Sunday, January 24, 2010

Kesedaran Diri Terperi ?

Dalam buku "The Power of Now' Eckhart Tolle, banyak menyentuh tentang "Kesadaran" atau "Consciousness".

Kita selalu tertipu antara Minda dengan Kesedaran.

Kesedaran di luar minda.

Selama ini minda selalu mempergunakan kita malah kita tidak tahu pun bahawa selama ini yang kita adalah hamba minda kerana terikat dengan benda lepas dan akan datang.

Teringat-ingat dengan kenangan masa lampau dan berfikir tentang cita-cita dan angan-angan yang tidak sudah..Ego...

Masa sekarang kita lupakan.

Nak tahu hamba minda kita cuba tanya diri kita :

-Bolehkah aku hentikan pemikiran bila-bila masa semahu aku ?

-Bolehkah aku bebaskan minda aku bila-bila masa semahu aku ?

-Dapatkah aku temui butang untuk mematikan ?


Kalau jawapannya Tidak Dapat...maka kita adalah hamba kepada minda.

Bukankah kita sepatutnya menjadi Hamba Allah ?


Jadi, macamana nak sedar in ?


Adakah dengan memerhatikan pemikaran maknana kita pandang diri ..

Kita, dengar suara kepala mu..tidak dapat mengadili hanya mengarah ini untuk menyaksi kehadiran perasaan.

Tidak lama lagi, kamu akan dapat sedari kehadiran diri mu.

Sebenarnya, Kesedaran hanya baru permulaan...jauh lagi perjalanan yang harus pergi.

Nak bezakan minda dengan kesedaran...minda boleh dikendalikan bukan minda yang mengendali kesedaran.

Minda adalah alat atau mesin untuk mengumpul, menyimpan dan analisis info, mengkritik dan melindungi terhadap minda lain tapi tidak kreatif.

Kebiasaan manusai untuk ulang benda sama berlebihan dan melebihi....bila tidak dapat akhirnya putus asa...kecewa...bunuh diri..

Berfikir adalah bagus tetapi tidak kreatif dan ini dapat membezakan ahli sains yang kreatif dan yang tidak kreatif.

Kenyataan Philosopher Descarter aku fikir kerana itu bagi aku adalah sama sekali tidak boleh dipakai.

Sebaliknya, bila kita sedar barulah kita dapat berfikir secara kreatif.

Daripada minda juga emosi terbentuk seperti terkenang-kenang nostalgia masa lalu, cita-cita, angan-angan tarikan dan dorongan maka timbullah kesakitan-kegembiraan.

Perasan gembira bersifat lahiriah...apa-apa di luar kami..kamu mahu apa untuk kamu lakukan...gembira

Perasaan yang dapat daripada kegembiraan/kepuasan lama.

Lawan kepuasan/gembira adalah kesakitan..

Selagi kita masih dalam keadaan tidak sedar kita sakit tidak dapat dielakkan..

Sebenarnya kita sendiri yang ciptakan sakit itu sebab kita yang menolak/menidakkan apa yang terjadi..Akhirnya kita jadi keliru...Aku adalah mindaku..

Minda kawal waktu manakala sekarang kekal selama-lamanya.

Jadi, minda anggap sekarang sebagai ancaman..

Untuk memastikan minda sentiasa dalam kawalan, minda tutupi selama2nya/masa sekarang.

Semakin aku menerima dan menghargai Sekarang, semakin itu pula aku bersyukur.

Itulah rezeki/kemakmuran yang sebenarnya dan ia datang dari berbagai cara, bukan datang dari masa akan datang.

Sangat penuh kehidupan apabila betul2 kemakmuran....sebaliknya, jika kita tidak berpuashati dengan SEKARANG iaitu apa yang di alami dan dimiliki sekarang..sememangnya ia boleh memotivasikan kita untuk menjadi apa yang kita mahu...tetapi kita akan sering merasa kosong.

Harus diingat, kesakitan berada di dalam MASA. Ia sentiasa akan memerangkap kita.

korang faham ke tak? kalau korang tak faham maka aku pun tak faham hehe...! selamat mengkaji..kalau tak faham kita sama masuk Lab Uyun Hayah kita bedah kat mane yang patut di siasat~hehe

0 comments:

  ©Template by Dicas Blogger.