Friday, July 31, 2009

Ramal atau jangkaan..

ALLAH MAHA berkuasa atas apa yg berlaku sapa le kitaaa manusia kerdil ni yg tak sedar diri asal kejadiannya yg hina nak meramal apa yg berlaku akan dtg huh, malah nak cakap kita akan hidup lagi sesaat pun kita tak layak sebenarnya....

Tapi bukan ramal..ni dinamakan membuat jangkaan berdasarkan maklumat terdahulu..tak ada larangan pun dlm Al-Quran melarang mengkajinya..Sains kajian spt ini byk manafaat sampingan..

Cthnya: pendapat langit dan bulan itu di'kunci' oleh Allah SWT kecuali dgn 'kekuatan'..pandangan umat Islam yg orthodox yg banyak diwarisi sekarang mengatakan sia2 penjelajahan angkasa..
Tapi dunia sains barat yg mewarisi budaya ilmuan Islam zaman empayar Islam memahami sebaliknya..

hasil dari usaha penjelajahan membawa kpd kemajuan dan penciptaan benda2 spt:

-Alat penahan haba yg baik
-kemajuan satelit komunikasi
-teknologi video, audio
-internet
-enjin jet yg canggih
-peralatan digital
-teknolgi laser (utk pembedahan & rekaan peralatan maju)
-alat pengesan taufan/angin (beratus ribu nyawa nelayan telah terselamat dgn sisitem ini)
-dll lebih dari 3000 peralatan moden skrg

-begitu juga kajian tentang Big Bang iaitu asal usul alam (telah dinyatakan Al-Quran)..bukan shj mereka membuktikannya tetapi dpt meneroka pelbagai ciptaan)

-kajian tentang kiamat bumi..membawa kpd pelbagai jumpaan bukti geologi ttg 3 kali kenaikan air laut..ini membawa kajian tektonik tsunami dan sistem pengesanan tsunami....byk lg..

-Al-Quran dan Alam ini utk dikaji..bukan sbgai bahan eksklusif spt barang antik dlm muzium atau koleksi suci yg hanya ulama' tafsir shj bercakap tentangnya yg dijadika senjata autoriti supaya semua umat tunduk dan mengkagumi mereka (penyakit golongan gereja krsitian)..Jadilah kita umat Melayu yg pandai mengaji/tilawah berlagu2 dan tajwid tp jahil tentang makna akibat 'ketakutan' yg amat sgt..

-Meramal spt dengar burung pungguk berbunyi ada penyakit/bala (tak ada bukti saintifik berkaitan) itu yg dilarang..

-ada satu hadith yg melarang meramal spt diatas...
-Hadith tersebut ada pernyataan yg nampak bertentangan iaitu "tiada penyakit berjangkit" dan "larilah dari penyakit kusta spt lari darin singa"

Kajian sains barat mendapati kedua-duanya benar iaitu:

"Larilah dari penyakit kusta spt lari dari singa"..menunjukkan adanya organism yg menyebabkan penyakit..hasil ciptaan mikroskop maka terjumpanya kuman (mikroorganism yg bahaya)..Ini menghasilkan kemajuan pencegahan vaksin dan antibiotik juga pengesanan wabak yg menyelamatkan jutaan nyawa termasuk berjuta2 umat Islam termasuk ulamak2 td

" Tiada penyakit berjangkit berjangkit' menunujukkan bhw jika sisitem imun kuat maka kuman tak mampu menjejaskan badan kita..Ini membawa kajian sisitem imun oleh dunia barat..

Orang-orang kita Melayu/Islam dok membaca shj hadith tersebut dgn tafsiran dangkal sehingga khutbah yg dikeluarkan oleh ulamak/ustaz yg kononya faham sgt tentang tafsir Al-Quran semasa wabak burung ada yg berbunyi:

jagalah ayam2 atau burung2 kita..supaya tidak dijangkiti selsema burung..pastikan semua ayam2 dan burung2 kita sihat

Kalau diapply tafsiran saintis barat yg membawa kemajuan kajian penyakit di atas sepatutnya berbunyi..

"Umat Islam wajib mematuhi kuarantin burung/ayam supaya ..."
"antara simptom2 selsema burung ialah..."
"Hendaklah beriadah dan mengamalkan pemakanan vit C dan antioksidan spt Tongkat Ali dll agar sisitem badan semakin kuat"..

Read more...

kewujudan yang dialami


Berfikir tanpa fikir

Para pengkaji, Alquran, injil, zabur, taurat, avesta, Dasam granth, sutra, Vedas, Upanishad, hadis, idea filosof2, mengetahui dan mengesan pertentangan2 serta kesalahan2 yang terdapat di skrip2 lama ini, ada dikalangan mereka berpura2 tidak mengetahuinya, malahan ada pula yang berusaha menutupinya dengan permainan kata2.. Kerana sikap menyembunyikan kebenaran, menyebabkan terlalu banyaknya penganut2 agama (yang tidak suka menyelidiki) tidak mengetahui kesilapan2 serius yang sengaja atau tak sengaja diada2kan didalam naskah yang segaja diada2kan olih manusia.

Penganut2 harus meneliti bahwa skrip2 kuno ini berkemungkinan bukannya idea2 yang di ajarkan oleh Muhammad, Isa, Buddha,itu sendiri.. tetapi mungkin mereka2 ini, cuma.’dikambing hitamkan’

‘Insan’ yang dangkal pemikirannya, tidak akan merasa lega, apabila ia tidak melakukan sesuatu yang bersifat ‘KEAGAMAAN’.

Jesteru itu ‘Insan Dangkal’ pemikiran ini, menyimpulkan ada sesuatu yang mencipta, yang maha berkuasa, yang memberi manfaat kepada kehidupannya. Kesilapan ini berlaku, apabila ia memerhatikan dirinya dan alam sekitarnya yang memberi nikmat kepada dirinya.

Maka muncullah kepercayaan kepada sifat ghaib atau metafizik, percaya kepada supernatural, yang diberikan nama2 agama, mengikut zaman, tanggapan kepercayaan, tempat, kebudayaan, bangsa. Lahirnya berbagai bentuk dan nama2 peribadatan yang berdasarkan akal fikiran dan rekaan manusia sendiri, yang mengaitkan nama2 Adam, sebagai punca kelahiran manusia dan agama2 tauhid.

Apakah kenyataan kewujudan yang dialami ini suatu fantasi,ilusi dan hologram?

Sekiranya anda pernah menghafal umpamanya 30 puluh juzu' Alquran, apakah kita perlu lagi melihat kepada mushaf, tulisan, huruf2..lagi.. kemanakah hilangnya huruf2 dan bunyi2 yang setelah terhafalnya. Bahkah kita akan membaca seolah2 tanpa melihat kepada sesuatu pun. Segala2nya adalah merupakan frekuensi yang cuma ada pada minda. Dapatkah anda melihat, mendengar dan merasakan gelombang2 yang berada dipesada minda ?

Itu suatu kebenaran dan sepatutnya demikianlah berlakunya.Kesemua kisah akan dibentangkan menjadi satu gambaran peta lakaran dalam minda.Mengetahui dengan maklumat dan membawa kita kepada gambaran
mengikut presepsi masing2 dan kefahaman.

Tiada suatu pun perlu diherankan tentang cerita dan apa jua.Melainkan ia hanya suatu kaedah menyampai akal kepada kefahaman.Namun kefahaman sebenar adalah mengatasi segala kenyataan itu.

Maka yang berakal akan mula bertindak untuk keluar dari gambaran presepsi kenyataan,simbolik,teka teki,perumpamaan dan macam2 menuju kepada matlamat kewujudan itu sendiri.

Read more...

Thursday, July 30, 2009

Manakah agama yang benar di sisi tuhan

Pertanyaan akan timbul apabila agama-agama mempunyai perbezaan dalam konteks pemahaman. Masing-masing penganut mengungkapkan dia benar dan agama yang dianuti mesti benar, dan tidak ada satu individu yang mahu menganuti agama yang salah.

Manusia di ‘anugerahi akal’ agar memilih agama yang benar ‘bukan agama sesat’ Walau bagaimapun yang jelas, pasti ada satu agama yang sebenar-benarnya yang benilai ‘benar’.


Persoalannya kini bagamanakah kita meneliti dan mengambil kesimpulan dan akhirnya kita memilih agama yang benar betul tanpa bias atau terperosok kepada andaian semata-mata yang aneh ramainya ahli-ahli bijaksana, professor-professor, ahli-ahli kaji dan sebagainya tetap dalam agama nenek moyang mereka atau tanpa agama. Bahkan tidak ada satu individu pun yang mahu menganuti agama yang salah atau sesat pada asasnya. Disini kita harus meneliti apakah akal itu berfungsi ?

Jelasnya kalau manusia itu boleh menggunakan akalnya, yang pertama sekali ialah memikirkan bagaimana untuk mendapatkan seluruh dunia dan mencari jalan bagaimana untuk terus hidup tanpa kematian, serta terus kelihatan mudah tanpa halangan agar dapat memenuhi kehendak nafsunya.


Dan kalau sesuatu ugama itu 'betul benar' sudah pasti semua manusia akan menganutinya, dan tidak akan ada yang mempersoalkan lagi.

Penulis mengutip pendapat dari penganut-penganut agama :


Agak janggal kalau dikatakan kepercayaan itu berbeza-beza di seantero dunia,

Di Arab Saudi:


Kerajaan mengira dan menetapkan 100% rakyat Saudi adalah Muslim. Dan sekiranya dibanci secara rambang pendapat-pendapat dari kalangan rakyat Saudi, keberangkalian yang mengatakan agama islam itu sesat, adalah tipis. Dan rakyat Saudi akan tetap mengatakan agama mereka benar sebenar-benarnya walaupun disanggah.

India:


80% dikalangan rakyat India berugama Hindu. Dan sekiranya dibanci pendapat penduduk tentang apakah agama hindu ini betul atau salah?

Mungkin hanya 40% sahaja yang mengatakan salah. Dan sinis 60% rakyat India akan bertanya kepada pembanci/pengumpul data ‘apakah engkau ingat kami mahu menganut agama yang salah? atau engkau sengaja mengatakan agama kami salah.

Amerika Syarikat:


Dianggarkan 75% rakyat Amerika berugama Kristian. Dan rakyat Amerika yang tergulung dari ‘Jajaran Injil’ adalah melebihi dari anggaran ini. Dan kemungkinan yang berpendapat bahawa agama Kristian itu salah adalah dianggarkan 40% sahaja, walaupun rakyat Amerika digolongkan sebagai rakyat yang tinggi daya fikirannya. Dan jawapanya pasti ‘ Apakah kamu menganggap bahawa kami bodoh untuk mengaitkan diri kami dengan agama yang salah?

Tidaklah dapat dinafikan Keimanan individu tentang agama, pada dasarnya berkaitan dengan fungsi pemerintah di negara di mana penganut itu dilahirkan, di mana daerah negaranya, dan agama anutan kedua ibu bapanya.


Agama Islam , Kristian, Buddha, Hindu di Malaysia umpamanya akan berbeza cara pentadbiran, pengamalannya dengan negara-negara lain. Dan mungkin juga berbeza ajarannya/

Jika Bob Simon dilahirkan di Arab Saudi dan dibawah asuhan ibu bapa yang Muslim, dan menuntut ilmiah agama di negara ini. Kemungkinan besarnya ia akan mempamirkan kesyumulan Islam hari ini.

Jika Sheikh Al-Qardahawi dari Mesir lahir dan dibesarkan oleh pendita Kristian di Dallas Amerika umpamanya, maka besar kebarangkalian menjadi pendakwah Kristian hari ini.

Kepercayaan individu tentang agama dan menetapkan anutan adalah tidak mempunyai asas kebenaran, kerana dipengaruhi oleh budaya suku dan anutan-anutan kedua orang yang mengasuhnya atau dikatakan lahir secara tak sengaja iaitu kebetulan sahaja. Tidaklah ada dasarnya sekiranya kita bertanya pendapat-pendapat tentang keagamaan

Tanpa menyelidiki sendiri dengan minda yang jernih dari kekalutan pendapat, tesis, guru-guru atau ulama-ulama dan dari keseluruhan ahli-ahli agama. Mereka adalah bahagian ular dalam semak yang meracuni dan meranjau minda.

Read more...

Sunday, July 26, 2009

Upgrade Prosessor...


