikan yang jelas menceritakan. Pemberian yang langsung akan diperlihatkan sebagai bukti undangan.
Sebenarnya bukan kita yang telah berjaya mengharungi ujian itu,sebaliknya Allah telah mengurniakan kesabarannya dengan usaha akal yang mahu berfikir bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan janji-janjinya yang benar.

Semoga buku ini kita dapat sama-sama berfikir dan mendapat panduan kepada pembaca dalam memupuk kesedaran sebagai pembuka jalan agar dapat membuat transformasi diri dalam hidup berdasarkan perkongsian pengalaman penulis sendiri yang mendalami ilmu kerohanian hampir 20 tahun sehingga dapat mengikuti perbincangan pelbagai agama. Akhirnya, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah paling lengkap dan sempurna dan Kitab Suci Al-Quran yang masih terpelihara keasliannya berbanding dengan kitab-kitab terdahulu yang ada sekarang telah banyak diubah sesuai mengikut kemahuannya.

Sebagaimana menurut kenalan saya sendiri yang menganut agama Kristian mengatakan : Malangnya naskhah-naskhah asal Kristian masih saja disorokkan di beberapa lokasi terutamanya Vatican. Begitu juga, naskhah asal Veda juga tidak dibuka untuk tontonan umum sekalipun penganutnya sendiri.

Read more...

Perlukah Hidup Bertuhan ?

Dunia hari ini kita anggap sebagai ancaman dan rasa tidak selesa walaupun telah mengecapi pelbagai nikmat.. Namun, hati rasa masih kekosongan sehingga timbul persoalan tentang ketuhanan dan agama, rasa lupa kepada pencipta dan tidak mengenali tuhannya.

Manusia dianugerahi akal dan fikiran yang cukup hebat dan berkuasa misteri. Kadang-kadang merasakan hidup rasa tidak selesa, seolah-olah merasakan keseorangan dan hilang kasih sayang dari tuhan, dirundum masalah kehidupan dan rasa ketidakbergantungan dengan yang lebih Maha Kuasa. Tidak lupa juga bagi mereka yang sering rasa dirinya berdosa kerana bergelumang dengan maksiat timbul rasa penyesalan tetapi tidak tahu bagaimana untuk mulakan sebagai kehidupan bertuhan.

Sesetengah kita juga ada rasa putus asa dan murung kerana terlalu banyak kesusahan dan keperitan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan persoalan diri…Kenapa aku dilahirkan sedangkan tidak dipinta,kenapa Tuhan yang Maha Adil melakukan ketidakadilan pada diriku, Kenapa aku dijadikan sebagai ‘ujikaji’ Tuhan dan macam-macam persoalan timbul dalam hati.
Lantaran itu, buku ini sebagai mendekatkan pembaca umum untuk berfikir dengan ketuhanan melalui motivasi Islam yang ringkas dan padat dan mengubat pembaca dekat kepada Islam dan cara hidupnya dengan beragama dan bertuhan agar memberi kesedaran dan keinsafan buat pembaca dan semoga dapat membuat transformasi diri dalam hidup.

Di samping itu, sentuhan pengalaman penulis sendiri berdepan dengan kenalan yang percaya ada tuhan tetapi tidak menganut apa-apa agama dan beberapa teman yang sering dirundum masalah kehidupan, penyesalan dengan kemaksiatan yang telah dilakukan dan mereka yang lalui ujian dalam kehidupan dengan penuh cabaran.

Penulis cuba mencari penyelesaian melalui tips-tips atau panduan yang berguna untuk dikongsikan kepada mereka mengenai ketuhanan, agama dan ibadah terpenting dalam Islam dan mengajak pembaca berfikir dan menilai dengan baik.

Read more...

Monday, September 7, 2009

Apakah ini semua ?

Salam Ramadhan...

Apakah salah menyalah, hukum menghukum TANDA ilmu seseorang itu sampai ke kemuncaknya? Selangkah ke titik asal, sepatutnya tiada lagi prejudis kita pada ilmu..

Apakah ilmu masih menjadi perkiraan? Ilmu bukan datang dari kitab untuk dipegang, ilmu datang dengan kefahaman. Bergunung kitab kalau tiada membawa faham buat apa? kefahaman datang dari pemikiran..

Pemikiran datang dari mana? Dari otak yg berurat. berdaging dan berdarah? Adakah binaan yg sedemikian rupa mampu berfikir? Tentunya otak hanya sekadar simbol untuk menyatakan atau meletakkan tempat fungsi fikir.. selebihnya fikiran itu TETAP datangnya dari Allah. Tanpa fikiran otak hanya suatu yg sia2..

Jadi, bila fikiran itu datang dari Tuhan, pastilah bukan dapat ditimbang seberat mana ilmuNya..

Justeru dari ilmuNya lah manusia merakam pelbagai bentuk pandangan sesuai dengan kebesaran ilmuNya ada yang dari muzik boleh menyingkap erti ketuhanan, ada yang dari lukisan boleh menyingkap erti ketuhanan, ada melalui falsafah boleh mengertikan ketuhanan, dari sains, dari sejarah, dari hukum, dari sayembara, dan dari apa saja bidangnya... semuanya tetap terlekat atas makna ILMU ANUGERAH TUHAN.

Adakah yg terlepas daripadaNya? Bila ini dapat dimengerti, gugurlah kekakuan diri yg beria2 memperjuang itu dan ini.. Yang ada hanyalah kebersamaan diri bersama Tuhan.. jiwa, hati dan minda yang ada hanya ADAnya hingga lenyap segalanya..

Adakah selainNya? Ilmu hanya satu bentuk menifestasi Kebesaran Ketuhanan. Tiada imbuhan kepada mereka yang faham mahupun tiada mengerti apa2.. Ilmu adalah satu kemurniaan yg MUTLAK bila aku..aku.. aku dibuang di dalam diri.

Apakah ilmu boleh dikategorikan benar dan salah? Atau perlukah ilmu untuk kebenaran? Atau perlukah kita kepada kebenaran? Atau adakah apa yg dinamakan kebenaran? Kalau jawapannya terpulang pada diri masing2.. semuanya benar mengikut sangkaan masing2.. atau ilmu itu rahsia Tuhan, maka lebih elok tutup saja forum ni untuk berbicara tentang ilmu ketuhanan.. Fahamilah atas diri yang diberi faham.

