Wednesday, October 7, 2009

Perlukah Hidup Bertuhan ?

Dunia hari ini kita anggap sebagai ancaman dan rasa tidak selesa walaupun telah mengecapi pelbagai nikmat.. Namun, hati rasa masih kekosongan sehingga timbul persoalan tentang ketuhanan dan agama, rasa lupa kepada pencipta dan tidak mengenali tuhannya.

Manusia dianugerahi akal dan fikiran yang cukup hebat dan berkuasa misteri. Kadang-kadang merasakan hidup rasa tidak selesa, seolah-olah merasakan keseorangan dan hilang kasih sayang dari tuhan, dirundum masalah kehidupan dan rasa ketidakbergantungan dengan yang lebih Maha Kuasa. Tidak lupa juga bagi mereka yang sering rasa dirinya berdosa kerana bergelumang dengan maksiat timbul rasa penyesalan tetapi tidak tahu bagaimana untuk mulakan sebagai kehidupan bertuhan.

Sesetengah kita juga ada rasa putus asa dan murung kerana terlalu banyak kesusahan dan keperitan dalam kehidupannya sehingga menimbulkan persoalan diri…Kenapa aku dilahirkan sedangkan tidak dipinta,kenapa Tuhan yang Maha Adil melakukan ketidakadilan pada diriku, Kenapa aku dijadikan sebagai ‘ujikaji’ Tuhan dan macam-macam persoalan timbul dalam hati.
Lantaran itu, buku ini sebagai mendekatkan pembaca umum untuk berfikir dengan ketuhanan melalui motivasi Islam yang ringkas dan padat dan mengubat pembaca dekat kepada Islam dan cara hidupnya dengan beragama dan bertuhan agar memberi kesedaran dan keinsafan buat pembaca dan semoga dapat membuat transformasi diri dalam hidup.

Di samping itu, sentuhan pengalaman penulis sendiri berdepan dengan kenalan yang percaya ada tuhan tetapi tidak menganut apa-apa agama dan beberapa teman yang sering dirundum masalah kehidupan, penyesalan dengan kemaksiatan yang telah dilakukan dan mereka yang lalui ujian dalam kehidupan dengan penuh cabaran.

Penulis cuba mencari penyelesaian melalui tips-tips atau panduan yang berguna untuk dikongsikan kepada mereka mengenai ketuhanan, agama dan ibadah terpenting dalam Islam dan mengajak pembaca berfikir dan menilai dengan baik.

1 comments:

TokBatin X 2:00 PM  

good n3.....

Hai ta' menyumpit kat forum tbs lagi ker?

Buat lagi satu free forum 'Ketuhanan'.

  ©Template by Dicas Blogger.