Kadang2 timbul persoalan juga terhadap pelawat blog ni adakah diibaratkan sepeti 'receiver2' atau processor yg 'diupgrade' sahaja yang 'menangkap' makna2 ilmu yang banyak tersirat lagi tersembunyi serta terpendam...huhuhu

Jika 'processor' Pentium lama memang sukar utk faham & kadangkala lain pula di'process' dan pendekatan tak sesuai.. Jika processor yg diupgrade, mereka boleh process dengan cara yang lebih kreatif & berkesan mgikut kesesuaian masing2.


Processor= Akal

Software yang proses=Jalan Fikiran

Camne nak upgrade processor? Belajarlah2 untuk mengenal dulu..sekurang2nya..

Sebenarnya konsep processor & software nih.. Cuma kalau dapat... disertakan sekali manualnya..kan..kan..

Bukan apa, kalau kita ambil konsep asas mind body & soul... mind ni kira aqal lah yang bertindak sebagai jambatan untuk menghubungkan body ( material thought ) dan soul ( spiritual thought )..

Jadi kalau setakat nak upgrade mind body ( material thought ) or akal mengikut jalan fikir keduniaan... tak payah nak susah payah bertasauf.. tak payah susah payah merentas 70ribu lautan ganas.... rembat je laa mana yang patut, asal sedap dimata & daboommm... Yang penting kreative.he3..

So, aku rasa.. slogan 'Kreativity is universal' tu patut di kuarantin dulu sebelum dapat digunapakai sesuka hati... Tak seimbang pulak jambatan tu nanti sebab terlebih kreative..

Kalau gitu aku sertakan MANUALnya ?? Menurut Mahaguruku sebenarnya Nak pakai manual ni ada syaratnya. Iaitu 'khatam' hal2 ni.

1. Al-Quran

2. Hadith

3. Kitab2 utama mazhab Assyariyah

4. Mahir dlm mazhab2 lain spt Jabariah, Qadariyah, Muktazillah, Syiah

5. Mempeljari & memahami semua aliran utama spiritual Islam spt Al-Ghazaliyah & Al-Qodiriyyah

6. Mengamal & mencapai makam Insanul kamil dalam sekurang-kurang 6 toriqah utama

7. Mengetahui bagaimana minda, hati, otak, jantung & sistem badan berfungsi

8. Mengetahui konsep Biologi, Kimia/Al-Chemy, Fizik, Fizik Kuantum setaraf PhD

9.Menguasai & mampu menerangkan konsep Wahdatussyuhud & Wahdatul Wujud

10. Pernah mempelajari secara direct dengan sekurang-

kurangnya 4 waliyullah bertaraf Qutb samada dalam mimpi atau jaga

11. Memahami semua pengajaran dan kitab-kitab rasul yang muktabar

12. Mengetahui perjalanan tenaga tubuh & mencapai tahap 'diamond body'

13.Pakar Sirah & Sejarah Islam,Dunia & Nusantara

14. Mencapai taraf mahaguru dlm sekurang-kurang 7 jenis

persilatan

15. IQ melebihi 240 ( Doktor biasa , IQ=150)

16. Mampu meraga sukma

17. Telah bertemu Diri Silver (Ruh Idofi)

18. Mendapat watikah dari Rasulullah saw & Sayyidina Ali k.w

19. Mempunyai pertalian darah Ahlul-Bait

Ramai yg menggunakan manual ni tapi blum capai 13 tahap di atas sukar memegang rahsia ketuhanan dan kembali ke makam yang asal..? Makam hamba atau makam ruh ? atau makam yang diciptakan sendiri ...huhuhuhu

Kesempurnaan dan kemuliaan kita di sisi Allah Swt akan kita perolehi apabila kita mampu mengenal akan diri kita yang sesungguhnya, iaitu mengenal diri yang sebenar-benarnya diri, anamun kita akan dipandang hina, sehina-hinanya disisi Allah Swt apabila kita tidak mahu mengenal atau tidaak tahu siapa diri kita ini yang sebenarnya.

Read more...

Jam kena upgrade jadi 25 Jam sehari...


Tak mustahil dah dunia entah nak jadi apa skit agi kena 'delete' lah ni...berhati2 dan menelitilah keadaan sekarang nih..

25 Jam Sehari.. ..???

Penyelidik ramal waktu berubah kerana putaran bumi makin perlahan

BERLIN: Sekumpulan penyelidik Barat mendakwa tempoh 24 jam sehari berkemungkinan menjadi 25 jam pada masa depan berikutan waktu siang yang kian panjang akibat kadar putaran bumi yang makin perlahan.

Akhbar Jerman Suddeutsche Zeitung memetik edisi terbaru Journal For The History of Astronomy melaporkan, bagi kebanyakan kita, masa siang yang panjang merujuk kepada peningkatan hari di hemisfera utara pada musim panas berbanding musim sejuk.

Namun, kalangan geosaintis mendakwa kajian menunjukkan tempoh hari siang yang panjang turut membabitkan musim lain termasuk musim bunga.


"Perkembangan itu boleh dikaitkan kepada asasnya iaitu bumi dan bulan. Sepanjang sejarah kewujudan manusia, putaran bumi kini semakin perlahan," kata penyelidik Universiti Durham, Richard Stephenson.

"Graviti dari bulan mewujudkan gelombang kekal di lautan dan di perut bumi. Ini sekali gus memperlahankan pergerakan bumi."

Pergerakan bumi menyamai aksi peluncur ais. Bagi memperlahankan gerakannya, peluncur itu perlu mendepakan tangannya.

"Begitu jugalah dengan bumi. Disebabkan itulah, daripada 24 jam had maksimum sehari ketika ini, kita sebaliknya mungkin menyaksikan pertambahan sejam kepada 25 jam sehari pada masa depan," katanya.

Stephenson yang juga ahli astronomi Britain dapat membuktikan yang putaran bumi semakin perlahan sejak 700 tahun sebelum Masihi.

Beliau mengkaji plat tanah liat dan hasil kajian sejarah yang mengandungi maklumat mengenai gerhana matahari dan bulan.

Semua maklumat itu digunakan bagi mengira laluan pemisah bumi.

Apa didapati, ketika era proto-haiwan menguasai bumi pada 530 juta tahun lalu, ada sebanyak 21 jam sehari.

Pada era zaman dinosaur 100 juta tahun lalu, jumlah itu meningkat kepada 23 jam sehari.

Bukti jelas lain boleh dilihat menerusi mendapan terumbu karang. Ini disebabkan terumbu karang menjadi petanda kalendar dan setiap tahun membentuk mendapan yang tebalnya berbeza mengikut musim.

Berdasarkan itu, saintis mengira perbezaan masa antara musim bunga dan didapati semakin perlahan sepanjang tempoh sejarah.

Kira-kira 530 juta tahun lalu, bumi berputar jauh lebih cepat berbanding hari ini dan pergerakannya dianggap lebih stabil.

Pada masa itu biarpun catatannya 24 jam sehari, tetapi bilangan hari setahun adalah 420 hari berbanding 365 hari.

Stephenson membuat rumusan itu berdasarkan maklumat ke atas beratus-ratus keterangan mengenai fenomena gerhana matahari dan bulan sejak 2,700 tahun lalu.

Mengikut maklumat Sistem Perkhidmatan Rujukan dan Putaran Bumi Antarabangsa (IERS), tarikh 13 Julai 2003 adalah hari paling pendek dalam masa 100 tahun.

Sumber dari berita harian.

Macam-macam persoalan dapat dirumuskan...

-Adakah ini bermaksud kena kerja 9 jam sehari?

-Adakah ini bermaksud jumlah nak berpoye2 or tido bertamabah.

-Adakah nanti ada 13 jam siang n 12 jam malam la? so nanti pukul 8 masa tu bersamaan pukul 7 skarang? midnite tukar jadi pukul 1am? so 24 tv series nanti da extra hour jadi 25 la?
kat kanada sistem masa dia 20jam shari... kene adjust body clock la gamaknye
tp aku rase bagila 30jam sehari pn, kalo xpandai manage time xcukup gak-lagi byk masa lg nk tangguh2 its relative...

-Bilakah produk jam 25 Jam akan dilancarkan ? Kalau tak angka pada jam nak tambah kat no berapa..? kalau digital mungkin la senang.. yang jarun punya..? kena tukar jam laa jawapnya...
cuma concern 1jam lebih tu dikhas kan tuk waktu kerja kee atau leisure ? GMT lari...
signboard 24/7 kena tukar 25/7... speedo meter aku lari tune skit...sbb km/h or mph...heeee
tp solat 5 kali sehari tetap same...macam2 agi ar kena upgrade jadinya...waaah untung2 niaga jam ni..semua dpt untung dan kaya lagi...designer dan macam2 org akan kaya nih.

-Adakah penduduk alam banyak berbuat dosa.. bumi makin berat... penat dia nk pusing...Adakah sejam yang tambah tu kita perlu beramal kebajikan..pahala pun byk ape buat tambah mane yang kurang....?

-Adakah selepas ini soo lepas nie takleh aaa cakap... "cepatnyer mase berlalu'..atau masa itu emas ?

-Aku rasa aku rase kat kanada jam di orang still ada 12 angka gak wpn sistem masa dorang 20jam sehari je juz interpretasi malam n siang je yang berbeza bilangan jam bertambah, tp masa cepat gak berlalu.

-Adakah ini salah satu tanda nk kiamat.

-Tapi sudah ada restoran mamak di suatu tempat anda yang di tulis besar2, beroperasi 25jam sehari tu yang aku dok pikir gak ni...cam na mamak tu boleh dapat idea tu...hehehe

-Ingatkah anda dulu mase kecik aku rasa masa lambat tul nak berlalu... Tapi skang kejap jer. Rasenye baru jer cuti tp sok dah cuti lg. Cepat benar masa berlalu...atau adakah disebabkan daulu tak ada masalah apa, tak gaduh nak fikir tanggungan, tapi skrg ni banyak keja nak kena buat..........tu yg sampai tak cukup masa.........tu yang rasa masa berlalu dgn cepat....

-Bolehkah 25 jam sehari..pukul 13 pagi...dan pukul 13 tengahari...kalau kira kan ke 26 jam itu..??

-Adakah ini masa tambahan utk berbuat amal kebajikan. Usia alam ni pun dah nak sampai ke penghujung dan eloklah pergunakan masa yg ade sebaik2nya ?

-Bagaimana dengan waktu solat..? ade perubahan macamana..?

-Mungkinkah dikatakan masa sekarang ni makin lama makin pendek.. ni nak tambah 1 jam lagi..aduss..

-Mungkikah kita merasakan pergerakan jam tu manusia yang buat...boleh je nak buat 30 jam sehari pun..??

So aku cuba mengGooglekan tentang ini...jumpa tentang tamadun Mesir yang came up dengan idea 12 jam siang dan 12 jam malam...total 24 jam sehari ni.

Diikutkan standard SI...1 saat tu ialah tempoh yang diambil oleh satu atom Caesium 133 berayun sebanyak 9,192,631,770 ayunan. Jadi... macam mana la agaknya saintis tu dapat kiraan ayunan ni...waaaah....!

Kita sedia maklum bahawa 1 putaran lengkap Bumi pada paksinya mengambil masa 24 jam...inilah sehari yang kita semua alami sekarang ni.

idea mengenai akan berlakunya 25 jam sehari ni kerana 1 putaran lengkap Bumi pada paksinya akan mengambil masa 25 jam.

Persoalanya kenapa terlebih pula?

Sebab Bumi berputar lebih perlahan (ambil lebih masa) untuk lengkapkan 1 putaran pada paksinya sebab masa tadi kan dah standardize.

Kenapa Bumi boleh berputar lebih perlahan pada paksinya?

1. mungkin kerana graviti Matahari yang 'mengikat' Bumi semakin bertambah dayanya. graviti Matahari yang bertambah akan 'slowdown'kan sedikit kelajuan putaran Bumi pada paksinya.

2. mungkin kerana orbit Bumi mengelilingi Matahari makin membesar. orbit lebih besar, jarak dari Matahari makin bertambah, Bumi tiada daya graviti dari Matahari untuk me'maintain'kan kelajuan putaran Bumi pada paksinya. Ok ni..menurut ingatan ilmu fizik Form 5 aku lah..

Apa komen anda lak huhuhuh...

