Wednesday, October 7, 2009

Kupasan Perlukan Hidup Bertuhan

"Perlukah Hidup Bertuhan" adalah kupasan pengalaman penulis berinteraksi dengan persoalan di dalam masyarakat kita, ada yang sudah dikurnia pelbagai nikmat dan kehidupan sudah selesa tetapi merasakan hati masih kosong, konflik keluarga, kecurangan dan merasakan diri jauh dengan tuhan dan ada juga yang senang lenang pula tidak menghiraukan lagi soal tuhan dan agama kerana dianggap Allah SWT telah meredhainya dan tidak perlu bergantung harap lagi kepada tuhan.

Di sebalik itu, bagi mereka yang kurang berada pula merasakan kehidupan ini sia-sia, keperitan hidup tidak tertanggung lagi dengan pelbagai ujian menimpa, mencabar keadilan tuhan yang menciptanya. Manakala bagi mereka yang percaya tuhan dan agama tetapi melencong melakukan kemaksiatan dan kadang-kadang mereka tidak pinta untuk lakukan dan timbul penyesalan disebalik itu.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja pula menimbulkan pelbagai soalan tentang tuhan yang tidak di jangkau oleh ibubapanya untuk menjawab dan persoalannya tergantung. Ada yang berpegang teguh kepada agama dan tuhan malah hatinya juga tidak mencapai ketenangan yang semaksimanya. Tidak kurang juga, bagi mereka tidak perlukan agama dan tuhan lagi dalam kehidupannya kerana terlalu banyak berfikir dan mengkaji buku-buku falsafah barat dan cara pemikiran masyarakat barat seperti ada yang mencabar buat apa beribadat kepada tuhan, sedangkan orang barat pun tidak bergantung kepada tuhan mampu berdiri dengan sendiri bahkan lebih maju berbanding dengan Negara Islam dan orang Islam.

Daripada persoalan pelbagai lapisan dan tahap keilmuan itu, maka disini penulis cuba sedaya upaya untuk memberi kesedaran berdasarkan ilmu yang ada dan sebagai pembuka jalan kepada mereka yang lebih mampu memanjangkan lagi perbahasan ‘Perlukah Hidup Bertuhan’ bagi menyedarkan mereka kembali semula mengikut panduan yang sewajarnya agar keimanan dan keamanan dalam masyarakat sentiasa terpelihara dengan baik.

Jadi, berdasarkan pengamatan dan pengalaman penulis semua permasalahan tersebut adalah berpunca daripada kerapuhan dari sudut keimanan dan tidak mengenali Allah SWT dengan sebenar-benarnya atau masyarakat kita ketinggalan untuk mendalami ilmu spiritual atau kerohanian dalam Islam yang telah dipelopori oleh ulama-ulama terdahulu kerana kurangnya mengingati Allah SWT dan berfikir dengan baik atau dengan dua perkara iaitu zikir dan fikir.

Kesimpulannya, kesedaran harus dipupuk dengan cara kita sentiasa mengingati dan apa jua bersandar kepada Allah SWT, mendalami ilmu kerohanian Islam dan sentiasa belajar berfikir dengan apa yang telah berlaku dan mempositifkan diri yang pasti bermula dari hati.

Ramai yang tertewas dan gagal mencari jawapan bagaimana untuk mempositifkan diri, berkuasa minda dan sebagainya sedangkan kaedah tersebut berkaitan dengan kerohanian Islam yang telah dibahaskan oleh orang Islam terdahulu yang membicarakan mempositifkan hati, kerana rohaninya terletak di hati dan terbitnya persoalan adalah dari hati yang paling dalam seperti cermin banyak imej dan sejauh manakan kegilapan cermin untuk melihat wajahnya sendiri dan mengenali dirinya.

Berdasarkan Hadis Rasulullah SAW yang biasa kita dengar bermaksud : Sesungguhnya dalam jasad anak adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaa jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah ! Iaitulah kablu (hati).
Dari situ dapatlah kita faham bahawa apabila hatinya suci bersih seperti baru dilahirkan kemudian menghasilkan minda dan pemikiran yang bersih seterusnya anggota-anggota lain turut mengikuti semua kebaikan kerana hati adalah pusat kawalan segalanya. Apabila hati telah ditawan oleh Iblis maka, seluruhnya akan berlaku mengikut hawa nafsunya, kerana hati itulah tempat kesedaran bagi seseorang.

Semua orang cenderung kepada kebaikan, kedamaian dan kesempurnaan dan berusaha mencapainya. Fitrah semula jadi inilah sebenarnya Islam yang sedia ada diciptakan dalam diri tanpa difahami semua orang.

Setelah usaha kebaikan gagal, maka pilihan lain hanyalah melangar undang-undang fitrah Islam. Buat mengikut nafsu dan akal fikiran dan menganggap bahawa kehidupan adalah perjudian untung baik atau buruk. Semua perlakuan adalah sama, cuma jalan mendapatkannya berlainan.
Kehidupan pertama sebagai pengalaman hidup rupanya adalah didikan tuhan untuk menguji hambanya, siapakah yang baik amalannya.Samada dikurniakan jalan buruk atau baik, adakah dia sentiasa dengan tuhan. Ada juga manusia yang senang tapi melupakan tuhan.Ada juga yang malang dan susah menjauhkan diri dengan tuhan.

Apa yang penting dalam kehidupan samada susah atau senang, jalan baik atau salah,diri sentiasa redha. Kerana kita telah redha maka kita dapat rasakan keredhaan Allah. Maka puncak redha itu adalah undangan.Undangan yang jelas nyata datang dari jemputannya.Bisikan yang jelas menceritakan. Pemberian yang langsung akan diperlihatkan sebagai bukti undangan.
Sebenarnya bukan kita yang telah berjaya mengharungi ujian itu,sebaliknya Allah telah mengurniakan kesabarannya dengan usaha akal yang mahu berfikir bahawa Allah itu Maha Berkuasa dan janji-janjinya yang benar.

Semoga buku ini kita dapat sama-sama berfikir dan mendapat panduan kepada pembaca dalam memupuk kesedaran sebagai pembuka jalan agar dapat membuat transformasi diri dalam hidup berdasarkan perkongsian pengalaman penulis sendiri yang mendalami ilmu kerohanian hampir 20 tahun sehingga dapat mengikuti perbincangan pelbagai agama. Akhirnya, Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah paling lengkap dan sempurna dan Kitab Suci Al-Quran yang masih terpelihara keasliannya berbanding dengan kitab-kitab terdahulu yang ada sekarang telah banyak diubah sesuai mengikut kemahuannya.

Sebagaimana menurut kenalan saya sendiri yang menganut agama Kristian mengatakan : Malangnya naskhah-naskhah asal Kristian masih saja disorokkan di beberapa lokasi terutamanya Vatican. Begitu juga, naskhah asal Veda juga tidak dibuka untuk tontonan umum sekalipun penganutnya sendiri.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.