Belajarlah mengenal dirimu.. mencari dalil untuk dirimu. Bukan memperlaku Tuhan seperti mahu mu.. Bagaimana men'dalil'kan wujud Tuhan kerana Tuhan itu kesendirian tanpa se zarah makhluk di sisinya. Maha Suci Tuhan, tidak berbekas padaNya dari sebarang perbuatan makluk..

Justeru janganlah diandaikan Tuhan itu seperti andaianmu.. Dia bukan objek untuk kau penjarakan.. PadaNya segala penjara milikNya.. Berhentilah dari mabuk ilmu mu. Kalau dalamnya cuba kau selami, kelemasan janji untukmu, jika lautannya cuba kau renangi, karam janji untukmu... kerana Dia lautan yg tiada pantai ditepiannya...

Apakah yang mahu kau banggakan dengan wasilah perguruanmu mu.. darah ahlulbaitmu.. Tiadalah rasul Muhd saw itu diutus untuk didewa2kan.. apatah lagi penanggung2 amanat selepasnya.. Tiadalah mereka itu dihantar semata2 menggilap erti TAUHID ( kesendirian wujud yang ASA )... hingga menyerap diri mereka itu di daerah perasaan ihsan ( laqod dja akum rosulun min anfusikum ) agar insan itu memahami dan mengerti atas tiap2 diri mereka. Lantas, datanglah seruan ; wafi anfusikum afala tubsirun... Pada diri kamu tidakkah kamu perhatikan.

Demikianlah berdirinya alif.. Dari 7 yang diatas, diusung kepada 7 yang tengah lalu membawa kepada 7 yang bawah..

Menjenguk kebenaran mutlak perlu kepada keterbukaan yamg padanya tanpa sempadan yang mengikat.. Dari makrifat hingga putusnya makrifatmu.. Di situlah bermulanya langkahmu ke lembah suci thuwa.

Lalu... nikmat dari Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan..

Bermula bijak'sana' dengan adanya bijak'sini'.. Isyarat bagi diri yang memahami..
Wujudkah agama untukmu bila tiada wujudnya dirimu? wujudkah Tuhan untukmu bila tiada wujud dirimumu.. Lantas, dimanakah wahdah kewujudan untuk kau sangkutkan?. fikirlah bagi diri yg memahami.. Siapakah kamu sebelum adanya kamu? adakah disampingmu sebarang ilmu untukmu.. Lalu wujud dirimu dari ketiadaan wujudmu tiada lain sebagai dalil kebesaranNya Yang Maha ASA.

Read more...

Friday, September 4, 2009

Cas ialah DAYA YANG TIDAK SEIMBANG

Daya = force

kalu ikut hukum NEWTON ;

F = ma dimana F = FORCE
m = mass
a = acceleration

Cas ialah DAYA YANG TIDAK SEIMBANG.

Satu atom dikatakan bercas negatif bilamana daya yang mencapah keluar (dari jasad atom) lebih besar dari DAYA yag menarik ke dalam jasad atom (graviti atom). Sekiranya sebaliknya berlaku maka sesuatu atom dikatakan pula atom itu bercas positif. Kesimbangan daya oleh atom-atom akan menghasilkan sifat pegun yang mana penyatuan positif dan negatif (cas-cas) di dalam kesimbangan daya mewujudkan tenaga keupayaan pada jasad atom-atom itu.

Ketidakseimbangan cas akan menjadikan atom bergerak/bertidak balas/bergabung untuk mencapai keseimbangan cas/daya. Pergerakan atom tadi ditakrif sebagai tenaga kinetik dan pecutan pergerakan tersebut digelar acceleration. Sebagai tambahan dinyatakan bahwa m =mass yakni jisim=tubuh=ADAM.

Di kebanyakan keadaan/kejadian kinetik oleh atom akan menghasilkan cayaha. Ini yang berlaku pada atom-atom matahari. Sila rujuk "ELEMEN JASAD INSAN" untuk keterangan lanjut.

Telah dinyatakan sebelum ini bahawa di dalam atom terdiri dua daya yang bertindak balas antara satu sama lain yang dinamai cas. Keseimbangan keduanya mengasilkan tenaga upaya yang mampat di dalam ruang kosong(lingkungan jasad atom).

Kemampatan tenaga ini bisa digambarkan umpama mampat udara di dalam belon. Meskipun ia kelihatan kosong namun Iia mewujudkan sifat keras dan berjasad.

Aku pulang kepada kalian (yang terbanyak).


HUKUM NEWTON I

HUKUM NEWTON I disebut juga hukum kelembaman (Inersia).
Sifat lembam benda adalah sifat mempertahankan keadaannya, yaitu keadaan tetap diam atau keaduan tetap bergerak beraturan.

DEFINISI HUKUM NEWTON I :
Setiap benda akan tetap bergerak lurus beraturan atau tetap dalam keadaan diam jika tidak ada resultan
gaya (F) yang bekerja pada benda itu, jadi:

S F = 0 a = 0 karena v=0 (diam), atau v= konstan (GLB)

HUKUM NEWTON II

a = F/m

S F = m a

S F = jumlah gaya-gaya pada benda
m = massa benda
a = percepatan benda

Rumus ini sangat penting karena pada hampir semna persoalan gerak {mendatar/translasi (GLBB) dan melingkar (GMB/GMBB)} yang berhubungan dengan percepatan den massa benda dapat diselesaikan dengan rumus tersebut.

HUKUM NEWTON III

DEFINISI HUKUM NEWTON III:

Jika suatu benda mengerjakan gaya pada benda kedua maka benda kedua tersebut mengerjakan juga gaya pada benda pertama, yang besar gayanya = gaya yang diterima tetapi berlawanan arah. Perlu diperhatikan bahwa kedua gaya tersebut harus bekerja pada dua benda yang berlainan.

http://id.wikipedia.org/wiki/Hukum_gerak_Newton


Read more...

Saturday, August 29, 2009

Dinar Iraq di mana sekarang ?