Pada hakikatnya, pelbagai persoalan juga bermain2 di minda ni..kalau tgk pada kondisi atau keadaan dunia hari ini..macam2 ader..org bisnes sibuk dengan bisnesnya..yang bekerja pun terpaksa bisnes lagi nak cari pendapatan lebih..yang tak cari lah cuba2 nak mencari idea apakah bisnes yang paling menguntungkan...atau mungkin saja dengan amalan Magnet Duit ini atau menguasai zero point energy, teleport dsbnya..atau menjual bom nuklear ?

Di dalam industri perkilangan pula sibuk mencari product2 baru atau mengupgrade produk2 baru..manakala di industri asas tani juga rancak sebab semua org berduit sekarang ni hanya makan...tidur sebab tunggu duit masuk jer lam akauan..tapi pastinya mereka2 ini tidak cukup lagi..terus mencari dan cari...sehingga ke lubang kubur ! [termasuk aku kot ] dunia semakin kompleks dan mencabar !! Inflasi tinggi dan riba semakin gemuk !

Macam2 kena fikirkan ! macam2 kena tambahbaikan lagi untuk mantap dalam kehidupan hari ini...masa pun tah semakin tak cukup...

Ada juga menghadapi tekanan dengan hutang...keluarga porak peranda...anak tah ke mana..bini tah ke mana..ada yang rancang nak jual anak...masalah itu dan ini menyebabkan manusia jadi cepat marah dan garang serta naik darah !! Kawalan nafsu dah tak terkawal lagi...iblis sudah jadi raja di hati ! so bagaimana..? sempatkah mencari Allah...sempatkah bersedia untuk mati...bolehkah semua harta benda dan wang ringgit itu kita redeem kt syurga atau neraka...dan macam2 laaaaa...kita boleh buat kesimpulan sendiri sebab kita masing2 telah di anugerahi akal fikiran....

Ok ku tulis sebagai peringatan dari Aku untuk Aku kepada Aku dan Kerana Aku huhuhuhuu.


Read more...

Saturday, July 25, 2009

Tenaga Manusia lebih hebat daripada Tenaga Jin/Syaitan


Kadang-kadang amat menghairankan bagaimana manusia Melayu yang beragama Islam selalu mengalami gangguan ghaib termasuk nampak ruh-ruh ghaib, hantu, histeria, saka dan macam-macam lagi.

Di sini saya nak berkongsi terhadap ilmu tenaga keinsanan dari hasil kajian dan ujikaji yang telah saya buat selama lebih 25 tahun

Begini:

Dalam Islam tiada istilah hantu, pocong, polong, penanggalan, hantu bungkus dan seumpamanya dan dikira tak wujud pun. Yang ada hanya Iblis,syaitan dan jin yang kerjanya menghasut dan menyesatkan manusia. Syaitan ini dikatakan berada dalam aliran darah manusia dan ada hadith mengibaratkan syaitan seperti nyamuk yang menunggu masa/peluang untuk menyuntik kepercayaan/hasutan ke dalam hati manusia yang lalai.

Walaubagaimanapun makhluk-makhluk 'perosak' itu tidaklah terlebih hebat dari segi tenaga insaniah berbanding insan manusia. Insan adalah makhluk yang paling sempurna kejadiannya. Kelebihan ketara manusia berbanding Iblis, Syaitan dan Jin (ISJ) adalah tenaga hayat yang dimilikinya.

Tenaga Insan amat hebat. Buktinya semasa persitiwa Mikraj yang penuh keajaiban dari segi teknologinya ialah keupayaan Rasulullah SAW menjelajah ke Sidratul Muntaha bertemu Allah SWT iaitu sempadan had makhluk boleh tiba. Apabila diajak Rasulullah SAW agar Jibril menemaninya bertemu Allah SWT, Jibril berkata :"Jika daku mengikutmu walau serambut lagi Ya Rasulullah nescaya diriku akan musnah dan hancur". Di situ membuktikan diri Insan melebihi malaikat pada tahap maksimum keupayaannya. Dalam istilah fizik kuantum semua perkara adalah tenaga atau cahaya. Ini menunjukkan jasad manusia (yang hakikatnya tenaga dan cahaya ini dari segi fizik kuantum) adalah yang paling hebat berbanding makhluk-makhluk lain yang pernah diciptaNya. Akhirnya, Rasulullah SAW sendiri sampai ke Sidratul Muntaha bertemu dengan Allah Penguasa Alam Semesta tanpa ditemani Jibril AS yang mungin difikirkan Baginda amat hebat kebolehannya.

Satu lagi bukti tenaga Insan ini hebat adalah ruh manusia mampu memiliki jasad. Tenaga Insan/hayat mampu memegang semua elemen asas kehidupan dan menyatakan dirinya secara zahir. Elemen asas ini ialah air, tanah, api angin .Dalam ilmu sains moden, kehidupan alam fizikal termasuk bumi, planet, matahari, bintang, galaksi dipegang oleh 4 unsur iaitu magnetism, gravitism, ikatan nuklear kuat dan ikatan nuklear lemah.

Didapati tenaga Insan mampu menggabungkan semua elemen asas tadi serta membina dan menggerakkan jasad lantas menjadi kehidupan atas mukabumi ini. Tenaga hayat syaitan/iblis/jin tidak mampu berbuat demikian !!

Berkenaan dengan jin terdapat pelbagai level keupayaannya. Dalam Al-Quran diceritakan bahawa jin digunakan dalam tugas-tugasan berat yang tak mampu dibuat oleh manusia. Dikatakan jin juga digunakan untuk memindahkan bongkah batu yang beratnya beratus tan untuk membina piramid dari Pergunungan Pyrennes, Perancis yang jaraknya ribuan kilometer dari Gaza.

Namun zaman kekuatan jin ini telah berakhir akibat perubahan gravitisme bumi (kisah ini panjang dan telah dibuktikan secara kajian sekumpulan pakar graviti-saya akan ceritakan kemudian). Jin-jin telah hilang 'kuasa' ini dan sekarang kuasa ini dibawah kawalan manusia pula (kuasa zero point energy-panjang juga ceritanya ini-akan dijelaskan juga nanti)

Syaitan dan Iblis hanya berkuasa dalam dimensi alam yang lain. Dalam alam dunia fizikal ini mereka tidak berkuasa. Buktinya ialah jin/syaitan/iblis tiada kekuatan tenaga menggabungkan semua elemen tadi untuk mendapatkan jasad. Apatah lagi berjalan di atas mukabumi ini !!

Kembali semula kepada perbincangan tadi, dengan tenaga yang paling hebat ini hanya manusia menjadi paling layak menjadi Khalifah iaitu pentadbir/dunia dan alam ini. Persoalannya lagi adakah manusia juga mentadbir planet-planet lain dan bintang? Ya..kerana dalam Al-Quran menyatakan bahawa 'dijadikan bintang-bintang sebagai perhiasan'..walaupun saiz bumi ini kecil berbanding alam semesta tapi manusialah pentadbirnya. Kajian mutakhir mendapati UFO dan alien-alien itu berasal dari bumi. Buktinya ialah banyak satelit-satelit di atmosfera bumi telah merakamkam video pergerakan turun naik UFO ke angkasa dari bumi. (Kisah sebenar UFO ni akan saya posting kemudian)

Jadi bagaimana jin/hantu ni boleh muncul dan 'mengganggu' manusia jika tenaganya tidak sekuat manusia?

Rajah: fungsi haemoglobin dalam sel darah mera (red blood cell)--->

Sebenarnya tenaga syaitan dan jin di alam manusia ini amat lemah. Cuma kelebihan syaitan ini ialah kebolehannya sebagai elemen api yang boleh berada dalam atom besi/ferum yang banyak dalam hemoglobin (rujuk Wikipedia apa maksud hemoglobin). Bidang kajian antara ilmu kimia dan spiritual dinamakan Alchemy. Ibnu Sina dan Al-Ghazali adalah antara saintis Islam yang paling pakar dalam bidang ini. Perkembangan akhir-akhir ini memdapati Alchemy banyak membantu manusia berbanding bidang kimia yang terpisah dari spiritual (chemistry). Hemoglobin ini adalah molekul yang jumlahnya teramat banyak dalam sel darah manusia (dalam satu ml darah ada beribu-ribu dan tugasnya adalah mengikat oksigen agar boleh diangkut oleh sel darah merah.


Dalam kajian Tenaga Insan, apabila seseorang mengingati Allah dengan cara berzikir kepadaNya (sama ada ingat dalam hati, berwirid ,membaca Al-Quran atau berdoa, jaluran tenaga manusia telah di'upgrade' agar membina satu lapisan pelindung tenaga luar (macam cerita Ultraman).Istilah pengamal tenaga dalam ffenomena ini dipanggil perisai aura.

Bila manusia 'lalai' atau kurang mengingati Allah, perisai ini makin 'menipis' yang akan memudahkan syaitan tadi memasuki gen manusia lantas mengubahsuai struktur molekul tubuh manusia agar organ badan dan sistem pertahanan badan gagal berfungsi . Inilah sebenarnya punca menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Jika sistem imun manusia kuat (fizikal dan spiritual) kuman/patogen tak mampu menyebabkan penyakit dan organ badan manusia tidak rosak.

Lebih merbahaya jika syaitan tadi 'menyuntik informasi/hasutan' ke dalam sel-sel otak manusia yang amat berkaitan dengan akal. Impuls-impuls elektrik yang ditafsir oleh otak manusia akan terganggu. Manusia tadi akan menjana satu rupa bentuk 'hantu' dalam fikirannya dan menganggap ianya sebagai 'real'. Dalam kajian sains moden apa-apa yang dikesan/dirasai oleh pancaindera manusia seperti penglihatan, rasa, bau, sakit, tekanan, pendengaran dan lain-lainnya akan ditafsir dengan cara menukarkannya kepada isyarat elektrik yang dinamakan impuls oleh sistem saraf yang berhubung dengan organ pancaindera seperti mata,telinga , hidung dan kulit . Impuls atau isyarat elektrik saraf ini kemudiannya akan ditafsir oleh otak. Otak akan menganalisis dan mengintegrasi maklumat dari impuls tadi dan memberi tafsiran sepertimana dunia yang kita lihat, bau, dengar,sakit dan lain-lainnya yang kita alami 24 jam ini.



Secara ringkasnya manusia menafsir dunia ini adalah hasil tafsiran otak terhadap impuls tadi.
Jadi otak manusia yang disuntik info/impuls dari syaitan pula akan 'menampakkan' 'hantu' itu 'real'. bila manusia melihat hantu ini 'real' dalam otaknya maka akan timbul gerakbalas badan yang menganggap 'hantu' hasil dari 'projection image' dalam otak boleh mendatangkan kemudaratan bagi dirinya. Manusia lain tidak dapat melihat apa yang dilihat ketika ini.



Untuk memahami bagaimana syaitan menguasai fikiran kita bolehlah kita membandingkannya dengan serangan virus. Mekanisme ini sama seperti serangan virus terhadap hos atau sel-sel perumah (seperti sel manusia). Virus yang tiba ke permukaan sel yang diserang akan menyuntik DNA nya ke dalam DNA perumah yang telah dibuang pada satu bahagian oleh virus melalui enzim tertentu. DNA yang telah berada dicelah DNA sel manusia akan mengalami perubahan. Akibatnya metabolisme sel yang diserang tadi dikawal sepenuhnya oleh DNA virus agar berfungsi mengikut kehendaknya. Contohnya sel perumah yang diserang akan menghasilkan virus-virus baru (Walhal sebelumnya sel-sel perumah yang diserang tadi tak mampu menghasilkan sel-sel baru !! Ajaib bukan?)

Apabila syaitan telah menguasai sebahagian kawalan tafsiran otak tadi, bermacam-macam 'filem' akan diputarkan oleh syaitan dalam fikirannya. Contohnya: 'Hantu' yang dijanakan oleh otak akan kelihatan cuba mencekik leher manusia yang telah disuntik tadi. Manusia itu akan bergerakbalas untuk merasa ketakutan sakit. Apabila ketakutan dan kesakitan dijana oleh otak , bahagian otak manusia yang mengawal pernafasan pula akan dirangsang untuk menghasilkan 'lebihan adrenalin' di saluran pernafasan. Adrenalin ini adalah hormon kecemasan yang menyebabkan otot-otot saluran nafas akan mengecut. Manusia ini akan sesak nafas dan merasakan bahawa 'hantu' itu benar-benar wujud dan menyerangnya. Pakar-pakar yang mengkaji tentang otak manusia mendapati setiap kali manusia dirasuk, diserang sawan atau halusinasi akan berlaku suatu perubahan kimia pada satu bahagian otak yang mengawal penglihatan, bau, rasa dll.Ini menguatkan kaitan dengan kenyataan di atas tadi.

