Thursday, June 26, 2008

Tips Penulis



Bersangka baik

Menjadi penulis perlu bersangka baik.
Jika manuskrip ditolak,bersangkalah baik dengan menganggap ada kelemahan yang perlu diperbaiki.

Mungkin juga ia rezeki bersama penerbit lain.

Apabila editor lambat menjawab emel atau sms,anggaplah editor sibuk dan perlu menguruskan pelbagai kerja penting.

Dan jika royalti tidak seperti diharapkan,anggaplah ia kemelesetan ekonomi atau kurangnya permintaan terhadap buku berkenaan.

APabila manuskrip lambat diterbitkan setelah diterima,bersangkalah baik bahawa penerbit mahu menyusun jadual dengan tertaur dan berhemah agar buku itu berjaya di pasaran.
Kita perlu bersangka baik.Bersangka baik adalah sifat mahmudah yang perlu ada pada diri penulis.

Penulis syok sendiri

Menjadi doktor syok sendiri,mungkin menyebabkan nyawa pesakitnya terancam,malah membawa kematian.Menjadi politikus syok sendiri mungkin berjaya mengembangkan karier politik ke tahap tinggi,namun bakal memusnahkan sebuah negara dengan pelbagai doktrin dan teori mengarut.

Begitulah juga dengan seorang gadis yang hanya tahu syok sendiri dicintai dan disayangi oleh jejaka,akhirnya hidup bersendirian ke akhir hayat....

Begitulah bahayanya penyakit syok sendiri....

Begitulah juga dengan penulis syok sendiri.

JIka seseorang penulis menulis dengan berperasaan syok sendiri,ia akan menghancurkan karier dan bidang penulisan.Ini berlaku akibat sikap tersebut mempengaruhi bentuk penulisan.Bukan sahaja tidak berilmiah dan membuang masa mengadap komputer saban hari,malah manuskrip ditongsampahkan penerbit.

Penyakit syok sendiri adalah merbahaya dan perlu dibuang.Jika tidak,masa dan wang akan terbuang begitu sahaja.

Antara tanda-tanda seseorang itu penulis syok sendiri ialah :

1.Menulis mengikut cita rasa sendiri tanpa mengikut panduan dan nasihat editor dan syarikat penerbitan.

2.Malas membuat penyelidikan dan kajian.

3.Mengulang-ulang teori dan kaedah lapuk dan ketinggalan zaman.

4.Menganggap editor kurang bijak.

5.Tidak mahu memperbaiki diri.

6.Tidak mahu menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam penulisan.

7.Tidak mahu berkenalan dengan para penulis yang telah berjaya.

8.Suka menganggap teguran dan kritikan sebagai sampah.

9.Membuang manuskrip jika gagal diterima .

10.Menjadi hamba wang dengan menjadi penulis picisan seperti novel lucah dan seangkatan dengannya.

Jauhi penyakit syok sendiri jika mahu berjaya,bukan sahaja di dunia,tetapi juga negara akhirat kekal abadi......

Niat adalah penting

Apakah niat anda menulis?ingin glamour?ingin mendapat wang?ingin mendapat penghargaan seperti pangkat dan anugerah?atau ingin melihat nama anda pada kulit buku?

Manusia mempunyai pelbagai niat dan tujuan dalam menceburi penulisan.

Namun perlu diingat bahawa niat yang paling penting ialah menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui buku.Ia adalah niat yang perlu ditanam dalam diri.

Lupakan dulu anugerah,glamour,royalti dan lain-lain.

Ambillah contoh penulis tersohor,imam Nawawi.Sepenuh hidupnya dihabiskan dengan menulis.Menurut kajian,beliau menulis 40 muka surat sehari.Walaupun hidup dalam kemiskinan dan kedaifan,menulis terus dilakukan sehingga akhir hayat.Beliau tidak meninggalkan zuriat dan anak cucu kerana tidak berkahwin,namun beliau meninggalkan jutaan ilmu yang teramat berharga nilainya.

Buku-buku beliau dibaca ratusan juta manusia sehingga kini dan diterjemahkan kepada ratusan bahasa dunia..

Jadikan beliau role model dalam penulisan,insyaAllah berjaya. Ingat,niat adalah penting.

Manuskrip ditolak

Apabila bersusah payah menulis dan menyiapkan sesebuah manuskrip,namun ia ditolak penerbit memang mengecewakan.
Namun anda jangan berputus asa kerana ia bukan penamat.
APa yang perlu dilakuakn ialah :

1.Bincang dengan editor.

Cuba berbincang dengan editor agar dapat mengenalpasti punca dan sebab manuskrip ditolak.Dapatkan idea-idea dari editor agar manuskrip tersebut dapat ditambahbaik dan dikemaskini.

2.Buat pembacaan.

ANda perlu membuat pembacaan manuskrip tersebut dan lihat kelemahan dan kekurangan yang ada.Analisa dan pemerhatian teliti perlu dilakukan agar mendapat idea-idea lain yang lebih bernas dalam mengemaskini manuskrip.

3.Buat olahan semula.

Mungkin manuskrip terlalu banyak keurangan seperti fakta berulang,bahasa lemah,penyampaian tidak mesra dan lain-lain.Justeru buat olahan sebaik mungkin agar ia lebih menarik dan diterima penerbit.

4.Cari bahan baru.