Ok citer pasal duit aku teringat lak pasal dinar Iraq hehehe..korang tau tak? atau sapa masih ingat sekitar tahun 2006 dulu..heboh pasal dinar Iraq kat bumi malaya..hehe atau mungkin juga anda terlibat berurusniaga, berkempen dan sebagainya..hehehe..aku penah terlibat tapi ikut kawan aku p kt money changer kat Egypt ni jerk hahaha..tlg jadi bodyguard la konon...maklumlah byk dan tebal woooo kalu sejuta2 bahkan ratusan juta dinar Iraq..kaya2 !

Aku flashback balik tulisan aku sekitar Disember 2006..

Nampaknya ada beberapa orang malaysia kita dah heboh tentang matawang Dinar Iraq [IQD] ada juga beberapa rakanku bertanyakan benda ni..diaorang rujuklah aku sbb aku ni kaki forex..so,ada minta pandangan..berikut pandangan peribadi secara logik mengikut pengalamanku lah:

1-Kalau betullah dinar iraq ni memang laris diniagakan kenapa bank2 antarabangsa atau konvesional tidak berebut2 mengambil peluang dalam urusniaga ini..

2-Faktor politik di Iraq pun masih tidak menentu..lagipun mereka kat sana tu mempunyai byk kabilah atau puak kira2 30 lebih juga lah kabilah kat sana. Selepas krisis amerika..krisis dalam juga masih hebat masing2 berebut dlm kerajaan mengikut puak2 mereka atau perang saudara..dari kejatuhan kerajaan iraq hingga skrg pertumpahan darah sering berlaku.Ikut pengalaman aku kalau arab ni memang sukar dan abik masa yg lama utk pulih bahkan dendam kesumat mereka ini adalah kuat kebiasaannya dizahirkan dengan pertumpahan darah..bukan buruk sangka..ada aku ada terbaca juga peradaban arab ni zaman2 belajar dulu.

3-Hanya individu saja yang beria2 sgt benda ini..yang aku percayai dan anggap didalangi oleh mat salleh..aku penah lihat mereka dah mula jual sejak amerika abik alih iraq byk di pasaran online diniagakan seperti di ebay,stormpay dan laman2 web mat salleh ketika itu.Waah kini sudah masuk ke Msia…

4-Kalau beli skadar untuk koleksi tak der masalah..beli utk diniagakan ini mungkin akan mendatangkan masalah dari segi mendapatkan pelanggan. Orang nak niaga biasalah cakapan mereka amat manis dan cair utk mendapatkan pelanggan.Aku ni dah serik bab niaga cam MLM ni..sbb benda ni pun ada unsur2 MLM..

5-Cuba fikirkan mana lebih baik currency dengan emas..nilai currency tidak bernilai lagi bila satu2 negara itu bankrup.Tetapi sesiapa yang memiliki emas insyallah boleh hidup lagi.Jadi lebih baik berebut membeli coin emas ke kijang emas ke dinar emas kat kelantan ke gelang emas ke cincin emas ke..

6-Ada berpendapat dinar iraq tidak diniagakan dlm FOREX atau tukaran wang asing..Kalau kita buka laman utk ketahui nilai exchange harga 10K dinar dlm $3.98 atau kira RM17 saja..tetapi kenapa mereka menjual 10K dinar iraq = RM100 mungkin murah atau mahal lagi terpulang atas individu.

Aku bukan nak menghalang atau menghentam mana2 individu korang nak jual niagalah tapi kita sebagai pelanggan atau pengguna sama berfikir mana yang terbaik..masalah perniagaan semua ada risiko..

Read more...

Sukarnya rakyat Mesir menggunakan duit syiling

Mungkin anda juga menjadi persoalan cam aku gak kan ! terutama rakyat Malaysia yang berada di Egypt lebih tahu bahawa rakyat Mesir ini kurang menggunakan duit syiling dalam urusniaga mereka ! Kenapa ? Ok aku nak kongsi tips setelah aku mendapat jawapan beberapa hari lepas yang mana sebelum ini telah menjadi persoalan dalam diriku hampir 5 tahun lepas...pelbagai sudut aku perhatikan gelagat mereka !

Jadi, hasil kajian kepala otak aku ni mendapati :

1- Mereka tidak suka mungkin disebabkan mudah jatuh, leceh dsb.

2- Dalam urusniaga mereka tidak dan jarang menggunakan duit syiling seolah2 pihak kerajaan menggalakan pengunaan duit syiling ni setelah tahun lepas dengan mengeluarkan duit bernilai 50 sen (nus genih) dan 1 pound egypt ( segenih). Tetapi tidak semua rakyat pun terutama golongan elite tak dapat nak terima sangat galakan ini..kadang2 marah dan bertengkar2 kalau diberi baki dengan duit syiling. (aku penah bertengkar juga ! haha)

3- Sesetengah kedai pula tidak menerima untuk pembayaran dengan duit syiling tetapi kalau dia beri amatlah dialu-alukan..

4- Secara langsung aku menganggap mungkin tidak laku lah tu..kerana bila kita bayar dan bila nak beri baki kat pelanggan...pelanggan tu marah2 tidak mahu..

5- Dikira aib juga orang yang ada duit syiling kot..anggap tade class lah tu ! hahaha

Ok cukup dulu ! aku cerita lak..pernah beberapa kali aku pergi membeli kat kedai2 biasa jer..nak beli seperti makanan ringan atau coklat cam tu lah..dia tak mau terima !! aku kata ni duit negara aku ke negara kamu ! tapi dia berkeras buat bodoh a.k.a pekak badak jerk..tak mau terima gak..walapun dengan alasan tersebut hahaha..2-3 hari lepas aku cuba kebetulan aku ada lah segenih (seringgitlah) semuanya syiling sekeping 0.50sen+ 20sen+20sen+10sen dia tak mau terima gak..tanpa alasan pun aku tetap kata ini duit mesir lah bukan duit negara aku..abis tu kerajaan ko cipta syiling untuk apa ? masih buat pekak badak jerk..so, dalam hati aku pun panas gak aar boleh buat bodo jerk cam jual mahal aar tu kedainya..maklumlah kita yang berkehendak..bukan kisah sgt dia ngan pelanggan...ko tak mau beli pun ada jerk org lain dtg beli...tawakkal dungu lah tu hahaha..