Hal yang sama berlaku kepada histeria. Apabila seorang pelajar menjerit kerana 'kerasukan'( satu lagi jenis informasi yang disuntik oleh syaitan ke otak) maka jika ada pelajar lain 'terpercaya' secara pantas syaitan-syaitan yang sedia ada dalam darah pelajar-pelajar tersebut 'menyuntik' informasi yang sama..Jadilah HISTERIA..Ramai-ramai 'melihat' dan 'dirasuk' hantu yang sama !!! Manusia yang kuat mindanya yang berada berhampiran tak mungkin mengalami histeria. Jadi histeria adalah bukti minda mereka adalah amat lemah !!

Dlam kajian pakar-pakar keimunan manusia, apibila seseorang itu 'stress' dalam beberapa saat sahaja sistem imun badan akan menurun. Ini menyebabkan sel-sel darah putih dan sistem pertahanan luar kurang efektif..Manusia tadi mungkin akan mula mengalami pening, selsema, resdung, ketidak fungsian jantung, pankreas dan ginjal dan lain-lain lagi .Jadi betullah kajian perubatan mendapati bahawa kebanyakan penyakit-penyakit sekarang seperti jantung,ulser, gastrik, diabetes, kecederaan akibat stress berlebihan dan bahan-bahan pencemar atau kuman hanya menjangkiti/merosakkan sistem badan bila sistem imun telah menurun.

Perubatan moden (konvensional) melihat penyakit dari aspek fizikal manakala perubatan alternatif melihatnya dari aspek spiritual. Hal di atas menerangkan perbezaan kedua-dua jenis perubatan tersebut.

Kepercayaan atas apa yang ditafsir oleh otak adalah faktor paling penting dalam hal ini.

Jika anda tak percaya pun 'imej-imej' hantu yang wujud di depan mata seperti P.Ramlee buat dalam filem Pendekar Bujang Lapok, hantu-hantu itu akan sekelip mata lenyap. Saya sendiri telah mengalami beberapa peristwa yang seumpamanya.

Lihatlah bagaimana pengutip-pengutip sisa sampah 'berharga' di pusat pelupusan sampah didapati tiada menghidap kanser kerana mereka percaya bahawa sampah itu rezeki...Berbeza dengan kita.

Teringat kisah ketika saya berkawan rapat dengan pengamal-pengamal perubatan Islam Darul Syifa' di bawah tunjuk jar Dr Haron Din. Saya tak mempelajarinya cuma 'I wonder why' apabila semua paku, wayar, rambut, miang buluh yang dimuntah oleh pesakit yang kena santau telah dikeluarkan dari badannya secara muntah, apabila beberapa bulan kemudian pesakit itu 'merasakan semula' kehadiran benda-benda tadi akan memuntahkannya. Dari mana datangnya benda-benda ini. Saya percaya bahawa minda pesakit telah di'suntik' 'kepercayaan adanya santau dalam badannya' oleh syaitan (yang diarah oleh pengamal santau). Apabila 'image benda-benda' tadi di jana semula dalam mindanya, tenaga insan akan 'membina' benda-benda tadi secara fizikal. iblis dan syaitan yang sudah hidup beribu-beribu tahun adalah 'saintis jahat' yang amat tahu formula menghasilkannya sebagaiman virus tadi.

Hal yang sama berlaku dalam fenomena saka

Itulah sebabnya kebanyakan orang-orang yang kuat mindanya tidak ada 'hantu' yang mampu 'muncul' didepannya. Biasanya para saintis yang hebat-hebat dan golongan yang kuat kerohanian tidak 'diganggu' ole hantu..

Ingatlah..Hantu itu tiada..yang ada hanya syaitan/iblis/jin sahaja. Syaitan berjanji akan cuba 24 jam/7hari untuk menyesatkan manusia hingga kiamat menjelang.

Petua apabila 'image projection' 'hantu' itu muncul ialah jangan percaya kewujudannya, baca ayat-ayat Al-Quran dan ingat bahawa diri kita lebih 'power' darinya..

Saya teringat bagaimanana seorang pensyarah saya Prof Davidson pada tahun 1988 (yang kemudian jadi Presiden WWF Malaysia) yang membuat kajian tentang burung dan kelawar meminta beberapa orang kampung di Kelantan yang mahir tentang hutan agar membawa beliau jauh ke satu tempat dalam hutan di Kelantan. Beliau meminta orang Melayu itu meninggalkan dia berseorangan dalam hutan dan datang kembali setelah 5 hari. Orang-orang kita pada pendapat saya tiada yang berani seperti beliau. Beliau tak berjumpa pun hantu atau jin selama berkhidmat di Malaysia

Ada seorang budak ni sangat bijak dan kuat minda yang bernama Nazirul cuba tinggal berseorangan atau tidur di tempat-tempat menakutkan pada waktu malam tapi tidak pernah nampak 'hantu'..


Bangsa penjajah British adalah bangsa yang berani. Lihat bagaimana mereka adalah orang yang pertama sampai ke tempat-tempat tertinggi, jurang-jurang, hutan tebal tanpa peralatan moden lebih 100 tahun lalu. Harimau dan singa yang garang sanggup mereka hampiri dan berada bersebelahan untuk diambil fotonya !!

Saya banyak membaca dan melawat tinggalan residen-residen British di Malaya. Beratus-ratus singa, gajah, harimau yang besar-besar berjaya di tembak secara berhadapan. Raffles yang pernah jadi Gabenor di Singapura adalah seorang saintis yang amat berani dan semasa pemerintahannya berjaya mengumpul puluhan ribu spesies tumbuhan hutan . Beliau melukis serta mengkalsifikasi yang akhirnya dimuatkan ke dalam buku Flora of Malesania yang menjadi rujukan utama ahli Biologi di Malaysia dan di seluruh dunia sampai hari ini.

Penjajah ini faham bahawa kelebihan manusia pada minda dan dengan minda mereka mampu menakluk negara-negara seluruh dunia yang minda mereka yang amat takut 'hantu' ini (Minda lemah).

Sehingga kini minda bangsa Barat ini amat kuat berbanding minda bangsa Asia terutama Melayu..Buktinya dalam sukan..

Ini adalah hasil kajian saya sahaja. Terpulang untuk anda 'percaya'..wallahua'lam

Read more...

Manusia gagal mengukir kalimah Allah di hati...

Maha suci Allah..kalau si Lebah sejenis binatang kerdil dapat mengukir nama Allah..bagaimana manusia gagal untuk mengukir kalimah ALLAH di hati..?

Sesungguhnya lalui hidup kita adalah mempunyai gaya hidup yang amat berbeza diantara satu sama lain...ada mereka melalui kehidupannya dengan senang dan tenang...ada mereka melalui kehidupannya penuh dengan penderitaan dan ujian hidup dari Allah s.w.t...ada mereka melalui kehidupannya dengan gaya yang sederhana..hakikatnya setiap manusia melaluinya dengan gaya yang telah Allah aturkan..

Bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi walaupun kita berada didalam keadaan penuh dengan keperitan hidup..walaupun kita berusaha dengan pelbagai perancangan yang rapi...seolah² kita merasakan kehidupan didalam sebuah penjara itu adalah lebih baik daripada hidup dengan masyarakat dunia ini..

Bagi mereka yang tidak pernah lalui hidup dengan penuh penderitaan dan ujian Allah jangan lupa untuk pandang belakang..dan jangan terus melangguk dan melihat ke atas..dan bagi mereka akan menganggap penjara itu adlaah untuk orang² yang bersalah dan hina jua di sisi Allah.

Kerana apa mereka yang melakukan jenayah..lalu disumbatkan ke dalam penjara? adakah pada pandangan kita itulah hukuman yang sepatutnya..kita juga tidak mahu mencampur adukkan soal orang Islam lain..kita juga tidak ingin memikirkan jalan penyelasaian bersama..semuanya ada yang bertangggungjawab ke atas individu bermula dari satu keluarga ke satu kampung ke satu daerah ke satu negeri ke satu negara ! Hakikatnya penjara juga adalah satu tempat ujian bagi orang yang tidak bersalah kepada yang Maha Esa !

Bukan kita hanya mendakwa diri sendiri dengan sewenang² bahawa kita dicintai oleh ALLAH tetapi belum menerima apa² ujian daripadanya.Semakin dekat diri kita kepada Allah semakin kuatlah ujian yang harus kita hadapi dan terima...semakin berduri jalanan untuk dilepasi satu persatu untuk menemui pencipta...!

Bagi mereka yang sudah senang dengan kehidupan dunia..kita harus berwaspada kemanakah kita menggunakan nikmat yang diberikan sebagai pinjaman daripada Allah s.w.t..janji Allah adalah benar dan akan tertunai nanti..nikmat yang diberikan bukan hanya sekadar kita melafazkan Alhamdulillah.. Ikutilah posting yang telah dicernakan melalui pengalaman http://ateef.blogspot.com/2009/07/realitikah-fantasikahilusikah.html



Read more...

Hidup Infiniti Wujud Ilusi...Manusia

Hakikatnya manusia akan sedar skit jerk pun atau sekejap jer..bila bala bencana menimpa kerana dilihat dan dirasai dengan mata kepala sendiri..kalau setakat ceramah,penulisan tu lambat skit ar..hanya orang2 yang meneliti dan mengkaji akan dapat..begitulah soal ketuhanan..ramai awam menganggap kita sudah berada di zon yang paling selamat ! hanya cukup sebagai muslim atau mukmin...jarang untuk mendaki ke tahap ihsan dan seterusnya...mengapa...itulah kesadaran yang agak sukar hendak dibicara dan difahami , mungkinkah tak nampak depan mata juga ! Memetik kata Saidina Ali k.w Sesungguhnya bila mati barulah mereka sedar !


Pada hemat team highlander07 ramai yang tidak dapat memahami dengan baik yang telah dicatatkan oleh highlander07 dengan pembukaan thread pada 24-12-2007 di forum cari http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=321921&highlight=infiniti yang mana replies 2147 dan view 163882 ketika catatan ini.

Adakah sukar utk memberi kesedaran atau jaga bagi mereka yang terperangkap dengan dunia yang illusi dan dikatakan kekal bila dah mencapai tahap ilmu yang superpower huhuhu...tapi tak pe sekurang2nya pembuka jalan dan cetusan cara penyampai yang telah diberikan itu..hanya beberapa orang saja yang dapat kesedaran 100% kesian yerk..lain2 masih tidur akhirnya tidurlah selama2nya..

Apa yang penting akal atau prosessor atau RAM tu kena upgraade ar baru leh fikir diluar kotak..ada yang mengkaji sehingga melencong jauh dan tersesat entah ke mana...ada yang mengkaji sampai terhenti entah kemana juga..huhuhu so..ada yang nak pakai tagline aku ni Hidup Infiniti Wujud Ilusi ni..kena faham gak neeh..faham dan sedar baru mantap hahaha nanti org tanya apa benda tu..terngaga2 nak jawab lak..huhuhu

ok selamat mengkaji RAHSIA TERPENDAM dari highlander07 ini..ahaks ! Aku pun ada cerita menarik dan pahit gentir dengan ilmu highlander07 ni...jumpa di siri akan datang juga..huhuhuu

Read more...

Nak Bisnes Idea Tiada ?

Nak bisnes idea tade samada dijalankan secara online atau offline..mungkin kita ada idea tapi tak reti nak kembangkan..bisnes bagus kalau kena caranya leh jadi jutawan ahaks ! Apapun jual apa pun produk atau service..kereta proton, kereta Produa.. Kereta kuda, kereta lembu.. anak ayam, bapak ayam..kambing kacuk ke..macam2 leh jual... apa yang anda2 agak boleh mendapatkan fulus.. fulus.. fulus.. fulus..duit oh duit..wang oh wang..