Penambahan fakta,isi,kandungan,bab mungkin perlu dilakukan agar manuskrip lebih menarik dan padat.Justeru anda perlu mencari pelbagai bahan-bahan baru dan terkini agar dapat dimasukkan dalam penulisan.

5.Kekalkan isi utama.

Cuba kekalkan isi-isi utama dan penting.Manakala isu-isu dan bahagian yang kurang penting dan tidak relevan perlu dibuang dan digantikan dengan bahan-bahan yang lebih menarik.

6.Cari kelainan.

Mungkin manuskrip anda mempunyai isi kandungan yang hampir sama dengan buku yang telah terbit atau manuskrip penulis lain.
Justeru anda perlu cari kelainan agar ia menunjukkan perbezaan pada isi kandungan,gaya bahasa,fakta dan lain-lain.

Apabila manuskrip ditolak,anda perlu berusaha agar dapat mengemaskini dan menambahbaik manuskrip tersebut.Jangan sia-siakan usaha anda yang telah bermula.Kejayaan tidak mungkin datang dengan mudah.

Perbaiki kelemahan dan cari pelbagai isi-isi yang lebih padat dan relevan agar ia mampu memberi tarikan kepada penerbit.Berusahalah,manuskrip anda akan diterima nanti setelah penambahbaikan dan kemaskini dilakukan dengan lebih baik,insyaAllah.

Hubungan penulis-editor

Menjalin dan Memelihara Hubungan Baik dengan Editor
Menjalin dan menjaga hubungan baik dengan editor adalah amat mustahak. Editor bertanggungjawab menentukan judul yang tepat bagi buku-buku yang mereka uruskan. Jika buku itu laku, mereka menerima pujian, jika tidak, mereka dipersoal dalam mesyuarat pengurusan.

Ada penulis sanggup merosakkan hubungan baik dengan editor semata-mata kerana tidak setuju judul buku mereka diubah oleh editor.

Merosakkan hubungan baik dengan editor adalah kesilapan serius kerana faktor-faktor berikut:

(i) Editor yang kecewa dengan sikap penulis akan bercerita kepada editor-editor lain.

Kakitangan syarikat lebih setia kepada rakan sejawat daripada setia kepada penulis. Apabila staf di bahagian sales tahu ada penulis bergaduh dengan editor, mereka hilang minat hendak bersungguh-sungguh mempromosi dan menjual buku penulis itu.

Begitu juga halnya dengan sikap staf di bahagian grafik. Penulis yang popular di kalangan editor juga popular di kalangan staf bahagian sales dan bahagian grafik. Hasilnya buku-buku penulis itu diterbitkan dengan wajah yang lebih cantik dan jualannya lebih laju.

(ii) Penulis tentu kecewa apabila judul cadangannya tidak diterima oleh editor.


Penulis tentu suka judul ciptaannya. Tetapi, secara komparitif, syarikat penerbitan lebih tahu judul yang laku.

(iii) Sebelum sesuatu judul itu dipilih, judul itu akan dikemukakan dahulu kepada bahagian pemasaran disebabkan merekalah yang dapat memberi maklumbalas kepada editor berkenaan kesesuaian judul itu.

Pegawai-pegawai di jabatan sales setiap hari pergi ke kedai-kedai buku, oleh itu mereka tahu judul-judul buku penerbit lain yang sudah ada dalam pasaran dan menjadi pesaing. Mereka akan memberikan maklumat itu kepada editor supaya jangan menggunakan judul yang serupa dengan buku terbitan syarikat lain.

(iv) Editor bekerja dalam keadaan yang stressfull, dan mereka mempunyai perasaan.

Apabila penulis tidak berbaik-baik dengan editor, mereka mungkin menolak bukunya, ataupun melambatkan proses penerbitannya dan mendahulukan buku penulis lain.

(v) Jumlah penerbit buku yang kredibel adalah terbatas.

Staf syarikat-syarikat penerbitan pula banyak yang berkawan-kawan sesama mereka dan bertukar-tukar maklumat berkenaan penulis yang bermasalah. Kalau hari ini ada penulis bermasalah dengan satu penerbit, dalam masa sekejap sahaja maklumat itu akan diketahui oleh staf penerbit-penerbit lain.

(vi) Bagi sesetengah penerbit, mereka sudah memasukkan dalam klausa perjanjian penerbitan bahawa hak menentukan judul adalah hak penerbit.

Ada penulis tidak mahu menjalin hubungan yang baik dengan editor atas pelbagai alasan. Ada yang malu dan tidak tahu apa cara yang betul kalau mahu mendekati editor. Ada penulis yang percaya tidak perlu berkenalan dengan editor. Ada yang berasa perbuatan menjalin hubungan baik dengan editor adalah tidak baik sebab ia boleh disalah tafsir.

Sebenarnya, sikap tidak berbaik-baik dengan editor adalah tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Penerbit untung apabila hubungan kerjasama antara penulis dan editor adalah baik dan lancar. Ia menghasilkan lebih banyak buku-buku yang memenuhi kehendak penerbit. Ia juga meningkatkan kesetiaan penulis kepada penerbit.

sumber :
http://universitipts.com/

Senarai penerbit

Jika anda telah menyiapkan sesebuah manuskrip dan tercari -cari penerbit untuk manuskrip anda,boleh melayari alam web berikut:
http://mabopa.com.my/index.php/members/

Terdapat ratusan penerbit yang boleh anda pilih! Selamat menghantar manuskrip.

Sumber : http://jomtulis.blogspot.com/

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.