So,byk kali aku terkena cam ni beberapa bulan dulu aku marah2 lam hati..sumpah saje tuan kedai tu dalam hati...bodoh..bangang..tgk lah nanti skit agi tutup aar kedai ko nih !

Memang susah nak menang pun kalau bertengkar ngan bangsa diorang ni keras pedal huh ! dalam seminggu huh dah tak menjual lagi tuan kedai tu..kedai masih ada tapi dah bertukar tuan hahahaha padan muka kena sumpah aku lah..kenapa lah bodoh ! rezeki Allah bagi pun tak reti nak bersyukur..! cam lah duit syiling tu cam daun kayu..! atau debu2 dipadang pasir kot !

Setelah bertukar tuan..aku cuba test tuan kedai baru tu..trylah membeli pakai syiling lagi..aikk tak mau terima gak erk..takpe2 aku cuba gak memujuk agar dapat terima...tup2 ada ilham aku hahahaha..apa dia erk..aku kata kenapa tak mau terima syiling..jawapan pun sama..aku tak mau tanggung risiko laa..aku terima tapi orang lain tak mau terima !!! Aku kata : cam ni lah ko tau tak cam ne lah kalau org asing (termasuk aku lah) kumpul syiling negara ko ni byk pastu pergi jual kat negara-negara lain..apa akan jadi ? mesti akan jatuh gak ekonomi negara ko tau tak ??? terus aku bagi ayat ugut skit nak mainkan akal dia..kalau ko tak mau terima duit 10 sen ni ..tau tak aku penah jual kt negara aku 5sen atau 10sen ni !! org beli USD50 tau ! waaah dia terkejut giler aku kata gitu ahahahha..pastu dia kata dia puji aku 'ANTA SYATIR' [ko ni bijak2]..terus tanya leh aku join tak..ko ada pasaran ke..aku kata ish ! ko mane leh ko tak sayang negara ko ke..nanti jatuh ekonomi..aku wat cam tu sbb rakyat ko sendiri yang bodoh tak mau terima duit syiling sejak aku berurusan beberapa tahun dulu ! hahahaha arab tu dah terkena ngan aku dah...so,,dia mula lah berbaik ngan aku sembang elok..bertempuk tampar laa..mula tu wat muka begis dan serius jerk wakakakakak...baru lah dia terima dan hormat skit kat ku hahahaha..ok tu lah tips aku hahahha bunyi jual sampai USD50 mesti lah kaya kan walaupun 5 sen/10sen jerk hahaha dia dah fikir pun logik dah tu hahahah..

Ok nanti aku upload gambar duit syiling..byk umah aku ni berkarung tunggu nak bom masuk pasaran jerk..jual hahahahah..

Read more...

Friday, August 28, 2009

Ibu termuda di Mesir : Kembalikan Hak Aku !



Walapun cite ni dah lama july 2007...tapi sejarah=ulang cetak.. aku cuba menyelusuri kisah ibu termuda ini yang menuntut hak asasi manusia di atas kejadian rogol yang menimpa ke atasnya..

Bencana sosial yang muncul pada kaca tv saluran "El-Mahawar" begitu menggemparkan media Mesir suatu ketika dulu Hendun Mohamed kini menjadi Ibu Termuda di Mesir ketika berusia 11 tahun dari Wilayah Qalyubiah.

Hend menjadi seorang ibu selepas menjadi mangsa rogol oleh seorang pemandu "Tuk-tuk"[lori kecik kalau kat thailand atau Indo banyak ar..rasanya korang leh gambarkan lah yerk hehe] yang berusia 21 tahun.

Pemandu tersebut mengancam untuk membunuh di depan sekolah jika dia membuka mulut, dia terpaksa merahsiakannya sehinggalah terasa sakit dalam perut selepas 5 bulan dan mengadu ia telah mengandung.

Dia mengenali penjenayah tersebut yang merupakan antara rekod polis yang terdapat di balai polis. Ini adalah kes pertama di Mesir kanak-kanak muda menjadi mangsa rogol dan ibu dalam usia muda sehingga polis terpaksa memanipulasi umur dengan mencatatkan kes ini ia berusia 21 tahun.

Menurut Hendun,Pemuda tersebut ditangkap dan dibebaskan sehingga dapat dipastikan ujian DNAnya. Walaupun dibebaskan adakah ia tidak akan mengulangi jenayahnya kerana kawasan tersebut tiada pengawasan polis dan perkara ini sentiasa berlarutan.

Aku sangat takjub dengan semangat dari Hendun walaupun dia seorang kanak-kanak tetapi dia inginkan kembalikan haknya sebagai seorang kanak-kanak atas pencabulan daripada lelaki itu ke atas dirinya dan mendapat sokongan daripada kedua ibu bapanya yang cukup faham tentang keadaan di Mesir yang dianggap sekiranya berlaku sedemikian ia mungkin akan dibunuh kerana aib [memalukan] kaum keluarga dan keturunan mereka.

Jadi, ia terpaksa merahsiakan kandungan sehingga 5 bulan barulah perkara sebenar terbongkar !

Ibu muda kepada seorang bayi ini sangat kental menguruskan kehidupannya dan bersyukur kepada Allah setiap kejadian yang menimpa kepadanya dan dapat menjalani kehidupan seorang ibu tunggal seperti biasa walaupun dalam keadaan derita dalam keadaan kemiskinan di kampungnya.

Pada mulanya, dia ingin mengambil keputusan untuk menguggurkan kandungannya tetapi sudah terlambat dan berisiko tinggi dari sudut kesihatan kerana kehamilannya sudah berusia 5 bulan.

Walaupun dari sudut pandangan keagamaan boleh digugurkan sebelum janin berusia 4 bulan kerana belum menjadi seorang manusia. Di pandangan lain pula melarang pengugguran dari awal kehamilan.