Aku pun banyak gak pengalaman macam2 cuba..samada online..offline..gaya pos ke apa jenis kebenda aku ceburi sepanjang aku hidup ni..MLM ke..matrix ke, autosurf ke,HYIP ke, adsense ke, ebay ke, affiliate ke..ebook ke..FOREX ke..kayu kokka ke, air soya ke, taufu fa ke, kek ke, biskut raya ke, nasi belauk, nasi lemak, kerepok lekor..eeeerk byk la pulak bila di senaraikan..semua tu secara sambilan saja tade yang kekal pun sehingga ke hari ini..sekarang ni aku tah pencen dah...cuma nak bela kambing,ayam, itik jerk...puas dah berinteraksi ngan orang..nak cuba berinteraksi ngan segala jenis haiwan, hantu ke..jembalang lak...uiks bela hantu raya pun ok pe hahahahaha leh wat kacau orang kan kan hahahaha

So dari pengalaman aku rasanya mungkin berguna kepada yang beringinan atau idea dia sedang membeku..ok kesinambungan ini sebenarnya 2-3 hari ni aku dok melepak kat www.wangcyber.com lama tak jenguk so..redah2 forum skit tgk apa benda laa diorang dok berbisnes yang rancak skrg ni..intai2 dan skodeng2 aaaah benda sama jerk seperti kehidupan aku lalui dulu..cuma ada skit jerk perubahan...tup2 ada lah seorang hamba allah kt forum tu bertanya forumer biasalah newbie kan..threadnya dipecah tanah dengan soalan ini...


"Originally Posted by fadah

kawan2....bantu aku dalam mencari satu pluang biz..
dah macam2 aku tgk dari setiap cabang biz..
tapi banyak feedback negatifnya yang diberi dalam forum..

mana satu yang harus aku buat tuk dapat pendapatan sampingan...


bantulah aku"


Ada macam2 cadangan yang telah diberikan..so aku cuba gak gitau..

Idea aku cuba terapkan :

Pertama : fokus dan bersungguh2 insyallah ada jalannnya..

ok aku ada satu idea kalau sapa2 nak buat biz secara online..korunk buat kajian ttg minyak habbatul sauda..ok aku bagi clue...aku petik dari entry lepas..

Bagaimana Nak tentukan Keaslian Minyak Habbatul Sauda`

2-3 Hari lepas ku jumpa kawan yang supply minyak habbatul sauda` dan pergi ke tempat mesin dari biji jadi minyak tu..dia ni selalu jerk datang ke sini leh seminggu dua cari2 brg pastu jual.. tapi yang ini kira yang asli atau gred A kita leh dapat beza dari segi warna,rasa dan bau serta kelikatan atau kepekatannya.

Kira gred A ni lagi power lah..sebenarnya orang Islam dah maklum dah kelebihan atau khasiat habbatul sauda ni dalam hadis nabi s.a.w pun ada di sebut...

Aku tak dapat nak upload lagi gambar...utk tgk perbezaan..hasil dari kajian aku tgk yang org jual kat msia tu Gred C hahahah...ada campuran ngan minyak kapas..

Kawan aku jual ni sekilo :

RM 150 =Gred A
RM 120 =Gred B
RM80 =Gred C

Kenapa dia pekat kalau yang betul2 asli dari segi biji dia tu besar2 dan juga tidak campur dengan minyak kapas.. Ok ini tips yang paling berguna utk pelayar blog aku..hahahaha

Ok kalau sapa2 nak jadi pengedar leh contact dia atau untuk keterangan selanjutnya : Hj.Man di talian 013-3365352 di kat KL..dalam 2-3 hari lagi di balik lah.. so leh booking awal lah sapa2 nak jadi pengedar pastuu korang buh jerk apa2 cap atau jenama hahaha...

Kebanyakan dalam pasaran kat msia skrg orang jual gred C..sebenarnya kelebihan habbatul sauda atau biji hitam ni leh mengubati semua penyakit kecuali mati termasuk kanser, susah dapat anak, lelah, migrin dan sbg semua penyakit laa kalau selalu amal..tapi yang paling best telan skit lama tu..buang angin terus..

Biasalah penyakit lam tubuh ni byk berpunca dari angin lam tubuh sebenarnya..

ok skrg ni di supply jerk..tanpa apa2 jenama atau cap lagi..korunk leh buat label sendiri laa..atau apply lesen kem.kesihatan ujian makmal dalam 500RM gitu lah..bawa 3 gred tu..korunk call jerk kwan aku nanti..untuk lebih info yerk..aku bg idea jerk..ko sapa2 ada rezekinya..

orang islam dah maklum dah habbatul sauda ni..

Yang kedua :

Ok mane tuan umah ni..

ada satu idea lagi..ttg ubat keputihan aku terima byk juga respond kat blog dari kaum wanita yang br kahwin ramai ygn mengidap benda ni..ko leh buat kajian gak..

Keputihan dalam bahasa perubatan dikenali sebagai Flour Albus atau Leukore.

Keputihan atau Fluor Albus atau Leukorhoe adalah yang keluar cairan dari Vagina. Keadaan ini ada yang bukan kerana penyakit [non patologis] ada yang dikatakan pula kerana penyakit [patologis].

Bagi sebagian wanita, keputihan merupakan sesuatu yang mengerikan dan amat menakutkan.Bagi yang mengalaminya, akan merasa resah,risih,malu,bahkan menurunkan rasa percaya diri.

Kalau ini cam ubat dari Egypt...mujarab juga setelah aku beri PERCUMA saja dulu kt beberapa orang yang lawat blog aku dulu... hanya sekali jerk hilang terus..sbb ada ubat tu tak semuanya mujarab..mengikut kesesuaian orang gak..

ubat ini telah dijual di farmasi2 Egypt secara SAH..



so terpulanglah semoga idea ni dpt membawa sinar kejayaan..apa yg penting dlm biz ni idea baru dan be creative..buat yang org tak buat..kkalau ada yg dah ada kita cuba cari yang lebih berkualiti utk menyaingi mreka.

Ketiga : promosi rahsia magnet wang pun ok gak yang ditulis oleh zulkaram karami mengikut pengalaman dia.

Aku tak berbisnes pun skrg cuma itu lah idea serba sedikit..

Ok bersambung pada siri akan datang...




Read more...

Friday, July 24, 2009

Ada apa dengan air ?


Setelah dengar lagu dari Amuk berjudul Jernih rasa nak bicara tentang molekul air..ada yang mencari dari segi keindahan molekulnya..itu dimensi seseorang melihat sesuatu kan..nak wat cam ner..indahnya kejadian Allah..ada dok kaji dan kata molekul air zam...air hujan..air mata air antara yang cantik..entah aku pun pening gak hahaha..tapi lagu dari amuk tu pun best..kita ni pun dari air yang jernih dan tulus mulus lagi kan..sehingga seseorang itu hebat !

Cam ni lah rasanya..

Molekul air adalah ikatan dua atom hidrogen bersama satu atom oksigen. Biar apa pun jenis air, tiada yang lebih, tiada yang kurang.

Cuma di dalam kandungan air tak tulen, kebanyakannya larutan air tersebut bercampur dengan bahan galian yang lain yang mana ada di antaranya sesuai untuk operasi tubuh badan.

Oleh yang demikian, muncullah istilah HIKMIAT larutan air tersebut. Walhal, air hanya tiga atom yang terikat oleh cas-cas yang terdapat pada ketiga-tiga DOREMI itu. Cas-cas tersebut adalah hadir dari ketidakseimbangan tenaga yang mana asal daya ialah HAULAWALA...

Ada ciptaan yang dapat difikirkan dengan akal dan hasilnya adalah melihat sifat2 kebesarannya.Itulah hakikat.

Apa yang difikirkan dan dikaji, semuanya tidak sia2 jika iman semakin bertambah.

Sebaliknya ada gulongan di beri masa yang sangat panjang untuk mereka berfikir,..malangnya mereka bertambah sesat.

Mereka tidak nampak sifat Allah didalam ciptaan,...melainkan mereka kata,..itu adalah semulajadi.

Ilmu sains mentafsirkan kejadian melalui teori2 kejadian dan pembuktian ujikaji.

Hasilnya......mereka dapati semua kejadian adalah berasal dari jisim2 atom, zarah dan molekul2 yang telah sedia ada dalam alam semesta.

Pemikir ilmu ketuhanan pula melihat dan mengkaji punca ciptaan untuk mengenal Allah dan pelbagai rahsia kerohanian dan sebagainya.

Air adalah suatu ciptaan yang memberi pengajaran tentang hal diri dan ketuhanan.Formula H20 hanyalah nama yang diberi ahli sains.

Kenapa oksigen itu perlu 2 molekul.Kenapa tak hanya satu. ?

Sesuailah dengan firman Allah, bahawa setiap kejadian itu diciptanya berpasangan.

Oksigen tak dapat dilihat dan ghaib, namun wujudnya dapat dirasai diuji.

Apabila 2 oksigen bergabung dengan hidrogen, ia membentuk air.

Tidakkah air itu juga ghaib,tapi dapat pula dilihat,disentuh dan dikesan dengan mudah.

Kita tidak akan perasan jika terdapat air dalam gelas yg.jernih,...sekiranya ia tidak berkocak.

Begitu juga api.Api tidak wujud melainkan bunga api dan bahan nyalaannya disatukan.Ia akan menyala selagi bahan nyalaannya masih ada dan udara ada.

Begitu juga tanah,..yang lebih jelas menunjukan bentuk dan warna.Apakah warna itu ada pada tanah dan apa sebenarnya bentuk tanah.

Apakah bentuknya seperti gunung,batu,bumi yang dipijak...?

Jika diambil secebis tanah,..lalu dikisarkan sampai halus seperti tepong sehingga sehalusnya yang tak dapat dilihat.

Apakah tanah tu bertukar jadi air atau api atau udara...?

Sebab itu sain mengatakan kejadian adalah berasal dari jisim2 yang halus dan bergabung dengan pelbagai jenis jisim berlainan lalu membentuk kejadian.

Read more...

Apakah ini semua ni..?

Nampaknya ada imaginasi masing-masing erk..tok imam tu imaginasi apa kalimah ke atau ALLAH...?

Mengerjakan solat ialah perbuatan yang telah menjadi warisan SYARIAT. Pada segelintir bestari, "dirikan solat" itu membawa maksud menjadikan SOLAT itu DIRI. Kita ambil contoh mendirikan rumahtangga.

Sepastinya seluruh kehidupan kita ini adalah untuk rumahtangga yang kita bina. Bekerja, nafkah, berkeluarga, bertolak ansur, berkorban dan apa saja adalah untuk rumahtangga. Secara langsungnya rumahtangga itu menjadi DIRI kita. Maka, begitu jualah untuk SOLAT. Jadikanlah Solat itu DIRI kita.

Bagaimana? Awalannya bermula penyaksian kepada TUHAN. Cara penyaksian intu semestinya memerlukan pengenalan akan diri TUHAN itu. Lantas ia akan memperjelaskan syahadah yang diucap. AKU MENJADI SAKSI PADA SI TUHAN (ALLAH). Pemahaman untuk hikayat solat ini kadang kala mengambil sedikit masa.

Keseluruhan penerangan tadi adalah tercangkup dalam sangkar ilmu. Yang nyata tidak ada yang lebih dan tiada pula yang kurang antara paham dan tidak. Kesemuanya sebati dalam satu DIRI TUHAN.

Ingat jika bertembung antara akal dan nafsu, lepaskan diri yang kau martabatkan.
Lapangkan dada, lapangkan hati, lapangkan minda hingga hilang sempadan.

Read more...

Thursday, July 23, 2009

Bagaimana Nak tentukan Keaslian Minyak Habbatus Sauda

2-3 Hari lepas ku jumpa kawan yang supply minyak habbatul sauda` dan pergi ke tempat mesin dari biji jadi minyak tu..dia ni selalu jerk datang ke sini leh seminggu dua cari2 brg pastu jual.. tapi yang ini kira yang asli atau gred A kita leh dapat beza dari segi warna,rasa dan bau serta kelikatan atau kepekatannya.

Kira gred A ni lagi power lah..sebenarnya orang Islam dah maklum dah kelebihan atau khasiat habbatul sauda ni dalam hadis nabi s.a.w pun ada di sebut...

Tgk perbezaan..hasil dari kajian aku tgk yang org jual kat msia tu bawah pada Gred C hahahah...ada campuran ngan minyak kapas.. anda boleh layari ke laman ini untuk tgk gambarnya.. http://alkiram.net/salam/2009/11/16/cara-menentukan-keaslian-minyak-habbatul-sauda/

Kawan aku jual ni sekilo :

RM 150 =Gred A
RM 120 =Gred B
RM100 =Gred C

Kenapa dia pekat kalau yang betul2 asli dari segi biji dia tu besar2 dan juga tidak campur dengan minyak kapas.. Ok ini tips yang paling berguna utk pelayar blog aku..

