Wednesday, January 27, 2010

Temu dan duga secara tertutup

Temuduga Tertutup :

4 Ganjaran Lumayan

1-Nikmat kubur 2- Perlindungan di Padang Mahsyar 3-Keselamatan Meniti Titian Sirat 4-Syurga yang kekal abadi.

Lokasi temuduga : Di dalam kubur (alam barzakh)
Kelayakan : Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, tidak perlu bawa apa-apa kelulusan, pingat, wang dan harta yang banya. Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi ( Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal)

Panel / Penemuduga : Mungkar dan Nakir ( Bertauliah)
-Enam soalan utama yang mudah akan di soal

1-Siapa tuhan anda?
2-Apa agama anda?
3-Siapa Nabi Anda ?
4-Apa kitab anda?
5-Di mana kiblat anda?
6- Siapa saudara anda?

Cara memohon : Anda perlu cuma menunggu penjemput Kami yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja ( mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan begis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

Semoga Berjaa dan Selamat Menjawab
Nota : Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan.

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.