Sebenarnya dalam masyarakat Mesir kebiasaanya apabila berlaku kejadian rogol pada kanak-kanak perempuan sama ada di bandar atau desa ia dipaksa kahwin secara sembunyi oleh si perogol.Selalunya perkahwinan ini dilakukan di balai polis dengan diuruskan oleh tok kadi yang dibayar.

Hendun ini boleh berkahwin juga pada asalnya kerana dia mengenali orang yang merogolnya tetapi oleh kerana menurut undang-undang perkahwinan Mesir adalah berusia 15 tahun baru boleh sedangkan umur ketika itu baru 11 tahun !

Rakaman video Hendun tersebut hanya menceritakan perkosaan terhadap dirinya.Begitu yakin sekali dia bercerita yang menggambarkan bagaimana perogol itu menangkap dia di depan kelab belia di kampung setelah dia menghantar adiknya kira-kira jam 2 petang.

Perogol itu mengancam dia dengan sebilah pisau dan menolak dia ke dalam rumahnya kebetulan kedua orang tuanya tiada di rumah. Selepas di rogol, penjenayah tersebut mengugut untuk membunuhnya di hadapan sekolah nanti sekiranya dia membuka mulut, kerana dia tahu Hendun pergi belajar kira-kira jam 9 pagi. Penjenayah itu juga mengambil barang-barang berharga yang ada di dalam rumahnya.

Kisah ini cukup mengharukan bagaimana seorang kanak-kanak muda yang miskin sudah menjadi seorang ibu tunggal menjalani kehidupannya dengan tanpa mendapatkan hak-hak sebagai seorang ibu biasa.

Kesimpulannya..sekiranya berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia boleh jerk nikahkan di balai polis tu...abiklah kadi2 tu..nampak tade keje jerk tu..hehe..[jgn marah tok kadi] aku leh gak jadi tok kadi janji bayar ! hehe...

So, pengajaran dari cerita ini boleh diambil iktibar bahawa perogol atau hubungan seks rambang ini bertanggungjawab terutama kepada si Perogol tu laar...penting SAH walaupun nikah kat balai polis hehe....org agama pun jadi polis kadi lak..hehehe bukan stakat lam tentera ada kor agama atau KAGAT.

Cuba anda fikir kalau dengan kuasa tuhan suatu hari nanti anak tu jadi Presiden atau VIP ke atau berkedudukan tinggi nanti....cam ne lah perasaan bapa dia sebab dah di BIN kan dengan nya...bukan anak haram/ anak luar nikah lagi ! itulah sebab kena buat juga pernikahan biarlah di balai polis pun daripada dibuang dalam sungai ke tong sampah ke..lubang jamban ke huhuhu...maka tiada lagi BIN ABDULLAH...sbb dah kawin...huhuhu

Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Nuzul Quran tak ingat...hari raya ingat !





Ilmu Al-quran Ni pun Ada peringkat nya gak kan

1) Ilmu kanak kanak

2) ilmu remaja

3) ilmu dewasa

4) ilmu tua


1) Masa gua kecil dulu guer tengok citer P Ramlee , Gua hanya ketawa dengan Mimik Muka diaorang

2) Masa remaja saya ketawa dengar kata kata nya yang mengelikan hati

3) Masa dewasa saya ketawa dengan Sindiran P Ramlee terhadap Masyarakat

4) Masa tua gua senyum Jek , rupanya terselit Ilmu Ketuhanan Yang Nak di Sampaikan...hehe

JADI; KALAU ILMU KITA TAHAP DEWASA , USAH DI KATA ILMU TUA SALAH , INI KERANA DAH TUA NANTI AKAN MEMAHAMI. BEGITU JUGA ALQURAN , YANG TAK FAHAM TINGGAL LAH DULU TANPA MENGATAKAN IANYA BERSALAHAN. TUNGGU ALLAH BERI FAHAM NANTI MAKA FAAAHAM LAHHH.

Read more...

Panduan praktikal khatam Al-Quran di Ramadhan


Ok aku nak kongsikan skit panduan praktikal cam ne nak khatam Al-Quran pada bulan Ramadhan.

Bulan Ramadahan peluang untuk kita mendapatkan ganjaran dan pahala yang banyak dari Allah SWT. Antara yang baik kita lakukan ialah bertadarus Al-Quran.

Jika kita tak berapa lancar membaca Al-Quran bolehlah mengamalkan membaca Surah Al-Fatihah 100 kali dan Surah Al-Ikhlas 300 kali..Mulakan dengan salam dan selawat kepada Rasulullah s.a.w dan diakhiri dengan selawat.

Caranya :

1-Istighfar 100 kali..

2-Selawat kepada Rasulullah s.a.w dan sedekahkan Al-Fatihah 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali

3-Mulakan amalan Surah Al-Fatihah 100 kali dan Surah Al-Ikhlas 300 kali..

4-Doakan apa yang kita hajati..

5-Akhiri dengan Selawat Kepada Rasulullah s.a.w

Amalan ini kalau diamalkan insyallah segala hajat akan dimakbulkan tidak hanya untuk bulan ramadhan saja.

Ini antara kaedah para Wali Allah yang aku ambil daripada Syeikh Mukhtar Ali dan sampai silsilah kepada Rasulullah s.a.w.

Ini mungkin daripada kita merangkak-rangkak membaca Al-Quran dengan tajwid ke mana, tartib ke mana eloklah kita amalkan dan kita rasa kesuntukan masa dengan tugas harian..lebih baik amalkan amalan tersebut dimana jua berada..pastinya semua ingat dan sudah hafaz.

Bagaimana jika kita niat untuk belajar tiada masalah.

Jika kita sudah biasa mengamal membaca Al-Quran rasanya tiada masalah tetapi kalau kita sudah 10 tahun meninggalkan membaca Al-Quran nescaya merangkak-rangkak. Kalau belum bermula apa kata kita mulakan Ramadhan ini dengan membaca Al-Quran kerana sangat besar pahalanya.

Bagaimana untuk kita khatam Al-Quran dalam masa sebulan?

Hanya perlu membaca 4 setengah muka Al-Quran selepas setiap solat waktu.