Kebanyakan dalam pasaran kat msia skrg orang jual bawah pada gred C..sebenarnya kelebihan habbatul sauda atau biji hitam ni leh mengubati semua penyakit kecuali mati termasuk kanser, susah dapat anak, lelah, migrin dan sbg semua penyakit laa kalau selalu amal..tapi yang paling best telan skit lama tu..buang angin terus..

Biasalah penyakit lam tubuh ni byk berpunca dari angin lam tubuh sebenarnya...

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

JAKIM cam tak YAKIN jerk bagi jawapan..

Soalan...

Terdapat di kalangan masyarakat melayu islam di negara kita sekarang yang melakukan amalan 'tarik duit', iaitu dengan melakukan upacara tertentu secara berkumpulan dengan hajat untuk mendapatkan sejumlah duit yang didakwa merupakan duit harta karun. Adakah pihak JAKIM mengetahui isu ini, dan jika menyedarinya, apakah hukum melakukan upacara tersebut? .

Jawapan

1. JAKIM menyedari isu tersebut dan telah memantau kegiatan berkenaan supaya tidak berleluasa.

2. Upacara tersebut adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana Islam mengajar umatnya berusaha dengan potensi dan keupayaan pancaindera yang ada di samping tenaga dan akal untuk mencari rezeki..

Komen : Macam2 rezeki leh dpt..apalah yang nak dipantau tu..aku ada kisah menarik gak pasal benda ni..Kisah ni baru jerk berlaku dalam 4-5 bulan lepas..aku dpt amalan ni tapi tade bertentangan dengan syariat atau kena guna apa2 bahan samada keris ke batu permata dan sebagainya..nanti senang aku cite lah...ada cite lengkap kat sini http://magnetwang.alkiram.net

Read more...

Realitikah ...Fantasikah...Ilusikah...

Lama tak update blog ni ke-bz-an skit...aku nak mengimbau satu kisah aku dulu rasanya..ni manuskrip aku tersimpan...

Sekiranya kita mempunyai harta yang banyak hendaklah dikongsikan bersama orang yang memerlukan aku tidak dapat lupakan dan masih terbayang-bayang sehingga ke hari ini yang mana kisah seorang yang kaya dalam satu daerah Al-Fashn di wilayah Bani Suef, Mesir. Perkenalan aku dengan kawan arab atau lebih dikenali dengan panggilan Mohammed yang sekuliah pada waktu itu setelah lama tidak berjumpa hampir 3 tahun tidak bersua waktu itu.


Perkenalan kami di dalam kuliah Bahasa Arab dan Kesusasteraan,Universiti Al-Azhar Kaherah pada tahun 1998. Dulu-dulu saya biasa pergi ke rumahnya kira kawasan pedalaman yang berbukit pasir dan bergurun sahara kehidupan yang dhaif tetapi berpegang teguh pada agama atau lebih dikenali sebagai mutadayin.


Dipendekkan cerita, setelah sampai di stesen keretapi Al-Fashn yang telah ditunggu-tunggu oleh Mohamed setelah saya mengambil masa hampir 4 jam dengan menaiki keretapi kelas rendah dari Ramses,Kaherah.Setelah bersalaman dengan Mohamed terus dia cam tergesa-gesa nak pergi dari stesen....terus aku bertanya : “Kenapa aku tengok ko lain macam jer ni Mohamed cepat-cepat nak pergi ?”... “Tenang saja..ada berita pelik dan ajaib ni...ayuh cepat kita pergi ke sebuah rumah” jawabnya dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh...


Sambil berjalan kaki untuk menuju ke sebuah rumah yang akan di bawa tu..terus aku mempersoalkan kepadanya : “berita pelik apa ni”? Tanya ku dengan terpinga-pinga


Lalu dia menceritakan dengan tenang..” Tadi semasa aku nak datang ke stesen keretapi ini untuk menunggu kamu aku singgah sekejap ke rumah orang kaya kat pekan ini..dia baru saja meninggal pagi tadi..tiba-tiba aku tengok orang ramai mengerumuni rumahnya..terus aku pun pergi dan masuk ke dalam rumahnya..dan orang bising-bising dok sembang pasal dia ni...yang mana dia seorang yang kaya dalam pekan Al-Fashn ni..jenazahnya tidak dapat nak dimandikan kerana baunya teramat busuk dan hanyir dan keluar ulat di setiap rongga..bila masuk ke dalam rumahnya saja kita berbau..kalau di luar pagar rumahnya tak berbau pula ! jelas Mohammed secara ringkas..


Walaupun kami masih lagi berjalan terus dia menunding jari..hah itu rumahnya...aku pun memandang ke arah yang ditunjukinya..Aku tengok rumahnya jenis villa dan besar tidak seperti apartment yang biasa masyarakat sini tinggal..


”Ooh ! begitu sahutku” walaupun rasa penat bermusafir belum lagi hilang setelah berada dalam dalam keretapi yang agak lama untuk sampai ke daerah ini..


Setelah sampai di perkarangan rumah itu,aku tengok orang masih ramai disitu..terus Mohamed mengehet tanganku untuk masuk..lagipun orang lain tak kisah kebetulan bapa Mohamed dah terkenal sebagai seorang tok imam di daerah ini dan sering memandikan jenazah...


Sesampainya di ruang tamu rumah itu..aku dah terhidu bau yang sangat hanyir seperti nanah ..terus aku jumpa dengan ayah Mohamed bersalaman ketika itu dia sedang berbincang-bincang dengan kaum keluarga si mati...aku sempat juga dengar ketika dia sedang berbicara dengan isteri si mati yang mana ayah Mohamed bertanya “ Apakah perkara yang tidak elok dilakukan oleh si mati ni semasa hidupnya “ Isterinya menjawab : “ Entah..tapi apa yang saya tahu dia ni sangat kedekut walaupun kaya hatta dengan keluarga kami apatah lagi dengan orang luar kalau orang susah datang untuk meminta-minta dia sering menghina dan mengejek-ejek..begitu juga kalau terjumpa atau terserempak dia kerap kata orang susah ni sebenarnya mereka ni malas berusaha bodoh macam himar [keldai].. ! Dan dia juga salahguna nikmat wang yang ada padanya..tidak digunakan untuk kepentingan umat Islam dan membantu orang-orang yang memerlukan... Itulah yang sempat aku dengar..!



Tidak beberapa lama kemudian, kawanku Mohamed memberitahu ayahnya untuk meminta izin untuk aku melihat si mati tersebut....apabila dibuka kain penutup ku lihat muka si mati dalam beberapa saat...aku amat terkejut melihat muka si mati tu yang sudah lebam-lembam kebiruan dengan ulat-ulat yang mengerumuni rongga hidung, mata dan mulut...eeeeee geli dan ngilu aku melihat rasa nak termuntah ketika itu terpaksa di tahan..tak dapat aku nak mengambarkan saat itu..rimas dan cemas melihat mayat tersebut. Perasaan ketika itu aku hanya berdoa di dalam hati semoga allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosanya.


Tapi menghairankan juga bila keluar saja ruang tamu atau berada diperkarangan rumahnya bau hanyir tersebut tidak berbau..Ketika itu tok imam tak dapat nak berbuat apa-apa lagi..walaupun sudah dimandikan dan dikapankan ulat-ulat dan bau hanyir tersebut tidak hilang dan keadaan waktu itu bersiap sedia untuk di masukkan ke dalam keranda untuk dikebumikan.


Aku tak dapat ikuti untuk proses pengkebumian jenazah tersebut...kerana sudah kepenatan ketika itu dan Mohamed pun faham keadaan ketika itu terus dia bawa ke rumahnya.


Itulah kisah benar yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri sebelum ini aku hanya baca atau menonton saja yang terdapat di negara kita tetapi rupanya ada juga di Mesir..


Jadi aku mengambil pengajaran dari kejadian itu agar kita jangan lupa kepada mereka yang memerlukan kadang-kadang kita tidak boleh terus menghukum bagi orang yang meminta-minta ini mereka adalah orang yang malas berusaha...kemungkinan untuk 'menguji' kita dapat bersyukur atau tidak..dan mungkin juga mereka telah berusaha bermacam-macam tapi gagal itu semua kehendak Allah s.w.t yang menentukan segalanya.


Itulah di Mesir ni ada macam-macam cerita untuk dijadikan taulan dan pengajaran yang aku lalui dan lihat memandangkan negara Mesir dikenali sebagai bumi Anbia dan Aulia dan juga firauan,qarun dan sebagainya.

Read more...

Sunday, July 12, 2009

Antara Mempelam Dengan Apple

Anugerah 'TUHAN' kepada manusia adalah saksama dan maha adil.

Kita perhatikan kepada makanan yang kita makan.

Katakan buah mempelam dimakan oleh penduduk2 sawah. Dan pokoknya ditanam kat M'sia.

Buah apple pula ditanam di australia umpamanya: dimakan oleh orang Inggeris.

Untuk membesar, pokok2 mempelam dan apple ditanam diatas tanah.. kemudian membesarlah pokok2 itu dgn menyaring pati2 tanah, sehingga mengeluarkan buah2 yang kita makan.

Tetapi kita lupa bahawa buah2 itu pada asasnya ialah dari pati tanah. Dan apa yang dimakan oleh semua manusia adalah pada haqiqatnya 'Tanah'. Tidak kira kita Presiden ke, perdana menteri ke, raja ke, bintang filem ke...... akan memakan benda yg sama , seandainya kita dianugerahi ketelitian... Disinilah Kasful Asrar/ laduniyah bagi yang 'dipintar'kan.

Kita terasa terhina jika mengambil port perbezaan pada bentuk, rupa, warna, rasa... kerana kita lupa pada usulnya...Sama2lah kita fikir...

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Hang Tuan vs Hang Jebat

Bila cerita pasal Hang Tuah..ramai kata Hang Tuah ni bodoh, tak kenang budi Hang Jebat, setia tak bertempat, bla bla bla

apa yg aku dapat nampak antara Hang Tuah dan Hang Jebat..terselit 1 pengajaran lain..

Hang Jebat membawa jalan keduniaan dan Hang Tuah membawak jalan ketuhanan..

ilmu ketuhanan dimana kita sebagai hamba tak boleh melawan atau ingkar dengan kehendak tuanya..dalam ilmu ketuhanan juga, kita tak boleh menjawap atau bertanya (seperti Nabi Khidir dan Nabi Musa)..kita hanya boleh ikut sahaja kehendak tuan..

kita tengok Hang Tuah..walaupun dia tak nak, tak suka, benci, meluat atau apa saja perkataan yang sesuai dengannya..Hang Tuah ttp buat kerana itu adalah perintah sultan atau tuan dia..

so aku cuba kaitan dengan keadaan kita skarang ni...walaupun apa perintah tuan kita (Allah) kita kena patuh walaupun kena bunuh kawan baik sendiri atau korbankan awek kita atau kena buang bantal busuk atau terpaksa mandi dalam ais ketul..sedangkan Nabi Ibrahim boleh sembelih anak dia ( pastu ditukar jd binatang) inikan kita hanya kena sembahyang subuh pun merekot dalam selimut ...jadi kalau dalam bab ketuhanan, Hang Tuah betul dan Hang Jebat salah..

kita lihat segi Hang Jebat..bawak ilmu keduniaan..ilmu keduniaan ni ilmu difikir dengan akal...jika guna akal, aku pun mengamuk bila kawan baik boleh kata abg sendiri tak pasal2 kena bunuh sbb nafsu sultan...tp aku mengamuk dalam game la sbb aku tak reti silat2 ni..hehe

ikut akal plak..Hang Jebat betul dan Hang Tuah salah sbb taat tak kena tempat..

kalau kita duduk pada ilmu ketuhanan kita kata Hang Tuah betul dan jika duduk pada ilmu keduniaan kita kata Hang Jebat betul..

soalannya, siapa yg sebenarnya betul?

kalau 2 2 puak (ilmu ketuhanan dan keduniaan) bercakap, mmg sampai mati pun tak tahu siapa betul..ye la, masing2 dengan pendapat masing2..tanak terima pendapat org lain..

kalau tanya pada aku..aku cakap 2 2 betul dan 2 2 salah...Hang Tuah betul sbb dia ikut perintah tuan dia ttp dia salah sbb tuan dia adalah Allah bukanya sultan..dia kena ikut cakap sultan selagi tak bercanggah dengan perintah Allah ( ada 1 cerita yg sultan hantar Hang Tuah pergi majapahit utk lawan dengan pahlawan mereka..dikatakan pahlawan majapahit gagah sebab minum arak tetapi stady je..tak mabuk2..so utk menang dengan pahlawan tu, Hang Tuah minum gak..mujur tak mabuk..klu mabuk wat rugi je..dah la dapat dosa, kena marah dengan sultan lagi)

pegangan Hang Tuah dah betul tetapi silap tempatnya..

