Kira-kira 93.7% Berpendidikan Tinggi Konflik Ilmu Yang Dianutinya
Lama tokOne tak mencoret sebab jauh berjalan untuk mencari kepastian samada betul atau tidak yang mengatakan ramai yang berpendidikan tinggi dari B.A ke PHD masih lagi konflik ilmu tidak termasuk orang berpendidikan biasa.
Bagaimana konflik ini terjadi ? Pada hemat tokOne konflik dalam apa jua pengetahuan akan terjadi apabila :
1-Maklumat tidak mencukupi hanya berpihak pada satu pegangan tanpa dipecah2kan hingga hancur dan lumat.
2-Maklumat cukup tetapi akal dan jalan pemikiran tidak diupgrade masih lagi menghala kepada negative thinking
3-Maklumat lebih menghala kepada hiburan semata2 dan kesukaran untuk menerima maklumat baru dalam apa jua segi.
4-Maklumat memang tidak cukup dan kesukaran untuk menerima data-data baru kerana sifat semulajadi individu seperti keegoaan yang cukup tinggi setinggi langit dan memenuhi isi bumi..memadai dan rasa dah kaya dengan ilmu yang ada (taasub dengan pegangan)...malu untuk mengetahui dengan selebihnya sebab rasa diri sudah hebat daripada orang lain...pandangan status atau genre pada pemberi ilmu dan lain-lain yang tidak dapat dikesan lagi buat masa ini-Insyallah akan bersambung dikemudian hari.
5-Semakin banyak tahu semakin rasa tak berpijak dibumi yang nyata kadang2 menerewang ke atas alam cakrawala (planet,bintang, bulan dan seumpannya) hingga tak dapat nak menyesuaikan dengan penduduk bumi atau dalam lingkungan penduduk bumi sehingga berkias dan berumpaan serta berseni yang sukar difahami oleh penduduk bumi.
6-Kuat beramal tetapi akal/fikiran tidak disertakan skali untuk upgrade dengan teknologi masakini.
7-Ramai yang belajar dan melangkah ke pengajian MA atau PHD terutama dalam jurusan agama akhirnya tiada pencantuman dalam ilmu akhirnya 'tidak pakar' dalam sesuatu bidang yang diceburi...hasilnya ilmu copy dan paste..akal dan pemikiran tidak upgrade dan masih lagi dianggap bodoh dikalangan 'orang kampung'.
8-Orang yang berpendidikan tinggi gagal mengkontrolkan atau melakukan pembaharuan yang jelas untuk masyarakat.Hasilnya pemikiran2 negative masih lagi bersarang.
9-Maklumat semua cukup secara teori saja, tiada pengalaman dalam kehidupan..hidup biasa selesa tanpa diuji dan diduga.
10-Feeling dan imaginasi dalam ilmu teramat kurang dan gagal untuk mencipta ilusi2 baru sesuai dengan apa yang dirasai dan diamati.
Akhirnya kesemua di atas jadilah otak masyarakat beku cam daging beku sedap tapi tak manis dan tidak sehebat daging fresh apabila dirasai..dan kita dijadikan cam bola sepak yang boleh dipijak,ditendang,dilempar dll dengan sebab golongan berpengetahuan tinggi dari segi status padahal semua tu tade nilai sedikit pun disisi tuhan..jadi apa nak bangga ? kalau jenayah tak leh ubah dengan hati,tangan,kaki,otak...apa nak bangga kalau kita jer yang selesa rakyat nak mampus dan berhempas pulas cari rezeki tanpa ada timbal balas atau tiada jaringan kehidupan yang seimbang dan berkitar sebagaimana yang telah disarankan dalam agama ? apa nak bangga kalau 'penipuan secara halus' dimainkan' demi kepuasan kroni2 saja..apa nak bangga dengan perjuangan yang tiada penghujung pangkal ? apa nak bangga kalau otak dan akal yang dianugerahi tidak pandai digunakan ?
Sabar2...sabar..sabar..senang jerk cakap kt orang bawah a.k.a org2 bodoh..sabar kepala hotak ! duduklah dalam sabar...kan sabar tu separuh daripada iman..so, separuh lagi letak kt mana ?
0 comments:
Post a Comment