4.5 X 5 X 30 = 604 muka surat. Jumlah muka surat dalam Al-Quran.

Khasiat surat AL-IKHLAS & AL-FATIHAH

》AL-IKHLAS

Surah Al-Ikhlas trmsk golongan surah yang utama. khasiatnya dapat menghindarkan bencana,menghindarkan siksa kubur,mengalahkan musuh,mendatangkan hajat dll.caranya bacalah sebanyak mungkin dikala km menghadapi sesuatu,insya Allah akan mendapatkan keberhasilan dr sesuatu yg km harapkan.

》AL- FATIHAH

1. bilamana anda tersesat/kebingungan mencari jalan keluar maka bacalah ayat ''IHDHINASH SHIRAATHAL MUSTAKIIM'' dan pejamkan mata, InsyAllah akan segera tahu jalan keluarnya dan tdk bingung lg

2. Bilamana ada musuh hendak menyakiti anda bacalah ayat ''AN'AMTA ALAIHIM''pd segenggam pasir lalu disebarkan didepan/dibelakang musuh itu,insyaAllah si musuh tdk boleh melihat anda.

3.Bilamana ada orng yg merasa benci kpd km,bacalah ayat ''WALADH DHAALLIIN''dngn hati yg ikhlas,insyaAllah kebencian orang itu akan segera hilang dan berganti menjadi sayang kpd anda.


1.Abu Sa'id Al-Khanafi menerangkan:

Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia dilepaskan kesusahan2 duniawi,dimudahkan didalam gel0mbang sakaratilmaut,dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.

2.Ibnu Syihab Al-Zukhri menerangkan:

"Siapa membaca Suratul Ikhlas seolah-olah ia membaca sepertiga Qur'an".

3.Riwayat dari Sayyidina 'Ali r.a.:

Siapa membaca Suratul Ikhlas sebanyak 11 kali sesudah shalat shubuh,maka syaitan tidak akan dapat menggodanya untuk berbuat dosa,meskipun syetan itu dg sungguh2 hendak menggodanya pada hari itu.

4.Sayyidah 'Aisyah menerangkan'"Dari nabi Muhammad SAW 'siapa membaca sesudah selesai solat Jum'at,surat Al-Fatihah 7 kali,surat Al-Ikhlas 7 kali,surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nass,maka Allah SWT akan melindunginya dari kejahatan sampai kehari Jum'at yang akan datang' ".

5.Dari Sayyidina 'Ali r.a. dari Rasulullah:

"Siapa hendak pergi musafir,kemudian ketika hendak meninggalkan rumahnya ia membaca surah Ikhlas 11 kali,maka Allah SWT memeliharakan rumahnya sampai ia kembali".

6.Sayyidina Anas menerangkan dari Rasulullah SAW:

"Siapa membaca Suratul Ikhlas 30 kali,maka Allah SWT akan menulis barakah, selamat dari api neraka dan aman dari adzab pada hari kiamat".

7.Imam Sayuthi menerangkan dalam kitabnya "Addurrul Mantsur",riwayat dari Ibnu 'Abbas bahwa Rasulullah SAW telah mengatakan:

"Siapa ada hajad hendaklah berwudhu dan solat 4 rakaat dgn sekali salam.

-Rakaat pertama membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 11 kali.

-Rakaat kedua membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 21 kali.

-Rakaat ketiga membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 30 kali.

-Rakaat keempat membaca Fatihah sekali dan surah Ikhlas 41 kali.

Apabila sudah salam,sebelum berkata-kata membaca:

-Surah Ikhlas 50 kali.

-Selawat atas nabi 50 kali.

-Istighfar 50 kali.

-Laa khaula walaa quwwata illaa billahil aliyil adhiim 50 kali,kemudian ia meminta hajatnya kepada Allah SWT,maka insyaAllah akan ditunaikan hajadnya.

Selamat beramal !!



Read more...

Aku jumpa hantu ni...



Pengalaman-pengalaman manusia berhadapan dengan perkara-perkara paranormal,'anomalies' dan mistik,menjelaskan kepada manusia bahawa terdapat entiti lain yang sukar untuk dijelaskan,sama-sama berhidup di dalam Matrix ini.Entiti ini,majoritinya menimbulkan ketakutan kepada manusia kerana kewujudannya menyalahi hukum akal manusia.APA JUA PERKARA YANG MENYALAHI HUKUM AKAL,AKAL AKAN MELIHAT IA SESUATU YANG LUARBIASA.Ini dinamakan 'bug' dalam terminologi Matrix.

'Bug' yang terlalu banyak akan mengakibatkan 'overflow' dan lama-kelamaan sistem pemikiran manusia akan 'hang'

Perkara-perkara ghaib,mistik dan seumpamanya akan dianggap oleh akal bahawa luarbiasa dan ia tidak mampu menjelaskannya,atau dengan lebih saintifik,akal manusia tidak dapat memproses data-data dari kategori 'mistik' dan 'ghaib' ini.Apabila akalnya tidak dapat menjelaskan paranormal ini,manusia akan mengeluarkan satu aura hormon yang dinamakan 'KETAKUTAN'.Terma yang lebih tepat dalam bahasa Melayu adalah 'seram'.Perasaan takut akan mengeluarkan aura tertentu yang tidak dirasai oleh deria manusia tetapi dapat dihidu dan dirasai oleh 'entiti' lain.Contoh yang paling popular adalah anjing.Kajian saintifik mendapati anjing dapat mengesan sejenis 'bau' yang dikeluarkan oleh manusia yang di dalam ketakutan.DARI SINI MANUSIA MENYEDARI TERDAPAT ENTITI LAIN YANG TINGGAL BERSAMA-SAMA MEREKA di dalam Matrix,tetapi tidak dapat dirasai oleh dera-deria mereka secara langsung.

Syaitan,jin,hantu,devil,demon,asura,goblin dan bermacam-macam lagi nama yang diberikan kepada entiti ini.

P.s : macammana dengan bayi yang belum pernah mengalami pengalaman pengalaman.
kenapa bayi menangis seolah olah melihat sesuatu yang di takutinya. ( sakit perut kot)

P.S : kadang kadang anjing menyalak sayuuuu...ketika manusia tiada di sekitarnya
hehehehe apa tuuu..

