Saturday, July 11, 2009

Hang Tuan vs Hang Jebat

Bila cerita pasal Hang Tuah..ramai kata Hang Tuah ni bodoh, tak kenang budi Hang Jebat, setia tak bertempat, bla bla bla

apa yg aku dapat nampak antara Hang Tuah dan Hang Jebat..terselit 1 pengajaran lain..

Hang Jebat membawa jalan keduniaan dan Hang Tuah membawak jalan ketuhanan..

ilmu ketuhanan dimana kita sebagai hamba tak boleh melawan atau ingkar dengan kehendak tuanya..dalam ilmu ketuhanan juga, kita tak boleh menjawap atau bertanya (seperti Nabi Khidir dan Nabi Musa)..kita hanya boleh ikut sahaja kehendak tuan..

kita tengok Hang Tuah..walaupun dia tak nak, tak suka, benci, meluat atau apa saja perkataan yang sesuai dengannya..Hang Tuah ttp buat kerana itu adalah perintah sultan atau tuan dia..

so aku cuba kaitan dengan keadaan kita skarang ni...walaupun apa perintah tuan kita (Allah) kita kena patuh walaupun kena bunuh kawan baik sendiri atau korbankan awek kita atau kena buang bantal busuk atau terpaksa mandi dalam ais ketul..sedangkan Nabi Ibrahim boleh sembelih anak dia ( pastu ditukar jd binatang) inikan kita hanya kena sembahyang subuh pun merekot dalam selimut ...jadi kalau dalam bab ketuhanan, Hang Tuah betul dan Hang Jebat salah..

kita lihat segi Hang Jebat..bawak ilmu keduniaan..ilmu keduniaan ni ilmu difikir dengan akal...jika guna akal, aku pun mengamuk bila kawan baik boleh kata abg sendiri tak pasal2 kena bunuh sbb nafsu sultan...tp aku mengamuk dalam game la sbb aku tak reti silat2 ni..hehe

ikut akal plak..Hang Jebat betul dan Hang Tuah salah sbb taat tak kena tempat..

kalau kita duduk pada ilmu ketuhanan kita kata Hang Tuah betul dan jika duduk pada ilmu keduniaan kita kata Hang Jebat betul..

soalannya, siapa yg sebenarnya betul?

kalau 2 2 puak (ilmu ketuhanan dan keduniaan) bercakap, mmg sampai mati pun tak tahu siapa betul..ye la, masing2 dengan pendapat masing2..tanak terima pendapat org lain..

kalau tanya pada aku..aku cakap 2 2 betul dan 2 2 salah...Hang Tuah betul sbb dia ikut perintah tuan dia ttp dia salah sbb tuan dia adalah Allah bukanya sultan..dia kena ikut cakap sultan selagi tak bercanggah dengan perintah Allah ( ada 1 cerita yg sultan hantar Hang Tuah pergi majapahit utk lawan dengan pahlawan mereka..dikatakan pahlawan majapahit gagah sebab minum arak tetapi stady je..tak mabuk2..so utk menang dengan pahlawan tu, Hang Tuah minum gak..mujur tak mabuk..klu mabuk wat rugi je..dah la dapat dosa, kena marah dengan sultan lagi)

pegangan Hang Tuah dah betul tetapi silap tempatnya..

Hang Jebat plak betul sbb dia memperjuangkan haknya tetapi dengan cara yg salah..dengan membunuh org tak berdosa..dalam hudud, hukuman utk pembunuh ialah bunuh pembunuh tu melainkan dimaafkan org keluarga yg mangsa..jadi kalau nak balas dengam gak..pegi bunuh sultan..bukanya sesuka suki bunuh rakyat..

pegangan Hang Jebat betul tapi salah pada caranya

jadi..kita tengok pada kedua dua aspek..jangan hanya pandang pada pandangan kita sahaja..kalau kita nampak roda tu bulat, org sebelah nampak petak..kita tak boleh kata kita betul dan dia salah..macam aku kata, hak masing2..

tapi kalau korang suruh aku pilih gak, aku pilih Hang Tuah..sbb patuh pada tuan dia

apa yg penting (bkn kerjasama) tetapi ikut perintahNya..

korang ingat dengan pahala lebih dari dosa boleh masuk syurga?ada sahabat yang tak sempat sembahyang pun masuk syurga..sbb berperang...ada imam yang berpuluh2 tahun menabadikan diri pada Allah masuk neraka sbb bunuh, rogol dan syirik

apa yg Allah nak pada kita adalah PATUH kepada perintahnya..sbb tu org demam pun kena sembahyang..org pekak pun kena sembahyang...Allah hanya nak kita patut pada perintahNya sesusah mana pun keadaan kita...pahala, sempurna atau tidak amalan kita ( haaa..ni utk org ngelat sembahyang dengan alasan takut tak sempurna sembahyang) Allah tak kira...janji korang buat perintahNya dengan iklas dan patuh..itu jer..kenapa perlu kita tunggu ilmu tinggi baru nak ikut perintahNya?

kalaulah ikut kesempurnaan, kenapa mualaf dapat baca fatihah pun sah sembahyangnya? sesetengah tu baru hafal 1 ayat jer...

Ingat, Islam itu mudah...buat takat mana mampu dengan ikhlas..

Credit : http://kucingmoden.blogspot.com/

Catatan :

Kisah Hang Tuah n Hang Jebat cerite lama.Mgkn dah banyak eksploitasi.Akibatnya banyaklah polemik. Dalam diri kita ada dua-dua ciri Hang Tuah dan Hang Jebat

Hang Tuah nak jaga keutuhan organisasi (negara)
Hang Jebat nak jaga keutuhan nilai moral (individu)

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.