Hang Jebat plak betul sbb dia memperjuangkan haknya tetapi dengan cara yg salah..dengan membunuh org tak berdosa..dalam hudud, hukuman utk pembunuh ialah bunuh pembunuh tu melainkan dimaafkan org keluarga yg mangsa..jadi kalau nak balas dengam gak..pegi bunuh sultan..bukanya sesuka suki bunuh rakyat..

pegangan Hang Jebat betul tapi salah pada caranya

jadi..kita tengok pada kedua dua aspek..jangan hanya pandang pada pandangan kita sahaja..kalau kita nampak roda tu bulat, org sebelah nampak petak..kita tak boleh kata kita betul dan dia salah..macam aku kata, hak masing2..

tapi kalau korang suruh aku pilih gak, aku pilih Hang Tuah..sbb patuh pada tuan dia

apa yg penting (bkn kerjasama) tetapi ikut perintahNya..

korang ingat dengan pahala lebih dari dosa boleh masuk syurga?ada sahabat yang tak sempat sembahyang pun masuk syurga..sbb berperang...ada imam yang berpuluh2 tahun menabadikan diri pada Allah masuk neraka sbb bunuh, rogol dan syirik

apa yg Allah nak pada kita adalah PATUH kepada perintahnya..sbb tu org demam pun kena sembahyang..org pekak pun kena sembahyang...Allah hanya nak kita patut pada perintahNya sesusah mana pun keadaan kita...pahala, sempurna atau tidak amalan kita ( haaa..ni utk org ngelat sembahyang dengan alasan takut tak sempurna sembahyang) Allah tak kira...janji korang buat perintahNya dengan iklas dan patuh..itu jer..kenapa perlu kita tunggu ilmu tinggi baru nak ikut perintahNya?

kalaulah ikut kesempurnaan, kenapa mualaf dapat baca fatihah pun sah sembahyangnya? sesetengah tu baru hafal 1 ayat jer...

Ingat, Islam itu mudah...buat takat mana mampu dengan ikhlas..

Credit : http://kucingmoden.blogspot.com/

Catatan :

Kisah Hang Tuah n Hang Jebat cerite lama.Mgkn dah banyak eksploitasi.Akibatnya banyaklah polemik. Dalam diri kita ada dua-dua ciri Hang Tuah dan Hang Jebat

Hang Tuah nak jaga keutuhan organisasi (negara)
Hang Jebat nak jaga keutuhan nilai moral (individu)

Read more...

Wednesday, July 8, 2009

Agama dan Manusia

Kebanyakan manusia beragama melalui warisan turun temurun.Seorang kanak-kanak akan dipengaruhi oleh pembawaan kedua ibu bapanya atau penjaganya.Agama yang bakal dianuti oleh seseorang itu adalah bermulanya dari usia kanak-kanak.Pengaruh persekitarannya akan membawa kesan kepada kepercayaan seseorang.

Apa jua pendidikan,adat resam,budaya,konsep amalan dan fahaman akan menjadi pembawaan seseorang bila dewasa.

Maka setiap orang yang beragama tidaklah dikatakan sempurna selagi ia tidak memahami hal-hal dan kaedah didikan serta pemahaman dalam keagamaan.

Banyak perkara perlu difahami. Memahaminya perlu mengikut susunan pembelajaran yang betul dan meliputi pelbagai sudut ilmu.Seseorang yang ingin menjadi pengikut agama yang sempurna perlu mengetahui samada secara ringkas atau mendalam setiap yang berkaitan dengan agama.

Agama bukanlah suatu adat atau peraturan atau ia hanyalah suatu kepercayaan yang dipatuhi tanpa mengetahuinya secara ilmiah.

Agama bukanlah dianuti secara ikutan dan mempelajarinya secara main-main sebagai melepaskan diri dari tuduhan tidak beragama atau jahil.Agama adalah jalan kehidupan manusia didunia yang membawanya kepada suatu kehidupan selepas dibangkitkan.


Ianya perlu diterokai dengan bersungguh-sungguh dan berusaha ketahaf usaha yang mencapai kefahaman sempurna.Kefahaman sempurna adalah suatu kefahaman yang dapat membina Iman dan kepercayaan yang kukuh serta dapat hidup beramal dengan akidah dan iqtikad yang betul.

Setiap orang yang mempunyai agama akan mempercayai tentang adanya Tuhan pencipta,konsep Amal kepada Tuhan,Syariat agama,Peraturan dan Hukum dalam agama,Suruhan dan Tegahan,Iman,Penyerahan dan lain-lain.

Semuanya perlu diterapkan dalam setiap jalan kehidupan semasa didunia.Kehidupan yang mengamalkan jalan agama perlulah meliputi diri zahir dan rohaninya.

Amalan kehidupan mestilah mengikut jalan yang ditetapkan oleh agama kerana kehidupan manusia itu adalah tertakluk kepada rancangan dan kehendak penciptanya.Manusia yang tidak mengikut peraturan itu dengan cara sengaja atau menentang kebenarannya adalah terhukum mengikut peraturan yang telah ditetapkan.Kedudukan manusia yang beriman dan beramal dengan betul akan mencapai kedudukan kebaikan hingga kepada peringkat kesucian dan manusia yang menentangnya dengan nyata dan menafikan kebenaran agama tuhan akan mencapai kedudukan terendah yang dimaksudkan Kafir atau ahli neraka.

Maka itu kita perlu memastikan diri sendiri,sejauh mana,sedalam manakah kefahaman kita terhadap agama yang kita anuti.Apakah kita beragama atas dasar ikut-ikutan atau kita beragama atas dasar kefahaman.Kefahaman yang perlu meliputi semua sudut dan asas keyakinan yang berteraskan iman.

Tidak semua manusia yang telah beragama boleh dikatakan beriman dan telah beramal dengan betul mengikut kehendak tuhan dan ajaran nabinya jika ajaran kitab dan ajaran nabinya dipelajari hanya melalui apa yang tercatit dan keterangan-keterangan dari para penterjemah yang pelbagai fahaman dalam bidang ilmu masing-masing sehingga terdapat pelbagai percanggahan para ahli ilmu dalam agamanya.

Kefahaman agama yang bersumber dari manusia adalah persepsi akal berdasarkan ilmu yang dipelajari dan dikaji mengikut kaedah masing2.

Kefahaman yang bersumber dari Allah akan melalui akal juga dengan kefahaman yang tiada ragu2.Sebagaimana dimaksudkan wahyu atau ilham.

Maka kita perlu kenali ilmu yang difikirkan oleh akal sendiri dengan ilmu yang datang secara langsung dari Allah.

Untuk itu kitab Allah perlu dijadikan bahan rujukan peringkat awal kejahilan manusia sebelum akalnya memahami tanda2 ilmu laduni.

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Bertekad Menyaman Tuhan

Alkisah ini telah lama ku simpan..dah tiba masa untuk kita hayati dan meneliti bila berlaku macam kes sorang belia ini yang bernama Mamat Mon, bertekad nak menyaman 'TUHAN' .

Beberapa tahun lalu di negara Antah Berantah, Mamat Mon telah disabitkan kesalahan mencuri dan dijatuhi tiga tahun penjara.. Dia telah mengupah para2 peguamnya untuk menjalankan perihal samannya terhadap 'TUHAN' di mahkamah.


Pada awalnya, kes Mamat mon tidak diterima olih makamah untuk diadili, tetapi akhirnya makamah bersetuju melayaninya kerana hujah2/ alasan2 yang diberinya:-


Tuhan gagal menyelamatkan saya dari berbuat kejahatan.


Tuhan seharusnya melindungi saya dari semua pengaruh Iblis yang menganjurkan saya mencuri.


Tuhan gagal memberikan kekayaan samarata kepada manusia2, mengapa Tuhan yang maha kaya bersifat berat sebelah? dan lain2…..


Tetapi 'Tuhan' itu Maha Pengasih lagi Penyayang, tetapi macam tak betul je!!!


Mamat Mon menuntut gantirugi untuk segala perbelanjaan yang telah dibuatnya dalam semua upacara sembahyang dan ibadatnya… baju, songkok, minyak atar, kayu sugi, tikar sembahyang, minyak motor ke mesjid……dll lagi.


Walau bagaimanapun para hakim telah bersepakat, menutup kes saman si Mamat Mon dengan hujah:-


'Kami tidak dapat berjumpa dengan 'TUHAN', kerana 'TUHAN' ta' memiliki alamat rumahNYA.


Mamat Mon mencelah: ' Tetapi tuan hakim!!, saya tahu alamat rumahNYA'.


Tuan hakim: 'Dimana?'


Mamat Mon mejawab: 'Baitullah di Mekah, Saudi Arabia'.

Read more...

Penggali Kubur


Alkisah di zaman dulu kala..

Mufti Mamat Mon sedang mewancara/ interviu Che Mid, seorang pengali kubur.

Mufti Mamat Mon: 'Che Mid! berapa lamakah pengalaman sdr. sebagai penggali kubur?'

Che Mid: ' Lama ta' lame le.. Pejam celik, pejam celik, dah empat puluh tahun dah'.

Mufti Mamat Mon: 'Bolih ke mike tolong citerkan sikit, pade teman, tentang pengalaman mike sebagai seorang penggali kubur?'

Che Mid: 'Menggali kubor nih , ta' payah ada pengalaman. Ade cangkul, ade pencebak, ade skop, ade pisau.. cukup le', dan jangan lupe bawak ayor kosong untuk minum. Tau jer le, menjojui peluh keluor.

Mufti Mamat Mon: 'Ape kah pengalaman pelik2 yang sdr pernah temui?'

Che Mid: 'Ape ade yang peliknye? Macam biase jer teman rase'.

Mufti Mamat Mon: ' Mike ta' ade rase takut ke?'.

Che Mid: 'Ape pulak yang na' ditakutkan?. La!!!Tuan Mufti nih, macam ade mende pulak yang ditakutkan'.

Cube tuan mufti tanye monyit2 kat hutan tuh, ade ke deme2 tuh pernah jumpe malaikat ke, langsuyor ke, puntianak ke, jembalang tanah ke, hantu raye ke, orang bunian ke... ? Kalu deme pernah jumpa tentu deme dah lari cari rumah. Almaklumlah dalam hutan tuh bukannye ade lampu pun.

Yang teman tahu hantu2 semua dah kene kurung kat TV3,Astro dan macam2 siap difilemkan lagi.

Mufti Mamat Mon: Teman tanye mike, bukannye tanye monyit'.

Che Mid: Teman menggali kubur nih, tak kire mase. Kadang2 malam, kadang2 pagi, kadang2 petang. Kadang2 lepas korek kubur, kemudian kebumikan orang mati. Lepas tuh empat jam kemudian korek balik kubur yang same, konon nye ade kes polis. Untung le teman, sebab dapat duit.

Kadang2 teman nakal sikit. Teman perese badan orang yang mati tuh... ta' ade pulak kesan lebam sebab di pukul dek nungkang nangkior (malaikat yang menyiksa orang mati kerana bedosa). Tapi orang Islam percaye nungkar nangkir memukul orang yang dah mati, selepas tiga langkah orang2 meninggalkan kubur. Itu le yang pelik nye.

Kadang2, memang sengaje teman letakan telinga kat atas kubur, takut2 bolih dengar ahli2 kubur menjerit kene pukul. Ta' pernah pun teman dengar. Itu le yang pelik nye.

Mufti Mamat Mon: Terima kasih sdr. Che Mid kerana dapat mengongsikan pengalaman.

Tuan mufti berasa tercuit dan malu sikit, kerana dipermainkan orang 'bodoh agama'. Tetapi hatinya berkata ' ya tak ya jugak ya!'

Read more...

Sunday, July 5, 2009

Kenalilah Diri Anda..

'Penyelesaian segala' ada pada dirimu, tetapi tidak kamu sedari.

Penyakit berpunca darimu, tetapi kamu tidak mengetahuinya.

