Apakah ini semua ?
Salam Ramadhan...
Apakah salah menyalah, hukum menghukum TANDA ilmu seseorang itu sampai ke kemuncaknya? Selangkah ke titik asal, sepatutnya tiada lagi prejudis kita pada ilmu..
Apakah ilmu masih menjadi perkiraan? Ilmu bukan datang dari kitab untuk dipegang, ilmu datang dengan kefahaman. Bergunung kitab kalau tiada membawa faham buat apa? kefahaman datang dari pemikiran..
Pemikiran datang dari mana? Dari otak yg berurat. berdaging dan berdarah? Adakah binaan yg sedemikian rupa mampu berfikir? Tentunya otak hanya sekadar simbol untuk menyatakan atau meletakkan tempat fungsi fikir.. selebihnya fikiran itu TETAP datangnya dari Allah. Tanpa fikiran otak hanya suatu yg sia2..
Jadi, bila fikiran itu datang dari Tuhan, pastilah bukan dapat ditimbang seberat mana ilmuNya..
Justeru dari ilmuNya lah manusia merakam pelbagai bentuk pandangan sesuai dengan kebesaran ilmuNya ada yang dari muzik boleh menyingkap erti ketuhanan, ada yang dari lukisan boleh menyingkap erti ketuhanan, ada melalui falsafah boleh mengertikan ketuhanan, dari sains, dari sejarah, dari hukum, dari sayembara, dan dari apa saja bidangnya... semuanya tetap terlekat atas makna ILMU ANUGERAH TUHAN.
Adakah yg terlepas daripadaNya? Bila ini dapat dimengerti, gugurlah kekakuan diri yg beria2 memperjuang itu dan ini.. Yang ada hanyalah kebersamaan diri bersama Tuhan.. jiwa, hati dan minda yang ada hanya ADAnya hingga lenyap segalanya..
Adakah selainNya? Ilmu hanya satu bentuk menifestasi Kebesaran Ketuhanan. Tiada imbuhan kepada mereka yang faham mahupun tiada mengerti apa2.. Ilmu adalah satu kemurniaan yg MUTLAK bila aku..aku.. aku dibuang di dalam diri.
Apakah ilmu boleh dikategorikan benar dan salah? Atau perlukah ilmu untuk kebenaran? Atau perlukah kita kepada kebenaran? Atau adakah apa yg dinamakan kebenaran? Kalau jawapannya terpulang pada diri masing2.. semuanya benar mengikut sangkaan masing2.. atau ilmu itu rahsia Tuhan, maka lebih elok tutup saja forum ni untuk berbicara tentang ilmu ketuhanan.. Fahamilah atas diri yang diberi faham.
Belajarlah mengenal dirimu.. mencari dalil untuk dirimu. Bukan memperlaku Tuhan seperti mahu mu.. Bagaimana men'dalil'kan wujud Tuhan kerana Tuhan itu kesendirian tanpa se zarah makhluk di sisinya. Maha Suci Tuhan, tidak berbekas padaNya dari sebarang perbuatan makluk..
Justeru janganlah diandaikan Tuhan itu seperti andaianmu.. Dia bukan objek untuk kau penjarakan.. PadaNya segala penjara milikNya.. Berhentilah dari mabuk ilmu mu. Kalau dalamnya cuba kau selami, kelemasan janji untukmu, jika lautannya cuba kau renangi, karam janji untukmu... kerana Dia lautan yg tiada pantai ditepiannya...
Apakah yang mahu kau banggakan dengan wasilah perguruanmu mu.. darah ahlulbaitmu.. Tiadalah rasul Muhd saw itu diutus untuk didewa2kan.. apatah lagi penanggung2 amanat selepasnya.. Tiadalah mereka itu dihantar semata2 menggilap erti TAUHID ( kesendirian wujud yang ASA )... hingga menyerap diri mereka itu di daerah perasaan ihsan ( laqod dja akum rosulun min anfusikum ) agar insan itu memahami dan mengerti atas tiap2 diri mereka. Lantas, datanglah seruan ; wafi anfusikum afala tubsirun... Pada diri kamu tidakkah kamu perhatikan.
Demikianlah berdirinya alif.. Dari 7 yang diatas, diusung kepada 7 yang tengah lalu membawa kepada 7 yang bawah..
Menjenguk kebenaran mutlak perlu kepada keterbukaan yamg padanya tanpa sempadan yang mengikat.. Dari makrifat hingga putusnya makrifatmu.. Di situlah bermulanya langkahmu ke lembah suci thuwa.
Lalu... nikmat dari Tuhanmu yang mana lagi yang kamu dustakan..
Bermula bijak'sana' dengan adanya bijak'sini'.. Isyarat bagi diri yang memahami..
Wujudkah agama untukmu bila tiada wujudnya dirimu? wujudkah Tuhan untukmu bila tiada wujud dirimumu.. Lantas, dimanakah wahdah kewujudan untuk kau sangkutkan?. fikirlah bagi diri yg memahami.. Siapakah kamu sebelum adanya kamu? adakah disampingmu sebarang ilmu untukmu.. Lalu wujud dirimu dari ketiadaan wujudmu tiada lain sebagai dalil kebesaranNya Yang Maha ASA.
0 comments:
Post a Comment