Thursday, February 11, 2010

Kebiasaan adalah kitaran yang telah tetap...

Kebiasaan adalah kitaran yang telah tetap.Sistem kejadian air akan melakukan proses kebiasaan.Begitu juga dengan semua yang dijadikan melakukan kitaran dan pusingan yg.sama setiap masa malam dan siang.

Kebiasaan pada diri kehidupan manusia adalah fitrah jasad yang tetap.Bangun,tidur,makan,minum,membuat kerja dan berjuang untuk kehidupan disamping menikmati hasil perbuatan sebagai balasan dunia. Samada untung baik
atau buruk adalah takdir dan penentuan dalam usaha yang berkaitan juga dengan kepercayaan.

Manusia akan terus mengulangi perbuatan yang sama bukan bererti terperangkap dalam fantasi atau ilusi.

Hanya mereka yang gagal menggunakan kesempatan kurnia dalam setiap detik berlalu atau mereka tidak nampak kurnia dan kesempatan itu dalam setiap detik.

Dunia yang luas adalah dalam diri sendiri.Terpulang pada kebijaksanaan memahami perihal kejadian dan rahsianya.

Bagi ku, setiap detik akan ada perkara baru.Dan aku tak mampu mengejarnya kerana aku sebahagian termasuk kejadian itu.

1 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.