P.S : Wujud yg.nyata dapat dilihat,namun kita tak nafikan bahawa terdapat kewujudan ghaib yang dijadikan Allah sebagaimana dimaksudkan Jin.Kita wajib percaya ada unsur ghaib yg.hidup sebagaimana manusia menjalankan kehidupan.

Gulongan ghaib itu hanya tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Teknologi sain telah dapat
membuktikan kewujudan unsur itu.Manusia dan jin boleh berurusan dan berhubung serta
mengadakan kerja sama.

Yang dikatakan salah kepada manusia yg.menggunakan makhluk ghaib itu adalah tertakluk pada niat dan terikatnya dengan perjanjian yang dilarang Allah.

Apa salahnya kalau jin nak tolong manusia buat kerja asalkan jin itu ikhlas nak tolong.Juga
tak salah manusia gunakan khidmat jin untuk jalan kebaikan dan tidak terikat dengan perjanjian
dilarang syariat serta memesongkan akidah.

Makhluk ghaib itu adalah seperti manusia juga yang hidup bertuhan dan mengenal tuhan.Ada
juga yang jahil dan ingkar.

Read more...

Apakah rahsia puasa erk..


Di Mesir kalau tibanya bulan Ramadhan terdapatlah di merata ceruk dengan signboard cam gambar di atas..menandakan tempat tersebut ada 'Jamuan Kemurahan' atau Maidah Rahman..haiyaa susah lak nak terjemahkan..ringkasnya..tempat menyediakan hidangan makan untuk orang berbuka puasa ! Apakah yang disediakan dalam hidangan tersebut ? Apa yang biasa aku makan nih...ayam bakar sebelah beserta nasi masakan arab Mesir ala2 nasi minyak gitu lah..best gak !! ada juga kadang2 dengan kibash rebus ala2 sup gitu lah..bergantung pada tempat..kalau pandai cari tempat yang elit fuuuh lagi mantap makanannya !! kalau malas masak terus saja cari tempat Maidah Rahman ni..tapi kena 'parking awal' ler..

Kekadang aku terfikir juga ni ! cam ne orang-orang yang kaya di sini amat bermurah untuk menjamu ratusan orang bahkan ribuan orang menyediakan lauk ayam yang begitu besar woooo....atau daging pun banyak gak...kira kenyang tul kena nasi Maidah Rahman ni !! sepandangan aku susah gak nak dapatkan kat Msia ni ! alah skadar bubur lambak tu pun dah famous kan ! tapi skali skala leh lah kan huhuhu..

Pada aku lah setelah dikaji dan diuji..kenapa puasa ni dikatakan Allah yang akan berikan pahala secara rahsia !! sebenarnya adalah di sinilah terletaknya 'kasih dan sayang' kita kepada orang yang miskin atau papa dan sering ingat kepada mereka yang telah merasai kebuluran ! Dan sejauh manakah keimanan kita lak..time puasa lah kita berjamu sakan...makan sedap2...kononnya di bulan ramadhan ni adalah masa utk berjimat cermat tapi fuuuuh terlebih sudah ! adalah ler..!

Entry sebelum ini aku sudah menjelaskan pasal rahsia bismillah tu kan...cam ner nak kasihkan Allah kalau sesama makhluk pun kita tiada kasih sayang !! semua tau rezeki dari Allah sebagai pinjaman buat sementara..cara bersyukur adalah kita berkongsikan bersama kepada mereka yang memerlukan !!

Jadi, begitulah maidah rahmah di Mesir ini hebat bagi yang berkemampuan sangat tu memberi makan kepada orang yang miskin dengan jamuan yang kalau difikirkan kosnya amat tinggi gak tu....kalau ratusan orang dapat makan sebelah ayam tu !! ayam berapa sekor erk !!...nasi lagi..roti lagi..dan lagi..lagi..huhuhu

Read more...

Sunday, August 23, 2009

Dalam Aku Ada Dia..





M. Nasir

Ada

Ribut datang memperkosa
Sesak nyawa dalam jiwa
Bila roti kering
Jalan pulang
Yang kau fikirkan
Habis dilarikan
Habis dilarikan mergastua

Dalam kecewa
Dihimpit rasa
Lapar dan dahaga
Sajian susu ikan merah
Suara pengalaman
Mendamaikan
Tanji gelora yang sempat singgah

Kau hilang pertimbangan untuk pastikan
Apakah kau sedar atau dilamun khayalan

Dalam hutan
Ada taman
Dan dalam taman
Ada puterinya
Dalam baju
Ada cinta
Dan dalam cinta
Ada segala-galanya
Dalam awan
Ada hujan
Dan dalam hujan
Ada lautan
Dalam aku
Ada dia
Dan dalam dia
Ada kita ada semua

Read more...

Saturday, August 22, 2009

Salam Datang Ramadhan !


Ahlan Ramadhan 1430H...Semoga kita menghadapi dengan tabah dan penuh keinsafan..

Puasa menahan nafsu yang utama suci akal, hati, jasad..bulan menyuci, merawat dan mengupgrade akal, ruh, perasaan serta jasad.

Bagi ahli dunia...rasa merasai nikmat makanan dalam bulan puas dengan makan curi2, memang
memag sedap giler...

Bagi ahli akhirat pula, bulan puasa ini bulan top-up amal...Habis Puasa, top-up sudah habis laa...juga bagi ahli akhirat tiada rasa apa-apa, buat amal atau tidak beramal adalah cam tu jer yang diminta darajat yang tinggi di sisi Allah....kalau nak masukkan ke dalam neraka pun peduli apa? nak masukkan dalam syurga pun..cam tulah..

Macamana kalau masuk dalam neraka...tapi Allah masuk dengan rahmat dia..so, cam ne kita ? kadang-kadang tak dapat nak difikirkan sebab itu kerjaNya.

Walauapapun semoga puasa ini dapat memberi kesedaran dan merasakan keagungan Allah s.w.t yang cukup hebat dan terperi dengan rahmatNya...keampunanNya...KemurahanNya dan segala ke-Maha-anNya...

Read more...

Saturday, August 15, 2009

Ingatlah 3 perkara wahai anakku !