Kamu menganggap diriMU seolah2 kejadian yang kerdil. Bahkan didalam diriMU, keseluruhan alam semesta diliputi

Kamu sesungguhnya 'KITAB PENYAKSIAN' . Dengan huruf 'diriNYA', yang tersembunyi, menjadi 'YANG NYATA'.

Jesteru itu, kamu tidak perlu menjangkau/ mencari di luar dirimu sendiri.
Apa yang kamu cari adalah sebatian diriMU, kiranya kamu mampu merenung/ meneliti.


-ALI BIN ABU THOLIB (r.a)

Read more...

Saturday, July 4, 2009

Alkisah seorang Raja...

Alkisah ada seorang Raja kaya raya memiliki empat orang isteri.

1. Dia mencintai isteri-4nya, yang paling dipuja dan dia disaluti dengan pakaian yang indah, makanan yang enak2, katil yang gebu…. memberikannya yang terbaik kepada si isteri-4 nya.

2. Ia juga mengasihi isteri-3 nya, yang selalu tampil mengiringi beliau ke luar Negara dalam lawatan2 kerajaan.

3. Ia juga, menyayangi. Isteri-2 nya. Ia adalah wanita kepercayaan baginda, yang sentiasa meberikan perhatian dan sabar terhadap karenah2 baginda.. ketika sang raja menghadapi masalah, segala rahsia2 baginda di curahkan kepada sang isteri-2 nya. Dan isteri-2 nya akan membantu raja menyelesaikan kesulitan2.

4. Isteri-1 nya adalah wanita yang sangat setia dan ia telah berperanan besar dalam menjaga kekayaan dan kerajaan sang raja. Namun, sang raja tidak mencintai isteri-1 nya. Walau bagaimanapun, isteri-1 nya sentiasa dan sangat mencintai sang raja.

Suatu hari, Raja jatuh sakit, dan ia tahu bahawa hayatnya singkat. Dia mengelamun tentang kemewahan dimilikinya, isteri2 yang dipunyainya, 'dan aku akan mati tanpa sesuatupun akan bersamaku'.

Dan baginda bercita2, agar seorang dari isteri2nya sanggup menemaninya didalam kuburnya

Sang raja mempelawa isteri-4 nya: "Aku paling mencintaimu. Telahku anugerahkan kepadamu dengan harta kekayaan dengan pakaian yang indah2. Kaulah buah hati, jantungku.

Sekarang aku sedang nazak mati. Adakah sayangku mahu bersama2ku di dalam kuburku?

" 'It's not funny, my dear!. You go to hell ', let's me enjoy my life with the gifted money. And don't you see I'm still young and robust ? Isteri-4 nya berleter, dan ia terus pergi dari sisi baginda, tanpa menambah kata2nya..

ungkapan2 yang memilukan hati sang raja, bak dihiris sembilu yang tajam.

Raja berasa sedih, kemudian memujuk isteri-3 nya, 'I loved you all my life. Tiba masanya aku akan mati, bolihkan sayangku tetap bersamaku, walau dimanapun aku berada?

'No way !!!' bullshit, jawap isteri-3 nya: 'Life is too good daaa! Bila abangku meninggal, I'm going to remarry! Piss! and you can go to hell.

Remuk redamnya perasaan baginda, apabila mendengar kata2 isteri-3 nya.


Dia kemudian menyapa isteri-2 nya, 'Aku selalu berpaling kepada mu untuk membantuku, oh! sayangku. Engkau selalu berada disisiku ketika aku susah dan senang. Aku akan menghadapi kematian, dan aku berharap kau akan tetap bersama2 dengan aku kedalam kubur. Apakah engkau mahu terus bersamaku?

"I'm sorry, I can't help you out this time!', Replied the 2nd wife. 'Pada saat yang ini , aku hanya dapat berjalan mengiringi tuan hingga ke kuburmu sahaja.. Thank you for your invitation. 'lol'

Bagaikan na' terbalik dan terbenam mata sang raja,terasa bagaikan na' putus urat tengkoknya, hancur luluh hati baginda..


Kemudian suara berteriak: "Aku yang sangat setia kepadamu. Aku akan mengikuti anda di mana pun kau pergi. Tetapi abangku pergilah dahulu, nanti aku akn ikut kemudian. 'Adakah abangku telah kena rasuk, mana ada dalam dunia ni, sehati, sejiwa? Eh! c.c betul.

Raja merenung, pada isteri-1 nya, yang telah diabaikan olih baginda tatkala dahulunya, beginda masih segar bugar.

Tersangatlah sedihnya perasaan sang raja seraya berkata, 'Aku sepatutnya bersikap adil dan saksama kepadamu ketika aku masih mempunyai kesempatan, tetapi alangkah menyesalnya aku kerana hayatku sedang berakhir.


4. Istri-4 = tubuh . telah banyak waktu dan tenaga dibuangkan untuk menghiasinya dengan pakaian2, makanan yang enak2, tidur dikatil gebu...

3. istri-3 =harta, darjat dan kekuasaan yang akan dimiliki olih orang yang hidup. Yang mati tidak akan membawa apa2.

2. istri-3 = keluarga dan teman-teman. Tidak terkira ramainya , mereka cuma mampu mengiringi sampai keliang kubur sahaja.

1. Istri-1= jiwa. Sering diabaikan dalam mengejar kekayaan, kuasa dan kenikmatan dunia


Namun, jiwa adalah satu-satunya yang sentiasa hidup, tanpa kematian. Roh beredar dikalangan penduduk duniawi secara abstrak, dalam bentuk ilmu2, harta yang dibahagi2kan.

Nasihat2 diberikan/ ditinggalkan bagi penghuni2 dunia, agar kehidupan sentiasa selesa dan aman damai… umpama harimau meninggalkan belangnya.

Read more...

Tepu dan tak berkembang ?


Ok kita santai2 saja...terbaca ayat surah Az-zumar ayat 18..so dapat difahamkan :

"Mereka mendengar semua pendapat, dan pilih yang terbaik.Mereka adalah orang² yang diberi pertunjuk dan bijaksana." Adalah tanggung jawab kita untuk pegang dan amal apa yang Allah berfirman.

Jika kita mendengari media perdana dan propoganda kerajaan sahaja, manusia tidak akan di beri pertunjuk dan menjadi bijak.Kita perlu membahas sesuatu perkara itu macam Plato dan Socrates, barulah kita boleh guna nasihat Allah di atas dengan terbaik dan mendapat manfaatnya.

Pendek kata aku juga mengajak semua orang berbahas sesuatu perkara itu secara intellektual, dan bukan terima sahaja sesuatu perkara itu macam orang yang tidak mahu pakai otak nya.

Pandangan2 sesiapapun perlu di bahas dulu sebelum ia nya dapat diiktiraf sebagai pandangan yang terbaik.

Malangnya juga kalau di Parlimen Malaysia sesuatu pandangan dari Perdana Menteri, contohnya kenaikkan minyak, tidak di bahaskan sebelum minyak di naikkan. Maka parlimen dan orang Islam di parlimen di lihat tidak mengamalkan AlQuran 39:18 betulkah ?

Tujuan catatan diri terperi ini adalah untuk kita bersuara dalam segala perkara terutama dalam hal2 politik, agama, ekonomi, pendidikan dan segala2nya berkaitan dengan masyarakat kita.

Saya berharap sesiapa yang membaca blog ini, sudilah memberi komen (yang membina) dan juga kritikan (yang membina). Tulisan yang disiarkan di blog ini merupakan "pandangan peribadi" begitu juga dengan komen2 pembaca.

Tidak semestinya bersetuju / tidak bersetuju dengan pandangan yang dipaparkan. Apa yang disiarkan dalam blog ini adalah untuk memberikan ruang kepada kita semua menyuarakan pendapat masing2,mengamalkan AlQuran 39:18,dan seterusnya menjalin persahabatan dan mengembangkan pemikiran kita.

So,kita perlukan maklumat apa jua keadaan atau apa juga medan ilmu yang semata2 untuk mengupgradekan otak dan pemikiran kita dan bebas sehingga menjadi infiniti jangan pula dah lah tepu tak berkembang pula...hahaha..nilah antara intipati posting lepas..kenapa perlu belajar dan mesti melalui tahap2nya...belajarlah dan menelitilah..apa jua pun keadaan samaada info itu dari sebuah filem..sebuah karya..sebuah falsafah...hahaha

Read more...

Friday, July 3, 2009

Apa semua ni..IQ...EQ..SQ..

Berbicara... kenapa kita kena belajar macam2..kenapa ada macam2 sekolah,kolej,universiti tertutup dan terbuka atau universiti bebas..kenapa semua itu..? Apa yang nak dicari ya..

Ada orang IQ atau interlligence quotient tinggi dan hebat walaupun belajar tak tinggi mana tapi adakah itu anugerah semulajadi ilahi kepada manusia itu..kebolehan IQ seseorang individu pasti berbeza dengan individu yang lain..ada di antara kita mempunyai IQ yang sangat tinggi dan ada pula yang sedikit rendah atau sederhana..

Tahap kecerdasan IQ boleh diukur melalui beberapa ujian IQ.Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perbezaan IQ di antara individu , sebahagiannya :-

1.Keturunan
2.Persekitaran
3.Jantina
4.Kaum

IQ merupakan kebolehan seseorang itu berfikir ( kebolehan kognitif ) dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau berkenaan sesuatu perkara.Ada kalanya sesetengah masalah kelihatan rumit dan tiada jalan penyelesaian.Dalam situasi sedemikian sesetengah individu akan cepat berputus asa.Pada hakikatnya tiada masalah yang rumit dan untuk setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya sekiranya kita mengambil sedikit masa untuk berfikir tentangnya .

Ada pula EQ atau emotional Quotient/emotional interlligence [EI]

EQ boleh ditafsirkan sebagai keupayaan / kemampuan dalam erti kata lain kebijaksanaan seseorang mengenalpasti,memahami,menggunakan dan mengawal emosi dalam situasi kehidupan ( kerja atau hubungan seharian ).Emosi yang dimaksudkan bukan sahaja emosi dirinya tetapi emosi individu lain atau kumpulan individu yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang itu.

Konsep ini berkait rapat dengan konsep kerohanian : dimana ia menerapkan unsur-unsur kemanusiaan dalam melaksanakan sesuatu kerja / amalan.
Konsep EQ ini menjadi semakin penting kerana ianya satu unsur penting dalam menjana kemajuan dalam sesebuah organisasi dan juga individu.EQ ini membolehkan penilaian dibuat terhadap seseorang individu berdasarkan sikap,personality,potensi dan “management”

Ada pula membicarakan tentang SQ atau (Spiritual Quotient)

Istilah SQ merupakan istilah yang merupakan istilah yang baru sahaja muncul, sekitar tahun 2000.Ianya telah diperkenalkan oleh Danah Zohar, dalam bukunya ReWiring the Corporate Brain: Using the New Science to Rethink How We Structure and Lead Organizations. Beliau seterusnya bersama-sama rakannya, Ian Marshall telah menerbitkan sebuah buku bertajuk SQ: Ultimate intelligence

Beliau menyatakan yang Spiritual Intelligence ini merupakan satu kebolehan atau kebijaksanaan yang membolehkan seseorang itu untuk mengakses erti & tujuan hidup yang sebenar-benarnya, dan juga untuk mencapai motivasi yang tertinggi.Daripada kenyataan beliau ini, jelas menunjukkan bahawa aspek yang ditekan dalam SQ ini adalah erti dan tujuan hidup seseorang.

Kita sebagai orang islam, jika bercakap mengenai erti serta tujuan hidup, maka ia tidak boleh lari dari agama.Di mana agama itulah yang mendisiplinkan hidup seseorang, ini termasuk bagaimana cara seseorang itu beremosi, berfikir, bertindak dan sebagainya.

Apabila, bercakap tentang ini, maka kita tidak boleh lari dari perasaan bertuhan.Apabila timbul persaan bertuhan, maka timbul perasaan Ubudiyyah.Apabila timbul perasaan Ubudiyyah, maka kita tidak pula boleh lari dari kerohanian yang merupakan hubungan dengan Tuhan iaitu Allah Swt.Maka disini timbulnya agama, kerana agamalah yang memimpin Ubudiyyah kita.

Jadi kesimpulan yang boleh kita lakukan, apabila kita bercakap tentang SQ, iaitu tahap spiritual maka ianya tahap kerohanian iaitu tahap Ubudiyyah seseorang dalam semua aspek kehidupannya, ibadah, akhlak, emosi, pemikiran dll.

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.