Sedikit pandangan masjid Sidi Ibrahim Ad-Dasuqi bin Syeikh Abdul-Aziz yang dikenal dengan Abul-Majdi bin Quraisy Addasuqi RA lahir di Kota Desuq-Mesir kira-kira 280 KM dari Kota Kaherah pada malam terakhir bulan Sya'ban 653H yang bertepatan dengan tahun 1255M.

3 hari aku bermimpi dan 3 perkara harus aku merenung apakah mesej penting dalam bacaan Bismillah...ini bukan SMS tapi mesej yang harus difikirkan !! Semalam aku tidur dalam keadan sakit kepala..dan pekena paracetamol terus lena..kenapakah aku sakit kepala sangat ini ! rupanya ada sesuatu untuk aku fahami...

3 hari Sidi Syeikh Ibrahim Ad-Dasuqi menghadirkan diri dalam mimpi aku dengan menjelaskan konsep yang terkandung dalam bacaan Bismillah itu ! mesejnya cukup pendek bak kata zaman SMS sekarang ni..ramai kita terima SMS dari orang itu dan ini hanya membicarakan hal ehwal keduniaan..tapi aku terima SMS dari Sidi Syeikh Ibrahim Ad-Dasuqi, aku dedahkan untuk diri terperi ini , tapi kalau sape2 leh fikir jauh lagi alhamdulillah begitu lah maksudnya yang ingin aku sampaikan juga !

" Wahai anakku ingatlah 3 perkara di zaman ini ! tahukah kamu apa hikmah yang terkandung dalam BISMILLAH itu ?

Begitulah SMS yang aku terima dari Sidi Ibrahim Ad-Dasuqi yang merupakan guruku seorang wali qutub di bumi Mesir ini yang telah meninggalkan alam ini tetapi tetap ada cuma kita je yang tidak merasa pun..cerita pasal Sidi Ibrahim Ad-Dasuqi ini cukup terkenal di kalangan masyarakat arab tempatan. Aku sering pergi ziarah maqamnya yang terletak dari wilayah Ad-Dusuq,Kafr Syeikh dan mengamalkan amalannya dalam kehidupan sebagai darah daging sejak 10 tahun lepas dengan yakin.

Perkara yang sering dilupai oleh manusia dalam Kalimah Bismillah:

1-Menyebut kalimah ALLAH [zikir] / Dengan Nama ALLAH

2-Sifat Allah yang Maha Penyayang / Ar-Rahim

3-Sifat Allah yang Maha Pemurah /Ar-Rahman


3 perkara tersebut kalau dihayati dengan sebaik-baiknya pada setiap manusia pasti dunia akan aman.

Mengingati Allah dan menyebutnya serta mengamalkan sifat-sifat Allah adalah pekerjaan yang mulia dan dapat menghidari segala perbuatan jahat dan kerosakan kepada alam.Adakah Allah bersifat dengki ? bersifat marah ? bersifat keji ? Cuba kita fikirkan dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..kalau sebaliknya daripada sifat Allah maka iblis dan syaitan yang dilaknat. Antara sebab Rasulullah s.a.w menyuruh kita membaca bismillah setiap kali membuat pekerjaan disitu jugalah magnet niat terpasang dan tercetus !


Ingatlah AMANAH manusia di muka bumi agar menjaga keharmonian sejagat !

Kasih sayang kita bermula dari sejak kita lahir yang dibesarkan oleh kedua ibubapa sehingga kita berjaya dan hebat ! yang bermula dari kedua ibubapa kemudian dalam satu kumpulan sosial dan masyarakat kemudian dilanjut kepada satu negeri,negara dan diantarabangsakan. Tanpa kasih sayang telah berlaku banyak kerosakan dalam institusi kekeluargaan,negara dan dunia.Lihatlah dunia hari ini yang boleh ditonton di depan mata kita ! Itulah punca utama, cuba anda fikir2kan.

Kisah qabil dan habil anak Nabi Adam a.s berbunuhan kerana apa ? walaupun dikisahkan dan ada pengajaran yang cukup memberi kesan mendalam kepada kita..tapi banyak kita boleh pelajari..Dan sayangilah kepada Rasulullah s.a.w dengan memperbanyakkan selawat di zaman ini kerana ramai manusia sudah melupai untuk 'beronline' dengan [Habibullah] kekasih Allah s.w.t...Dialah The One..dialah Rahmatul Alami [Memberi rahmat sekelian alam sejagat...alam jin,alam manusia dan sebagainya]

Itulah laungan silaturrahim dan mahabbah sebagaimana tercatat dalam sejarah Islam,Al-quran dan As-sunnah..yang bukan saja terhad kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam..!

Sikap pemurah sesama manusia yang berkonsepkan tolong menolong antara satu sama lain dalam satu lapisan keluarga kemudian bergerak dalam satu masyarakat, negara dan dunia ! Tapi dimanakah sekarang..Kita bukan peminta tapi memberi sebanyakkan tidak kira dalam ilmu,wang ringgit dan apa saja termampu sekiranya dikongiskan bersama pasti dunia akan aman dan sejahtera dan maju..! Cuba kita fikir2kan...contoh tengok citer laskar pelangi 2008 banyak memberi dari menerima !

Kenapa kita harus menunding jari kepada orang lain disebabkan kita sering menerima kesusahan ! kita harus bangkit untuk menyedarkan mereka ! semuanya manusia yang boleh dibudi bicarakan..hatta pemerintah ! patutkah kita ditindas dan dipermainkan dan diujikaji oleh orang lain ?


Ayuh ! bangkitlah dengan 3 perkara ini yang boleh mengharmonian penduduk alam !

Tapi sekarang dunia sekarang dalam keadaan PARAH ! manusia sudah mencabuli AMANAH yang diberikan tak kiralah di pihak pemerintah ke rakyat ke..tapi rakyat seharusnya lebih berperanan untuk menyedarkan pemerintah yang mengkhianati AMANAH ! kalau di zalimi dan ditindas..sekiranya banyak kerosakan pada manusia dan alam..maka layaklah dunia ini di delete [KIAMAT]...! dan menerima pengadilan di hadapan Allah s.w.t..

Sudah cukup untuk kita memikirkan dan merenung !

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.